Wednesday, 23 March 2011

Makan-makan & minum-minum & kawan-kawan

Bertempat di LaCucina, St. Clement St., Oxford, Nicole, rakan penyelidik dari Planning Department telah mengusahakan satu pertemuan (big gathering) bersama para penyelidik dari School of the Built Environment.

Pertemuan dan sosial ini juga dibuat sebagai meraikan rakan-rakan yang selamat melalui Conference Day awalnya.

Saya tidak mampu untuk perincikan setiap orang, tetapi boleh saya katakan kami memang berbilang negara. 

Peringatan: Yang tak tahannya, depa memang kuat minum (arak)! Justeru, ada beberapa foto yang kurang sesuai  direnung lama-lama.

Kredit kepada Nicole di atas semua foto

 Bersama A. Li yang dah lama tak bersembang

 Edgardo (Mexicana) dan Muhammad (Iranian)

 Ramai juga yang menghadirkan diri

 Akak Ayul bergambar dengan adik Mawaddah

 Anak ke-2 Yani & A. Li, Fawwaz yang dah besar

 Orang rumah turut mendapat kawan baru, Sofia (Portuguese)

 Jiran-berjiran, Nicole (Taiwanese), Sofia & Gesele (Brazilian)

 Jiran meja sebelah, Arthur (Kenyan) & Veronika (German) 


Memangla budaya minum (arak) ni telah kuat berakar umbi di sini. Saya tak ingin menyentuh sisi gelap budaya ini kerana anda semua tentu tahu, apabila orang mula nak mabuk, maka dia akan 'hepi lebih'. Walau bagaimanapun, saya mendapat serba-sedikit info baru setelah Edgar beria-ia menerangkan kepada saya tentang pelbagai jenis wain dan cara pembuatannya (macamlah aku ni minum wain wahai Edgar...hoho).

No comments:

Post a Comment