Thursday, 4 June 2009

Stadium runtuh = Durian runtuh

Berita yang saya terima dari kampung menyatakan kejadian bumbung stadium runtuh di Kompleks Sukan Gong Badak bukan sahaja menjadi bencana kepada industri pembinaan tempatan, tetapi telah memberikan "durian runtuh" kepada masyarakat yang tinggal berdekatan kawasan kejadian.

Mana tidaknya, kehadiran ribuan orang sama ada yang datang khusus melihat dan mengambil foto stadium yang runtuh, mahupun pengguna jalan raya yang singgah sebentar, melihat kesan runtuhan, telah dimanfaatkan penduduk setempat terutama para penjaja dengan membuka gerai menjual air "ceduk", kuih-muih, aiskrim dan gula-gula.

Agaknya lebih lama runtuhan stadium itu tidak dibersihkan, dan selagi ramai orang singgah untuk melihat "monumen bersejarah" ini (dah jadi tapak pesta pulak), dan merasalah rakyat tempatan "durian runtuh" - makin untunglah perniagaan mereka.

Apapun bagus juga pemikiran penjaja-penjaja ini. Sekurang-kurangnya mereka tidak dicop ambil untung atas keperitan orang lain kerana tiada orang yang terkorban semasa runtuhan bumbung stadium itu tempoh hari.

Macam itulah adat orang berniaga, kena pandai gunakan peluang yang ada, selagi ia tidak menzalimi orang lain. Lepas ini, jangan pulak naikkan harga air "ceduk" tu mentang-mentang ramai "pelawat" yang berkunjung!

Dr. Sepet: Kelakar tapi benar.

No comments:

Post a Comment