Monday, 28 February 2011

Husam: Tun M khianati Melayu


Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.

Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'.

------------------

Nota Kaki:

- saya tak rasa diskusi Husam - Tun akan menjadi realiti. Cabar-mencabar di kalangan pemimpin politik ini biasa. Biasanya tidak menjadi kenyataan.

- sebagai anak Kelantan, Husam telah sedia maklum dengan pemunggahan hasil minyak yang dibuat melalui Thailand, dan bukannya Kelantan. Dan perkara ini bukanlah berlaku semalam atau tahun lepas, malah sudah lama.

- dua isu yang awal adalah hampir sama, iaitu penafian hak negeri yang majoritinya dihuni orang Melayu ke atas hasil bumi oleh kerajaan Pusat. 

- isu persempadanan kawasan pilihanraya itu, saya tidak boleh bersetuju 100% dengan Husam kerana realitinya, selepas PRU 2008 (selepas persempadanan), Pakatan Rakyat menang lebih bergaya dengan mengekalkan Kelantan, selain menang di Kedah, Penang, Selangor dan Perak (buat seketika).

- maknanya, faktor persempadanan mungkin memecahbelahkan undi Melayu, tetapi PR juga beroleh manfaat daripada tindakan ini. Kan?

- ramai orang sedia maklum ramai dari kalangan pemimpin UMNO yang hidup mewah, biarpun hanya sepenggal bergelar YB. Di DUN saya pun situasinya sama.

- realiti ini bukan saya dapat daripada rakan yang pro-pembangkang, tetapi daripada mereka yang rapat dan terlibat sendiri dengan UMNO, juga baik anak atau menantu pemimpin yang berkenaan.

- begitupun, saya juga tidak boleh menafikan apa yang dinikmati UMNO setelah berada selesa di tampuk kuasa selama lebih 50 tahun ini "tidak berjangkit" kepada sesetengah pemimpin di dalam pakatan pembangkang.

- selagi tujuan berpolitik adalah untuk menggengam kuasa, realitinya tidak akan jauh berbeza.

- barangkali 'darjah' atau tahapnya sahaja yang berbeza.

- iaitu sama ada si polan itu pemimpin yang "makan banyak sangat", atau pemimpin yang "makan agak-agak".

-  dalam perbezaan pun ada persamaannya iaitu mereka-mereka yang makan itu, mereka juga "sama-sama pandai simpan".

- memang, sebagai manusia yang lemah, tidak dapat tidak, sukar menepis godaan "makan".

- tetapi janganlah bila makan tu, makan terlalu banyak, sehingga tidak mampu disimpan.

- kelak, rakyat akan melihat siapa yang gendut, siapa yang boroi.

- akhirnya pengundi naik menyampah dan jadilah ia pemimpin yang tidak winnable (a.k.a kalah).

Wassalam.

Saturday, 26 February 2011

Qaradhawi: dua syarat yang mengharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim

Sumber: Pada foto

Pandangan Qaradhawi

Sumber & baca artikel penuh: SINI

Apa pula pandangan Qaradhawi?

Pada beliau, diharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim dengan dua syarat.

Pertama, adanya keperluan. 
Kedua, aman daripada fitnah.

Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.

Beliau juga berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik r.a bahawa ”mana-mana hamba wanita di Madinah boleh saja memegang tangan Nabi s.a.w dan memimpin tangan baginda kemana saja yang dikehendakinya”(Hadis sahih riwayat Bukhari).

Selain menunjukkan sikap tawaduk Nabi s.a.w, hadis ini juga menunjukkan bersentuhan tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim, diharuskan jika tidak disertai nafsu.

Fatwa keharusan berjabat tangan dengan bukan muhrim ini, beliau sembunyikan selama beberapa tahun bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap beliau.

Beliau juga mengatakan, ramai ulama masa kini bimbang untuk mendedahkan kepada awam fatwa-fatwa mereka yang bercanggah dengan pandangan dan pegangan umum masyarakat.

