Tuesday, 9 October 2012

Apabila telefon berbunyi sewaktu sedang solat (beberapa raut wajah yang bangang)

"Lurus-luruskan dan rapat-rapatkan saf. Pastikan telefon bimbit anda dimatikan"...

Assolatul-jamiah, rohamakumullah....

Saya berpendapat dengan pesanan Tuan Imam di setiap kali sebelum memulakan sembahyang akan berupaya didengari para jemaah agar lebih ingat untuk mematikan telefon bimbit (andai tidak dimati, dijadikan silent mode). Malangnya, atau tambah bangang lagi, dalam masjid, dan semasa sedang solat berjemaah, entah apa alasan sekalipun, ingatan supaya "off handset" atau "silent handset" tetap tidak dipatuhi oleh sesetengah daripada hadirin.

Anda mungkin pernah mendengar pelbagai kisah tentang bagaimana seseorang itu akan bertindak sekiranya telefon mereka berbunyi sewaktu sedang solat berjemaah. Saya juga telah melihat bermacam raut wajah yang bodoh lagi bangang tersebut.

1) Sheepish


Ini merupakan ekspresi yang cuba memberitahu jemaah lain bahawa dirinya:

"Man, I totally screwed up and I feel like a huge idiot for disrupting everyone's prayer and I should probably learn from my mistakes and turn off my cellphone in the future"

BUT NO! Si pelaku tetap lupa dan mengulangi perbuatan yang sama juga, setiap kali berada di dalam masjid dan solat.

2) Panicked


Ekspresi ini berada di tingkat yang atas sedikit berbanding "Sheepish". Ini kerana si polan tersebut bukan sahaja berasa bersalah terhadap jemaah lain disekelilingnya (yang terganggu dengan deringan telefonnya), malah timbul perasaan takut terhadap nasib yang bakal menimpa dirinya juga. Barangkali disebabkan masjid yang beliau kunjungi mempunyai "polisi khas" seperti:

"Jika telefon bimbit anda berbunyi semasa solat berjemaah, wajah anda akan dibelasah dengan padunya oleh Tuan Imam sebaik sahaja selesai solat berjemaah".

Namun begitu, polisi sebegini mungkin banyak kelemahannya kerana telefon yang "kantoi" boleh sahaja disorokkan pada tempat jiran atau "musuh" yang berdekatan dan akhirnya orang yang tidak bersalah pula akan kena belasah.

3) Defiant


Bagi kategori ini, seseorang makmum itu menggambarkan dirinya sebagai:

"I'm so important that I leave my cellphone on, even during prayer". 

Cuma yang membezakan Defiant daripada 2 kategori yang awal tadi adalah mereka ini sebenarnya secara sengaja telah "turn ON" telefon sebelum bermula solat.

Bagi mangkuk yang tergolong dalam kumpulan ini, mereka sebenarnya nak menunjuk bahawa:

- Pelanggan mereka adalah sangat penting dan sehingga mereka sentiasa memikirkan akan pelanggan mereka, sekalipun di tengah waktu solat.

- Mereka juga yakin bahawa, di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dihuraikan, penggunaan nada dering "rap" dan musik Bollywood adalah sangat "cool" sekalipun telah berada di millenia baharu.

4) Angry


Kategori ini adalah berlawanan dengan Defiant. Mereka yang tergolongan dalam kategori ini adalah mereka yang bencikan telefon. Mereka marah apabila ada orang yang menelefon mereka. Mereka akan mengelengkan kepala tanda marah apabila telefon berbunyi. Malah, makmum lain yang sedang solat dalam saf yang sama dengannya juga boleh mengagak perasaan marah si polan itu berpandukan lirikan mata masing-masing.

Mereka yang marah juga ingin memberitahu jemaah lain bahawa orang yang menelefonnya sewaktu sedang bersolat adalah mangkuk yang bangang:

"How can the caller NOT know I'm praying? I'm praying all the time, obviously!"

Kadang-kala si pemarah juga merengus dengan menggunakan ekspresi seperti "Urgh!" atau "Ergh!" sewaktu sedang solat sambil tangannya meraba-raba poket cuba mematikan panggilan. Sumpah, pernah sekali saya mendengar si polan berkata "Godammit" di tengah solatnya. 

It was probably the worst prayer on earth.

5) Laughter


Mereka ini adalah orang yang semasa solatnya, sering leka membaca mesej di telefon bimbitnya. Jelas sekali mesej yang diterimanya adalah begitu melucukan!

Namun, agak jelas juga dirinya untuk dibelasah oleh Tuan Imam selepas solat juga adalah kebarangkalian yang melucukan. LOL, bukan?

6) Courteous-But-Really-Stupid


Apabila saya berkunjung ke panggung wayang, akan sentiasa ada si bodoh yang akan menjawab panggilan telefon dan berkata:

"Sorry, I can't talk right now". 

Woi! Buat apa jawab telefon kalau sekadar nak beritahu yang anda tidak boleh bercakap?

Cara yang paling mudah untuk memberitahu orang bahawa anda tidak boleh menjawab panggilan (atau nak mahu bercakap) - adalah dengan tidak menjawab panggilan itu! 

Kartun-kartun di atas adalah berdasarkan kisah benar. Ada orang yang melakukannya. Jujurnya, saya ingin mempercayai bahawasanya ia hanyalah rekaan saya semata (but sadly, it was not).

(Sumber: SINI)

No comments:

Post a Comment