Tuesday, 21 May 2013

Jejambat Berpusing Kawazu-Nanadaru, Jepun (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Nice!

Jika anda  pernah memandu naik ke Genting dan Cameron Highland, anda pasti tahu sungguhpun gunung yang dinaiki tidak setinggi mana tetapi jalan yang perlu dilalui adalah berbengkang-bengkok. Ini adalah kerana kereta biasanya boleh bergerak pada kecerunan tertentu tanpa mengalami kerosakan. Di Kawazu Jepun, kerana kekurangan tanah untuk membina jalan bagi mendaki lereng bukit, mereka membina sebuah jejambat berpusing. 

Ia kelihatan seperti binaan sebuah tempat letak kereta bertingkat yang kita sering lihat. Jejambat berpusing Kawazu Nanadaru siap dibina pada tahun 1982. Ianya setinggi 45 meter dan berdiameter 85 meter. Dengan pembinaan jejambat ini, kenderaan boleh mendaki gunung tanpa perlu membina jalan yang lebih panjang di tepi gunung. Pemandu melakukan dua pusingan penuh di atas jejambat yang sepanjang 1.1 kilometer ini. Very cool. Ini bukan satu-satunya jejambat berputar di dunia. Dari Wikipedia kami mendapati terdapat 25 lagi jejambat sebegini di dunia. 



Laporan asal Wikipedia
Gambar TokyoBling , VSUStudents

No comments:

Post a Comment