Thursday 17 January 2013

T-35: Kereta Kebal Russia Dengan 5 Laras Meriam (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Mother Russia

Sebelum ini kami ada paparkan konsep kereta kebal dengan 5 laras meriam. Bagi kami ia adalah rekaan yang sangat tidak praktikal kerana kereta kebal tidak memerlukan meriam utama yang banyak untuk berfungsi. Kami tidak tahu pada ketika itu sebenarnya Soviet Russia telahpun menghasilkan sebuah kereta kebal dengan 5 laras meriam. Kereta kebal ini ialah T-35 dan ianya dibina pada tahun 1934 sehingga 1941

T-35 merupakan kereta kebal utama Soviet sebelum perang dunia kedua meletus. Ia dilengkapi selaras meriam 75 mm, dua laras meriam 45 mm dan 2 laras mesingan 7.62 mm. Kereta kebal seberat 35 tan ini menjadi kebanggaan Soviet dan Stalin pada awalnya kerana ia merupakan satu-satunya kereta kebal dengan 5 rudal senjata. 

Apabila perang dunia kedua meletus kelemahan T-35 mula kelihatan. Kereta kebal ini terlalu perlahan dan berat dan tidak mampu menentang kereta kebal Panzer yang digunakan tentera Nazi. Selain daripada itu, T-35 mempunyai masalah teknikal yang kronik. Hanya 61 buah T-35 dihasilkan dan ia kemudiannya digantikan dengan kereta kebal lagenda T-34 yang lebih ringan dan hanya mempunyai satu laras meriam. 


What can we learn today? Banyak senjata tak semestinya efektif. Sometimes simplicity is the way to go.




Laporan asal Wikipedia 
Foto Dari SlackRatchet

No comments:

Post a Comment