Monday, 3 December 2012

Mari Lihat Perkampungan Komuniti Mormon yang Berpoligami di Amerika (foto)

Sumber dipetik: Blogserius


Poligami? Oh yeah.......

Di Moab, Utah, Amerika Syarikat terdapat perkampungan bagi komuniti penganut agama Mormon yang mengamalkan perkahwinan poligami. Di Amerika Syarikat amalan poligami adalah diharamkan kecuali di beberapa negeri seperti Utah dan Arizona. Bagi menjalani kehidupan yang tidak diganggu atau dipandang serong, komuniti keluarga mormon ini membina penempatan ini 35 tahun yang lalu. Di sini mereka hidup dengan segala kemudahan moden. Rumah dibina di dalam gua atau ditebuk terus di sisi bukit. Sebanyak 15 keluarga menjadikan "The Rock", nama jolokan tempat ini sebagai rumah mereka.

Di Malaysia poligami halal dan kerana tiada stigma negatif, bahkan ramai pula yang main-main dengan kemudahan berpoligami di sini. Mungkin mereka yang tak serius berpoligami harus dihantar ke USA untuk mensyukuri nikmat.

Laporan asal Reuters 


1 comment: