Monday, 8 October 2012

Hukuman Sebat di Acheh (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Piap!


Di Acheh, mereka menguatkuasakan perundangan dan hukuman yang bertepatan dengan syariah. Juteru, warga  yang bersalah berkhalwat, berjudi dan juga minum arak akan dihukum sebat di tempat awam untuk dijadikan iktibar kepada penduduk Islam yang lain.

Acheh dibenarkan mengamalkan hukum syariah oleh kerajaan pusat Indonesia (yang sekular) kerana ianya salah satu syarat pemerintahan autonomi mereka. Dengan terjalannya hukuman yang bertepatan dengan agama Islam, pihak kerajaan pusat Indonesia berharap dapat mengurangkan tentangan dari Gerakan Acheh Merdeka.

Hukuman sebat biasanya dijalankan pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Ianya dijalankan di perkarangan Masjid Baiturrahman dan diperhatikan oleh orang ramai. Walaupun hukuman syaria ini mendapat sokongan ramai pihak, terdapat juga golongan yang merasakan perlaksanaan hukuman di Acheh adalah tidak adil. Ini adalah kerana mereka yang dihukum majoritinya terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Golongan perpendapatan tinggi dan berkepentingan dapat melepaskan diri dari dihukum skuad Polis Moral

At the end of the day, hukuman tuhan kalau dilaksanakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab akan tetap menunjukkan kecacatan.



Laporan asal JakartaGlobe

No comments:

Post a Comment