Thursday, 24 March 2011

Datuk T tersalah ambil pelakon porno?


Sekarang ini, mudah sekali mendapatkan tayangan percuma filem lucah. Patutlah bebudak sekarang begitu 'advance' di dalam mendapat dan menonton pelbagai bahan pornografi. Mana tidaknya "dah guru pun kencing berdiri, anak murid lagilah kencing berlari". Yang tidak berubah, para pengamal media kita yang asyik dok "kena kencing".

"Pengedar bahan lucah" telahpun mengaku dan identiti masing-masing telahpun diketahui umum. Soalnya sekarang, apakah PDRM akan menguatkuasakan Seksyen 292 Kanun Keseksaan ke atas 'Trio' kerana kesalahan mengedar bahan lucah?

Apa motif pendedahan video lucah ini dibuat? Anda yang waras tentu boleh fikir sendiri. Sebagai membantu anda di dalam 'menilai' kisah ini saya sertakan input berikut:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Surah Hud, Ayat 113]

Membicarakan perkara berkaitan seks masih menjadi 'taboo' dalam masyarakat kita. Apatah lagi menuduh dan mengaitkan seseorang itu dengan salah laku seks.

Sama ada benar atau fitnah, kerosakan telah berlaku. Hendak lihat apa pula tindakan PDRM dan lain-lain kepada 'pengedar bahan lucah' ini. 

Manalah tau, setelah disiasat dan dibuat pembongkaran, akan ditemui banyak stok lain yang depa dok simpan.......(tak semua orang politik itu bersih, kan?)


nota: cerita yang menceriakan hari saya minggu ini.

No comments:

Post a Comment