Petang semalam, lebih kurang pukul 8.00 malam kami turun ke pocket allotment di belakang rumah bagi mengutip lettuce. Tidak ingin ketinggalan adalah mandur Mawaddah yang sememangnya sentiasa setia mengikuti kami setiap kali berkebun.
Namun, kehadiran mandur pada petang ini dilihat sedikit luar biasa kerana mendapatkan perkhidmatan "arah-atas-dokong" daripada Mak Lang dia.
Ayah, turun la cepat sikit, nanti lewat pulak. Banyak nak potong nih! (saya sedang mencari-cari seluar berkebun)
Tanpa disedari, rupanya ada 2 pokok epal di laman belakang rumah kami. Kedua-duanya berbuat lebat kali ini. Jika buah menjadi, bolehlah dibuat pai epal dan ajak sekali rakan-rakan kat Kampung Oxford ini.
Seronok pekena Lettuce dengan sos Thousand Island malam tadi. Apapun, yang lebih penting sayur yang ditanam adalah organik (bebas kimia), dan boleh dipetik bila-bila masa yang kita nak.
Lepas ini, kita tengok pula apa cerita si kangkung. Nampak dah terkeluar-keluar dari bekas semaian, tak lama lagi nak kena potong la tu.
Wassalam
(p/s: Saiful, dah seminggu ni. Apa perkembangan kangkung anda? - sampaikan khabar).

Kangkung sihat. Dah tumbuh pun. Tapi tuan kangkung kene rehat dari memblog, kene tulis literature review n presentation dulu.
ReplyDelete