Sunday, 10 March 2013

Sudah Buat Pilihan?

Jumaat lepas, 8 Mac 2013, genaplah 5 tahun negara dan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada pilihanraya (PRU ke-12, 8 Mac 2008).

Menjelang PRU ke-13, walaupun telah melepasi 5 tahun "matang", hanya cakap-cakap dan telahan sahaja yang kedengaran, sedang sebarang pengumuman rasmi oleh YAB Perdana Menteri masih kekal sebagai tanda tanya.

Pun begitu, sebagai rakyat biasa, saya berpandangan, sama ada cepat ataupun lambat parlimen dibubar (atau terbubar), rakyat (sebut para pengundi) khususnya telahpun ada dan membuat pilihan mereka masing-masing.

Cepat atau lambat, di sebalik pengumuman bermacam bantuan, insentif, bonus, projek mee segera, gula-gula (atau apa jua terma yang membawa maksud yang hampir serupa), rakyat hanya melihat ianya sebagai "habuan untuk dikutip" di dalam perjalanan menuju ke PRU yang ke-13.

Cepat atau lambat, dibangkitkanlah apa jua isu-pun, para pengundi telah membuat pilihan hati mereka masing-masing.

Cepat atau lambat, para "wait and see voters" juga barangkali  sudah mencongak siapa pilihan mereka.

Cepat atau lambat, tempoh "persembahan" 2 minggu yang terakhir ini tidak akan dapat memadam penilaian orang terhadap "persembahan" 5 tahun yang telah dipentaskan oleh kedua-dua BN mahupun PR.

Saya sendiri hanya menunggu pengumuman parti-parti yang bakal bertanding untuk memperkenalkan calon-calon mereka secara rasmi (walaupun cakap-cakap tidak rasmi mengenai bakal calon itu sudah lama tersebar di kalangan rakyat).

Ingin juga meneliti dan menilai "kelayakan" di antara calon-calon yang ditampilkan ini:

1) Mana yang ada al-Quwwah (kuat), dan al-Amanah (amanah) dan "paling kurang mudharat" untuk memikul beban dan tanggungjawab sebagai "Tok Wakil" bagi kawasan saya selepas PRU ke-13 nanti. 

“Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi soleh tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: “Yang kuat dan jahat. Ini kerana kekuatannya untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri. Adapun yang soleh tetapi lemah maka kesolehannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam”. Maka berperang bersama yang kuat dan jahat.” - Sumber: Minda Tajdid

Satu undi dari saya tidak mungkin mengubah apa-apa keputusan majoriti, tetapi setidaknya saya cuba bergerak "ke arah itu".

Cepat atau lambat, it's only a matter of time...tick-tock; tick-tock...

No comments:

Post a Comment