Saturday, 14 May 2011

Isu gula: lagi alasan kurang cerdik

Baca lanjut: SINI

Tajuk posting ini agak kasar, tapi ianya untuk menegur. Dan maaf katalah, adalah suatu yang 'malang' untuk tampil dengan alasan sebegini di kala rakyat dihimpit kiri dan kanan dengan kenaikan kos hidup (pendapatan tidak pula difikirkan untuk dinaikkan).

Hujah seperti "boleh melumpuhkan kegiatan penyeludupan gula di sempadan" bukanlah alasan yang diwajarkan, sehingga susah daripadanya dikembalikan (atau istilah popular - didahulukan) kepada rakyat Malaysia yang terbanyak ini.

Tindakan untuk membanteras penyeludupan gula bukanlah dengan menaikkan menyelaraskan subsidi terhadap gula, tetapi memastikan penguatkuasaan di sempadan dijalankan dengan lebih ketat!

Andainya pelarasan harga gula ini juga dikhabarkan dapat menjimatkan kantung perbelanjaan kerajaan bagi menyediakan subsidi, apakah pula jaminannya, penjimatan ini 'dikembalikan' semula kepada rakyat dalam bentuk naiktaraf kemudahan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan murah, atau khidmat hospital yang lebih selesa dan sebagainya?

Saya secara peribadi memang 'terpana' atau takjub dengan angka penjimatan berbilion ringgit yang dicapai, tetapi apakah Mak Long, Pak Abu, Ah Ling, Muthusamy dan Merry merasa kesan itu tiba kepada mereka - dalam bentuk yang saya nyatakan di perenggan di atas?

Jawapan menteri tersebut juga seolah-oleh meletakkan kepentingan melumpuhkan jenayah di sempadan itu lebih utama berbanding menjaga kemaslahan dan kepentingan rakyat terbanyak. 

Bukannya penyeludup membawa berkontena atau berkapal-kapal gula tanpa cukai ke Thailand tanpa pihak Kastam sedari, kan?

Tetapi itulah.....jawapan seorang memanda menteri. Di akhir laporan berita itu turut menyelitkan saranan beliau agar rakyat Kelantan mengurangkan pengambilan gula untuk memelihara kesihatan.

Selepas ini apa lagi memanda? Kurangkan beras untuk elak obesiti, kurangkan minyak untuk kawal kolestrol, tapi jangan kurangkan rokok dan arak kerana cukai kedua-nya lebih menguntungkan?

Eloklah jika Yang Berhormat PM dapat, semasa pemilihan calon PRU ke-13 ini, "tapis" calon-calon agar bukan sahaja dapat diketengahkan yang "winnable" tetapi yang cermat dalam menghuraikan sesuatu isu, terutama melibatkan kesan langsung kepada rakyat. 

Sekian.

(nota: harap Kementerian kesihatan dapat keluarkan statistik % penurunan bilangan pesakit diabetis selepas pelarasan gula dibuat).

2 comments:

  1. Hopefully Awang Adek ni bukan dapat Dr daripada PhD! Maybe medical Dr kot?

    Altho, to think that a medical graduate boleh cakap mcm tu? erm..susah2

    ReplyDelete
  2. Zul,

    Menurut Wiki-BM, sesungguhnya beliau memperoleh PhD dari Wharton School, Uni of Pennsylvania.

    Huhu...

    ReplyDelete