Thursday, 24 February 2011

Negara-negara terkecil di dunia

Sumber Asal Bahasa Inggeris: The World's Smallest Countries by Laura Tait

Vatican City

Tidak ramai yang mengetahui bahawa tempat kelahiran  Katolik ini merupakan sebuah negara yang tersendiri (bukan sebahagian dari Itali pun). Hanya berkeluasan 0.2 batu persegi, ianya adalah negara terkecil di dunia, dengan populasinya cuma 466 orang. Tidak boleh dipisahkan dengan imej the Basilica of St Peter, sebuah Cathedral besar dan terkenal direka oleh artis Michelangelo. The Basilica menempatkan makam bekas-bekas Pope. Uniknya, negara terkecil dunia ini juga memiliki salah satu ruang awam (public spaces) terbesar di dunia iaitu Piazza di San Pietro, di luar the Basilica yang dibina pada tahun 1660an.

Monaco

Di dalam negara yang berkeluasan hanya 0.7 batu persegi ini, berkumpulnya seramai 32,500 penduduknya. Monaco, terletak di sepanjang the French Riviera pada bahagian selat French Mediterranean berdekatan bandar Nice. Negara kedua terkecil di dunia ini dipadatkan dengan kekayaan, dengan wujudnya marina pelayaran mewah bernilai puluhan juta pound di pelabuhan Monte Carlo, penonjolan gaya hidup 'extravagant', kemudahan perbankan terlindung (discreet) dan jalan raya dipantau rapi pihak polis. Waktu terbaik untuk menikmati suasana di negara ini adalah semasa penganjuran Tenis Siri Masters (April) dan pengajuran kejohanan Formula 1 (Mei), selain pengajuran acara lain seperti Monaco International Non Violance Film Festival dan the Monte Carlo Opera. Sekalipun tanpa penganjuran acara seperti dinyatakanpun, Monaco masih menyajikan keindahan alamnya kepada pelancong yang gemar berjalan kaki, melihat panorama pantai dan sebagainya.

Nauru

Dihuni kira-kira 13,770 penduduk di atas kawasan seluas 8.4 batu persegi, negara pulau berbentuk ubi kentang suatu ketika dahulu (selama satu abad) adalah pembekal baja semulajadi terpenting kepada Australia. Namun, setelah berlakunya kemelesetan ekonomi setelah kehabisan sumber phosphate pada tahun 2005, Nauru telah menjadi negara yang di ambang kemuflisan dengan masa depan yang tidak menentu, dengan banyak bergantung kepada bantuan kewangan oleh negara luar. Pelancongan tidak pernah dianggap agenda penting negara pulau terkecil ini. Namun, setelah syarikat penerbangan negara berjaya dipulihkan dan sumber ekologinya dipulihkan, keadaan mungkin berubah. Antara tarikan pelancongan utama di sini adalah melihat kesan tinggalan Jepun semasa Perang Dunia II, pantai kecil, small Chinatown dan sebagainya.

Tuvalu

Enam pulau terumbu dan tiga pulau berbatu telah membentuk negara yang dianggar berkeluasan 9 batu persegi ini. Sewaktu Perang Dunia II, sebahagian besar tentera US ditempatkan di negara pulau ini dan dibina landasan pendaratan kapal terbang di kawasan Nanumea - beberapa bangkai pesawat tinggalan perang turut boleh disaksikan. Hari ini, negara pulau ke-4 terkecil ini dihuni seramai 12,000 orang dan the Funafuti Conservation Area telah menjadikan pulau ini sebagai tempat terbaik kepada para penyelam (melihat keindahan terumbu).

San Marino

Terletak di kawasan Mount Titano, utara Itali, San Marino memiliki populasi terkecil dari kalangan negara dalam EU, dengan hanya 29,000 orang. Ia juga salah sebuah daripada negara Eropah tertua (telah wujud sejak kurun ke-4 lagi) dan pernah menjadi sebahagian daripada negara Vatican dan satu-satunya 'city-state' yang sepenuhnya dikelilingi negara lain. San Marino kaya dengan sejarah di dalam ruang seluas 24 batu persegi itu, dengan kewujudan banyak muzium dan monumen bersejarah untuk dilawati. Dengan larangan penggunaan kenderaan, keseluruhan bandar ini dapat anda jelajahi secara berjalan kaki dengan selesanya.

Liechtenstein

Dengan keluasan 62 batu persegi dan penduduknya seramai 34,000 orang, Liechtenstein seringkali dilepas pandang oleh ramai pelancong berbanding 2 negara jirannya Switzerland dan Austria. Jika anda gemarkan sukan, Liechtenstein menawarkan pengalaman mendaki dan berbasikal yang menyeronokkan dengan banjaran pergunungan dan lembah yang indah untuk dinikmati sewaktu musim panas, dan bermain ski sewaktu musim sejuk. Jika anda bukan penggemar sukan, masih boleh melawat ke pelbagai tarikan pelancongan lain seperti Istana zaman Medieval of Schloss Vaduz, Muzium Setem, Perpustakaan Negara, muzium ski dan Muzium Seni Liechtenstein - yang memuatkan hasil seni oleh Rembrandt, Rubens dan Van Dyck.

No comments:

Post a Comment