Beliau mendedahkan, beliau tidak berani mendedahkan fatwa ini selama beberapa tahun lamanya. Beliau kemudiannya menyiarkannya dalam bukunya, Fatawa Mu’asirah, juzuk kedua.

Harap dapat memenuhi 'rasa ingin tahu' yang bertanya.

Wassalam.

Friday, 25 February 2011

Siapakah beliau?

Sumber foto: SINI

Big Q: Siapakah si polan yang berkopiah putih yang turut menyertai rombongan Perdana Menteri ke Turki baru-baru ini?

Selamat datang Juan Paulo

Jumaat hari ini memahat sejarah baru dalam diri saya. Seperti biasa setiap Jumaat saya akan bertandang ke Oxford Central Mosque, Manzil Way untuk solat. 

Hari ini, sebelum khutbah, maulana imam telah mengepalai majlis lafaz syahadah saudara baru iaitu Juan Paulo, yang berasal dari Guatemala.

Sepatah demi sepatah Juan menuruti lafaz oleh tuan imam - tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu rasul Allah.

Majlis tersebut turut disertai laungan takbir oleh para jemaah yang ramai sekali hari ini, Allahu-Akbar!

Maulana Imam mengingatkan para jemaah bahawa saudara Juan adalah orang terbaik sekali di kalangan kami hari ini, saat ini kerana sebaik memeluk Islam, Allah Taala telah menjanjikan terhapusnya segala dosanya yang telah lalu - bak bayi yang baru dilahirkan, Alhamdulillah.

Tanpa disedari air mata saya mengalir walaupun cuba buat control macho. Tetapi apa yang hendak dimalukan kerana rata-rata jemaah yang di kiri-kanan dan depan semua tak berupaya untuk control macho juga.

Alangkah bertuahnya saudara Juan kerana mendapat hidayah Allah, sedang saya pula tidak perlu bersusah-payah mencari Islam, kerana sedia dibawa oleh kedua orang tua sedari lahir.

Berdasarkan pencarian saya di Wikipedia, 50%-60% penduduk Guatemala merupakan penganut Katolik dan selebihnya adalah Protestan dan agama asal Mayan (wikipedia).

Bagi saudara baru seperti Juan, saya menyedari cabaran besar yang beliau perlu hadapi setelah memeluk Islam. Saya pernah bersembang panjang hal ini dengan teman serumah saya sewaktu menentut di UTM dahulu, di mana akhirnya beliau diberi hidayah oleh Allah dan masuk Islam.

Hampir 2 tahun kami berkongsi rumah sewa, sepanjang itulah beliau memerhatikan gelagat dan kelakuan saya sebagai orang Islam. Paling ketara adalah setiap kali bersolat dan berpuasa.

Dan sewaktu menyatakan niatnya untuk masuk Islam kepada saya pada suatu malam, masih terdapat beberapa hal yang agak merungsingkan beliau kerana setelah masuk Islam, perkara (kenikmatan) berikut perlu dikorbankan, iaitu:

- Bangun awal pagi (solat Subuh) dan waktu bekerja juga perlu dijaga agar solar Zuhur dan Asar tidak terlepas.
- Menyambut Krismas dengan rakan-rakan (parti, minum dan ehem-ehem).
- Balik kampung dan berdepan dengan abang-abang serta kedua orang tua.

Saya tidak tahu apakah saudara kita Juan turut mengalami cabaran yang seperti ini, atau mungkin lebih berat lagi. 

Namun, kehidupan sebagai seorang Muslim di UK ini juga menuntut pengorbanan yang besar seperti:

1) menjaga pemakanan dengan mencari makanan dari sumber yang halal lagi bersih (di Malaysia, isu susah nak cari makanan halal mungkin tidak timbul)

2) penampilan kita sebagai orang Islam (minoriti) di kalangan penduduk yang majoritinya Kristian (di Malaysia, orang Islam tidak minoriti) - isu persepsi dan diskriminasi.

