Thursday, 15 November 2012

ISYTIHAR HARTA: TAHNIAH & TAKZIAH


Mengisytiharkan harta sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS pada Muktamar Parti ke-58 hari semalam saya kira suatu tindakan yang boleh kita puji. Ianya melambangkan keinginan seorang pemimpin untuk bergerak lebih hampir ke garis ketelusan dan ketulusan di dalam berpolitik. 

Namun begitu, realiti politik Malaysia, hari ini, saya perhatikan juga menuntut ahli politik yang, walaupun tak kaya tetapi kenalah berharta and should be someone who are resourceful - to entertain various needs from rakyat. 

Sebagai pemimpin politik (dan bakal calon wakil rakyat), hayat politik tuan adalah bergantung kepada undi rakyat kepada tuan. 

Sumber foto: google images (Ape mung ingat Mat Said ni dia mari tangan kosong je?)

Saya melihat realiti masyarakat kita hari ini, sesiapa sahaja yang bergelar wakil rakyat (istilah orang Terengganunya, tok wakil), apabila mereka turun padang menjengok kawasannya yang mengadakan majlis orang kawin, majlis berkhatan, kenduri doa selamat, hari sukan, bantu mangsa banjir, tanah runtuh, menziarah warga tua yang uzur, anak yatim, rumah terbakar, rumah dilanda ribut dan bermacam lagi, kesemua kunjungan ini tidak boleh tok wakil-nya hanya datang dengan tangan kosong atau berbekalkan modal air liur (beri kata perangsang dan janji bantuan). 

Beliau kenalah juga 'menghulur'kan amaun RM tertentu sebagai tanda simpati, ikhlas dan juga ambil berat kepada rakyat di kawasannya.

Sebagai contoh, katakan pembantu peribadi (PA) tok wakil tulis dalam diari aktiviti, seminggu beliau kena hadir undangan di 7 buah majlis (mungkin majlis kahwin ahli perniagaan dan rakan kempen beliau, kenduri khatan, khatam al-Qur'an, perlawanan bola sepak antara belia dan sebagainya. Setiap majlis tentu nak kena hulur sedikit wang. paling tidak RM100/kunjungan (mungkin lebih jikalau tok wakil turut sponsor jersi dan piala kejohanan). Justeru, beliau perlu persiapkan mungkin sekitar RM700-RM7000 seminggu untuk 'jaga hati pengundi = jaga undi'.

Pun begitu, itu contoh di mana seseorang tok wakil 'kena hadir'. Bagaimana pula halnya apabila melibatkan 'rakyat datang ke rumah' tok wakil? Sebagai contoh:

1) Urusan anak dapat masuk universiti - tok wakil paling tidak pun kena hulur RM100 untuk perbelanjaan 'turun rumah' - cover duit minyak dan tol. Kalau di kawasan beliau ada 100 bakal siswazah? 

"Eh, aku dengar si Fulan tu dapat seratus RM tok wakil bagi buat belanja turun KL hantar anak masuk U. Hang pi lah kecek tok wakil kita tu. Sebab undi kita-lah tu dia jadi tok wakil untuk tolong kita". <--- mungkinkah ini dialog mereka yang di bawah?

2) Urusan rawatan anak di hospital, tapi keluarga miskin - tok wakil paling tidak pun kena hulur RM50 untuk duit teksi ke hospital. Lebih lagi kalau ingin tampung kos ubat-ubatannya sekali.

Katakan-lah, sebagai seorang tok wakil, setiap hari dia didatangi 5 orang (pengundi kawasan itu). Logiknya dia kena sediakan 'wang di rumah' dalam lingkungan, katakan RM300-RM500 (sehari!).

Kalaulah tok wakil datang dengan senyum (senyum itu sedekah) dan hanya memberikan modal air liur (kata-kata nasihat dan dorongan), rakyat akan cakap "lain kali aku undi tok wakil lain-lah. yang ini tak berapa membantu, walaupun orangnya baik" - jadilah beliau tok wakil 1 penggal sahaja!

Tapi, anda mungkin melalui realiti politik yang berbeza daripada apa yang saya nyatakan di atas. 

Allah lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment