Monday, 17 December 2012

Apabila Enggan Berpindah Untuk Projek Pembangunan di China (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Tanahku Milikku!

Di China pembangunan berlaku pada kadar yang pesat. Bagi menampung keperluan tempatan, kerajaan China melakukan pemodenan pada skala besar-besaran. Bandar baru dibina, lebuhraya 4 laluan diturap dan bangunan tinggi dipacakkan selagi boleh. Tetapi sejak berhenti menjadi sebuah negara KOMUNIS sejati, kerajaan China menghormati hak rakyat untuk memiliki harta dan tanah. Untuk membina kesemua infrastruktur moden, tanah rakyat akan dibeli dahulu sebelum projek pembinaan dilakukan. Tetapi akan berlaku kes di mana rakyat enggan berpindah kerana hartanah yang mereka miliki dirasakan lebih bernilai dari pampasan yang diberi. Ada juga enggan berpindah kerana hartanah yang dimiliki mempunyai nilai sentimental tersendiri. Akibatnya berlakulah insiden-insiden seperti di bawah. Rumah terletak di atas jalan raya dan menjadi pulau. Nampak sangat janggal dan aneh!


Laporan asal IziSmile  

No comments:

Post a Comment