Harapnya saudara Juan dan rakan saya Louis@Helmi akan kekal istiqamah dan diberikan kekuatan oleh Allah Taala untuk terus mendalami ajaran Islam dan akhirnya menjadi Muslim yang terbaik, insyaAllah.

Sekian.

Thursday, 24 February 2011

Kolam renang terbesar dunia

Sumber secara 'cut n paste' dari SINI

Rupa-rupanya kolam renang terbesar di dunia ini terletak di kawasan resort San Alfonso del Mar, Chile dan mula dibuka pada tahun 2006. Apa spesifikasi kolam gergasi ini?

- Panjang: 1 km (kolam Olimpik: 50 m)
- Kedalaman max: 35 m (kolam Olimpik: 2 m)
- Luas permukaan: 7.7 ha. (kolam Olimpik: 0.125 ha.)
- Isipadu air: 250 juta liter (kolam Olimpik: 2.5 juta liter)

Kos pembinaan? GBP 1billion sahaja.






Negara-negara terkecil di dunia

Sumber Asal Bahasa Inggeris: The World's Smallest Countries by Laura Tait

Vatican City

Tidak ramai yang mengetahui bahawa tempat kelahiran  Katolik ini merupakan sebuah negara yang tersendiri (bukan sebahagian dari Itali pun). Hanya berkeluasan 0.2 batu persegi, ianya adalah negara terkecil di dunia, dengan populasinya cuma 466 orang. Tidak boleh dipisahkan dengan imej the Basilica of St Peter, sebuah Cathedral besar dan terkenal direka oleh artis Michelangelo. The Basilica menempatkan makam bekas-bekas Pope. Uniknya, negara terkecil dunia ini juga memiliki salah satu ruang awam (public spaces) terbesar di dunia iaitu Piazza di San Pietro, di luar the Basilica yang dibina pada tahun 1660an.

Monaco

Di dalam negara yang berkeluasan hanya 0.7 batu persegi ini, berkumpulnya seramai 32,500 penduduknya. Monaco, terletak di sepanjang the French Riviera pada bahagian selat French Mediterranean berdekatan bandar Nice. Negara kedua terkecil di dunia ini dipadatkan dengan kekayaan, dengan wujudnya marina pelayaran mewah bernilai puluhan juta pound di pelabuhan Monte Carlo, penonjolan gaya hidup 'extravagant', kemudahan perbankan terlindung (discreet) dan jalan raya dipantau rapi pihak polis. Waktu terbaik untuk menikmati suasana di negara ini adalah semasa penganjuran Tenis Siri Masters (April) dan pengajuran kejohanan Formula 1 (Mei), selain pengajuran acara lain seperti Monaco International Non Violance Film Festival dan the Monte Carlo Opera. Sekalipun tanpa penganjuran acara seperti dinyatakanpun, Monaco masih menyajikan keindahan alamnya kepada pelancong yang gemar berjalan kaki, melihat panorama pantai dan sebagainya.

Nauru

Dihuni kira-kira 13,770 penduduk di atas kawasan seluas 8.4 batu persegi, negara pulau berbentuk ubi kentang suatu ketika dahulu (selama satu abad) adalah pembekal baja semulajadi terpenting kepada Australia. Namun, setelah berlakunya kemelesetan ekonomi setelah kehabisan sumber phosphate pada tahun 2005, Nauru telah menjadi negara yang di ambang kemuflisan dengan masa depan yang tidak menentu, dengan banyak bergantung kepada bantuan kewangan oleh negara luar. Pelancongan tidak pernah dianggap agenda penting negara pulau terkecil ini. Namun, setelah syarikat penerbangan negara berjaya dipulihkan dan sumber ekologinya dipulihkan, keadaan mungkin berubah. Antara tarikan pelancongan utama di sini adalah melihat kesan tinggalan Jepun semasa Perang Dunia II, pantai kecil, small Chinatown dan sebagainya.

Tuvalu

Enam pulau terumbu dan tiga pulau berbatu telah membentuk negara yang dianggar berkeluasan 9 batu persegi ini. Sewaktu Perang Dunia II, sebahagian besar tentera US ditempatkan di negara pulau ini dan dibina landasan pendaratan kapal terbang di kawasan Nanumea - beberapa bangkai pesawat tinggalan perang turut boleh disaksikan. Hari ini, negara pulau ke-4 terkecil ini dihuni seramai 12,000 orang dan the Funafuti Conservation Area telah menjadikan pulau ini sebagai tempat terbaik kepada para penyelam (melihat keindahan terumbu).

San Marino

Terletak di kawasan Mount Titano, utara Itali, San Marino memiliki populasi terkecil dari kalangan negara dalam EU, dengan hanya 29,000 orang. Ia juga salah sebuah daripada negara Eropah tertua (telah wujud sejak kurun ke-4 lagi) dan pernah menjadi sebahagian daripada negara Vatican dan satu-satunya 'city-state' yang sepenuhnya dikelilingi negara lain. San Marino kaya dengan sejarah di dalam ruang seluas 24 batu persegi itu, dengan kewujudan banyak muzium dan monumen bersejarah untuk dilawati. Dengan larangan penggunaan kenderaan, keseluruhan bandar ini dapat anda jelajahi secara berjalan kaki dengan selesanya.

Liechtenstein

Dengan keluasan 62 batu persegi dan penduduknya seramai 34,000 orang, Liechtenstein seringkali dilepas pandang oleh ramai pelancong berbanding 2 negara jirannya Switzerland dan Austria. Jika anda gemarkan sukan, Liechtenstein menawarkan pengalaman mendaki dan berbasikal yang menyeronokkan dengan banjaran pergunungan dan lembah yang indah untuk dinikmati sewaktu musim panas, dan bermain ski sewaktu musim sejuk. Jika anda bukan penggemar sukan, masih boleh melawat ke pelbagai tarikan pelancongan lain seperti Istana zaman Medieval of Schloss Vaduz, Muzium Setem, Perpustakaan Negara, muzium ski dan Muzium Seni Liechtenstein - yang memuatkan hasil seni oleh Rembrandt, Rubens dan Van Dyck.

Wednesday, 23 February 2011

Kabinet Bayangan Tidak Perlu: Anwar


Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (yang digantung daripada hadir sidang dewan selama 6 bulan), cabaran Perdana Menteri agar Pakatan Rakyat menubuhkan kabinet bayangan (shadow cabinet) tidak perlu disahut buat masa ini memandangkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet (JK) yang sedia ada sudah memadai kerana menampakkan peranan yang hampir serupa (dengan kabinet bayangan).

Nada Ketua Pembangkang ini sekalipun ada benar dan logiknya, saya sebagai salah seorang anggota dalam masyarakat (mungkin saya sahaja), masih sangsi dengan keberkesanan JK ini di atas alasan-alasan berikut:

1) Saya tidak mengetahui siapakah anggota MP Pakatan yang diberikan portfolio-portfolio itu (menonjolkah mereka untuk dinilai rakyat akan tahap intelektualiti dan kepimpinan, atau apakah kurang promosi akan respon mereka dalam menjawab isu-isu berkaitan portfolio mereka di media milik pakatan sendiri)?

Sebagai contoh, apakah saudara Mahfuz Omar ada memegang portfolio dalam JK? Jika ada, apakah nama portfolio yang beliau jaga? - saya tidak tahu.

2) Bagaimana untuk anggota JK meneruskan fungsi dan peranan mereka seandainya 'digantung' daripada menghadiri sidang dewan, seperti mana yang sedang dilalui Anwar sendiri ketika ini?

Seandainya anggota JK ini digantung, bagaimanakah peranan beliau dan portfolio yang dipegangnya dapat diteruskan? 

3) Bagaimana Pakatan dapat menyelaras fungsi setiap JK ini 'di luar dewan'. Ini kerana banyak isu seringkali melarat  dan dibincang hingga ke luar dewan. Apakah anggota JK dapat secara spesifik menjawab isu-isu yang dibangkitkan, kerana dikhuatiri ramai yang akan berlumba untuk 'menjadi jaguh' sehingga menampakkan ketiadaan koordinasi di kalangan pimpinan dalam Pakatan di dalam menangani sesuatu isu?

Pembentukan Kabinet Bayangan bukanlah perkara asing kerana ianya menjadi amalan lazim di banyak negara, termasuklah di UK.

Bezanya mungkin di UK tidak wujud gabungan beberapa parti pembangkang yang dominan melainkan Parti Buruh sahaja ketika ini. Parti pembangkang lain kecil dan kurang signifikan untuk perkongsian kuasa.

Manakala, senario di Malaysia pula menampakkan Pakatan pembangkang begitu memerlukan di antara satu sama lain kerana tiada yang paling dominan di antara PKR-DAP-PAS.

Justeru, sesebuah parti itu tidak boleh mengatakan mereka lebih layak untuk menentukan keputusan-keputusan tertentu, tanpa perbincangan dan 'restu' daripada rakan-rakan seangkatan.

(Ini dapat kita perhatikan bagaimana nada yang digunakan PAS dalam usahanya menyampaikan mesej berkenaan Negara Islam kepada DAP dan PKR. Tambahan pula, dalam PAS sendiri telah diwujudkan Kelab Penyokong PAS untuk membenarkan mereka yang bukan Islam tetapi cenderung dengan perjuangan PAS, menjadi stakeholders kepada parti.)

Saya melihat, ketiadaan dominan (atau dominasi) ini membuatkan masing-masing parti dalam Pakatan cuba mengelakkan terciptanya situasi 'tarik-tali' yang bisa merugi/memecahbelahkan kerjasama, seterusnya meruntuhkan 'perkongsian' kuasa dan kepentingan mereka di dalam pentadbiran di beberapa buah negeri.

Inilah pada pandangan saya, yang menjadikan Anwar sedikit berlapik untuk menolak cabaran Najib bagi mewujudkan barisan kabinet bayangan - kerana tidak ingin isu 'tarik tali' wujud, dan dipanjangkan sehingga menggugat kerjasama sedia terjalin di antara ketiga parti dalam PR itu.

Inilah bezanya modus operandi bagi pihak PR dengan BN. Begitupun, hanya masa yang akan menyediakan jawapan pendekatan pihak manakah yang lebih diyakini (dan disenangi) rakyat.

Dan persoalan siapa yang jadi "tunggangan" dan siapa yang jadi "diktator" di dalam "perkongsian kuasa" ini juga harapnya akan terjawab, selari dengan masa yang berlalu.

Sekian.

Tuesday, 22 February 2011

{Petikan Minggu Ini}

" ................kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya."

- Bob Lokman (pelakon, penghibur & pendakwah)

Terkini: Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011 - UPDATED

Menurut sumber Harakahdaily, sehingga waktu ini, kumpulan Pro-Aspirasi dan kumpulan Pro-Mahasiswa masing-masing meneruskan persaingan sengit untuk menguasai kampus-kampus utama (IPTA) pada PRK 2011.

Diberitakan daripada 5 kampus utama, kumpulan PA telah berjaya menguasai 3 daripadanya dan PM, 2 kampus iaitu:

IPTA dimenangi kumpulan Pro-Aspirasi: 

1) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - menang 38/56 kerusi
2) Universiti Putra Malaysia (UPM) - menang 32/43 kerusi
3) Universiti Sains Malaysia (USM) - menang 11/21 kerusi (majoriti 1 kerusi).

- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - menang 17/30 kerusi

IPTA dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa:

1) Universiti Malaya (UM) - menang 23/41 kerusi
2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - menang 22/37 kerusi

- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - menang 23/26 (pro-Aspirasi hanya menang 1 kerusi)

Selain 5 kampus utama ini, kumpulan Pro Mahasiswa juga turut menguasai 6 buah lagi IPTA/kampus iaitu:

3) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
4) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
5) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
6) Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian (USMKK)
7) Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSL)
8) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Manakala, saingan dijangka terus sengit hari ini dengan para mahasiswa di kampus UTHM dan UIAM bakal keluar membuang undi.

Dikhabarkan juga bahawa kebarangkalian bagi kumpulan PM menguasai kampus UIAM adalah tinggi bersandarkan kemenangan awal, 14 kerusi menang tanpa bertanding.

Sekian dulu.

Sunday, 20 February 2011

Mendermalah


Alhamdulillah, di sebalik pelbagai kemelut ekonomi yang melanda UK waktu ini, komitmen para kariah terhadap kerja-kerja penyiapan Masjid di Manzil Way tetap tinggi.

Nampaknya kutipan mingguan £1800+ berterusan manakala progress jualan tempat solat telah melepasi 50%. Kos menyiapkan ruang solat utama (tempat solat merangkumi kos permaidani dan kos pemasangan) telah dianggarkan sebanyak £30,000 hingga £45,000.

Bagi membuka peluang kepada setiap ahli kariah melakukan amal jariah (dengan membeli lot ruang solat ini untuk diri sendiri, anggota keluarga sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia) dengan ditetapkan harga satu lot adalah sebanyak £60.

Tempoh guna atau jangka hayat permaidani solat ini pula dijangkakan boleh bertahan sehingga 30-35 tahun (selama itulah juga si polan beroleh untung daripada 'pelaburan' akhiratnya ini).

Jumaat lepas, Maulana Imam ada berceloteh (kali pertama saya lihat) menyatakan kegembiraan pihak pengurusan masjid dengan progress semasa. Cumanya, dalam ramai-ramai orang yang menderma dengan membeli ruang solat itu, baik untuk diri sendiri, anak-isteri dan orang tua mereka, tiada seorangpun yang tampil membeli ruang solat untuk Imam dan Bilal.....

Kata Maulana Imam, mengapa kita sanggup keluarkan wang beratus-ratus pound untuk membeli seunit TV plasma, flat screen bersaiz besar untuk ruang tamu rumah, sedangkan kita sendiri tidak pasti sampai bila kita dapat tengok TV itu.

Justeru, mengapa tidak boleh kita menyedekahkan sedikit daripada wang kita demi menyiapkan Rumah Allah, yang mana sedekah kita itu telah dijanjikan sendiri ganjaran jangka panjang oleh Allah Taala sendiri?

Benar juga. Jika kita lihat sendiri di dalam rumah kita, atau apabila kita bertandang ke rumah rakan-rakan kita, mewah sebenarnya rezeki yang Allah Taala kurniakan, tanpa perlu kita bayar apa-apa.

Sungguhpun menderma itu bukanlah mandatori atau wajib, tetapi ianya amat digalakkan. Tambahan pula jika kita bekerja, menjana wang dan inginkan keberkatan pada setiap sen wang yang kita perolehi.

Hidup di Malaysia barangkali lebih baik kerana masjid disediakan dan setelah lengkap dengan segala macam kemudahan, landskap dan CF, barulah ianya dibuka kepada para jemaah.

Di Oxford ini, segala usaha membina masjid adalah diatas inisiatif mereka-mereka yang komited dalam komuniti untuk melihat terbinanya sebuah tempat solat. Malah, ada sebahagian komuniti di sini yang bersolat di pusat komuniti yang mana hari Jumaat digunakan untuk Solat Jumaat, dan Ahad di jadikan gereja bagi orang Kristian. Itulah cabaran yang perlu dihadapi demi meneruskan praktis Islam di tempat orang. 

Melihat dan merasai sendiri kesusahan dan cabaran untuk beribadat di tempat orang membuatkan saya terfikir, adalah amat malang jikalau anda yang tinggal di Malaysia, yang dibinakan masjid dengan segala kemudahan, gagal dibangunkan dengan pengisian-pengisian bagi menyatupadukan ummah.

Sekian, dan mendermalah sedaya mungkin!

Saturday, 19 February 2011

Mawaddah: Saya Sedia!

Ayyoyo...saya sudah lewat nih....

Kemas...kemas....kemas (dari mana datang baldi tu pun xtaulah)

Saya sedia!

 Lihatlah saya bersiap sampai berpeluh ni...

 Lets go!

Bye-bye...

Wednesday, 16 February 2011

Bicara politik - Pengundi Melayu

Sumber: SINI

3 kategori pengundi Melayu

Pada hakikatnya, pengundi Melayu yang menolak BN dalam PRU ke-12 mungkin boleh terbahagi kepada tiga kategori: 

Pertama, pengundi muda yang mendahagakan politik baru; Kedua, pegundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, berubah-ubah dasarnya, dan kepimpinan yang tidak terserlah; Ketiga, mereka yang tidak mendapat sumber dalam UMNO, atau mereka yang mahu menjatuhkan sekta Abdullah untuk mengolak selangkah ke atas tangga dalam UMNO.

Setelah Abdullah Ahmad Badawi berundur, pengundi kategori kedua hilang alasan untuk terus menyokong PR.  Pengundi kategori ketiga pula, mungkin telah menyesal sebaik sahaja keputusan PRU ke-12 diumumkan.  Mereka mungkin menyesal kerana "hukuman yang dijatuhkan" terlalu berat sehingga UMNO kehilangan kuasa di Selangor yang kaya dengan sumber, malah menggugat kuasa kerajaan persekutuan.  Projek mega yang digerakkan Najib menandakan lebih banyak sumber yang bakal diagihkan kepada anggota dalam parti.  Oleh itu, kembalinya sokongan kepada BN dari pengundi kategori ketiga kelihatan sudah menjadi satu kemestian.

Pengundi muda kategori pertama masih tidak jelas kecenderungannya.  Sebahagian pengundi dalam kategori ini mungkin telah menjadi, dan akan terus menjadi asas sokongan PR.  Namun, mereka yang menaruh harapan tinggi terhadap politik baru juga mungkin lebih mudah kecewa terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR (terutamanya PKR), dan berputus asa untuk menyokong PR.

Namun pengundi kategori ini tetap harapan terakhir untuk PR.  Seandainya PR tidak mahu ranap sepenuhnya dalam PRU akan datang, maka PR perlu menumpukan tenaganya untuk menjangkau pengundi kategori ini (pengundi muda Melayu) - selain kedua-dua parti pembangkang yang lama, PAS dan DAP yang perlu mengukuhkan asas sokongan masing-masing.  Apa yang menarik, gerak geri BN baru-baru ini turut menyasarkan pengundi kategori ini.

Banyak mana wang Robert Kuok? (berserta illustrasi)

Tentu ramai orang akan berangan-angan bilalah mereka akan jadi kaya sebaik membaca kisah 40 individu terkaya di Malaysia ini (baca sini: Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia).

Saya tidak minat untuk panjangkan hal ini dan seterusnya membantutkan angan-angan anda. Cuma ingin berkongsi secara illustrasi, mungkinkah sebanyak ini wang Robert Kuok?

Pertamanya, saya perlu convert nilai wang MYR (RM) kepada USD (Dollar) agar lebih realistik. Kalau anda berminat, selepas ini, untuk convert segala wang (atau matawang) yang anda simpan di bank, bawah bantal, dalam tanah di belakang rumah etc. boleh lakukannya di website ini: Coinmill

Baik, kita teruskan....(kredit kepada BlogSerius di atas bahan illustrasi asal).

 Ini contoh wang berjumlah USD 10k

 Wang menambah kepada USD 1juta

 Wang makin bertambah kepada USD 100juta

Wang bertambah lagi kepada USD 1billion

Utusan online melaporkan kekayaan semasa Kuok adalah RM50.04 billion. Melalui converter system pada website yang saya nyatakan di atas, ianya disama nilai dengan USD 16.43 billion.

Makanya, banyak mana 16 billion dollar tu?

Banyak ni la kot.......!


Banyak tu, tapi banyak mana boleh bawa "nanti" yek?

Teruskan berangan.....

Penjelasan Exco: Isu Bazar Tok Guru & Arked UDA


Kata orang tua-tua: 

buka telinga kanan, buka telinga kiri.
buka mata kanan, buka mata kiri.
sebab apa Dajjal itu diumpamakan sebagai "bermata satu"?
kerana hanya buka satu mata, dan tutup satu laginya.

- Utusan kata kerajaan negeri rugi RM50 juta - laporan ini anda telah baca.
- Di sini Nik Amar beri penjelasan - inilah peluang anda untuk menilai.

Semak dan imbang!

Perlu ke?

Tidak bolehkah saudara yang berarak di belakang tu tinggalkan buat seketika ideologi kepartian itu. Ianya Maulid Nabi for god sake!

Sumber pada foto

Tuesday, 15 February 2011

The World's Worst Place to Be Gay?

Pengacara rancangan ini, Scott Mills, yang juga seorang suka main bontot gay telah meliwat melawat Uganda, sebuah negara di Afrika yang bakal melaksanakan hukuman mati kepada orang yang suka main bontot gay. 

Sepanjang liwatan lawatannya, DJ ini cuba menyelami hati, perasaan dan bagaimana untuk seorang yang suka main bontot gay hidup di dalam masyarakat yang memandang jijik orang yang suka main bontot seperti beliau.

Klik SINI untuk menonton dokumentari ini menerusi BBC iPlayer. Saya tidak pasti sama ada anda boleh melayarinya dari Malaysia.

Sumber: pada gambar

nota:  

- akal manusia yang amat terbatas, cuba mempromosikan amalan main bontot gay sebagai hak asasi, tetapi pada masa yang sama bersungguh-sungguh menentang amalan poligami, yang juga menjadi hak asasi.

- akal manusia sepatutnya lebih cerdik dari beruk. Beruk jantan yang diketahui umum tidak berakal pun tidak tergamak untuk main bontot dengan beruk jantan yang lain.  

- sekarang, masyarakat barat sedang menulis sejarah kemusnahan bangsa mereka sendiri. Lebih teruk lagi, sebelum mereka hancur, cuba pula menarik orang lain untuk hancur bersama dengan mempromosi budaya dan cara hidup songsang sebegini ke dalam masyarakat.

- gay is not about love, it's about lust!

Selamat menonton!

Kenangan



Mawaddah & Alya

 @mat sed@p - foto tidak bertarikh

Bicara politik

Sumber: SINI

1) Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. 

Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

2) Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. 

Meskipun media yang dikawal BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

3) Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. 

Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.

4) Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. 

Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

5) Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. 

Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

6) Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. 

Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu  dalam senarai "kawasan panas".

7) Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. 

Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya. 

---------------------------------

Tiada nota kaki.

Monday, 14 February 2011

Jam tangan untuk anda (?)

Jam tangan HD3 Complication Bi-Axial Black Pearl ini dikeluarkan sebanyak 11 unit sahaja. Makanya, kepada anda yang berminat, silalah berebut untuk mendapatkannya.






Tetapi, anda mungkin akan membatalkan niat untuk berebut  jam edisi terhad ini sebaik mengetahui harga setiap satunya hanyalah RM 1,400,000.00!!

(sumber: dinyatakan pada link di atas)

Robot khayalan





 
Sumber semua foto: Blog Serius