Monday, 10 September 2012

Tolong baca: Apakah itu "Nisbah Kekayaan"?

Bagaimana ingin kita pastikan bahawa amalan pengurusan kewangan yang sedang kita amalkan sekarang ini adalah yang terbaik?

Anda boleh bertanyakan soalan ini kepada ramai orang, dan jawapan mereka juga tentulah pelbagai. Justeru, di entri ini suka saya kongsikan formula yang diubahsuai dan digunapakai oleh Rohani Mohd Shahir (2012) menerusi bukunya "Bijak Mengurus Wang".

Formula yang dimaksudkan adalah dengan mengaplikasikan kaedah "nisbah kekayaan". Ianya mudah dikira selain praktikal untuk penggunaan umum oleh masyarakat yang peka terhadap kepentingan menguruskan kewangan mereka.

Formula

Campurkan kesemua wang yang disimpan di bank, simpanan Tabung Haji, Koperasi, saham amanah, saham, akaun emas dan lain-lain; dan kemudian bahagikan dengan perbelanjaan bulanan.

Kesemua simpanan atau pelaburan yang diambilkira ini mestilah dalam bentuk tunai dan BUKAN yang melalui hutang. Jika anda ada membuat pelaburan melalui cara berhutang, maka ianya tidaklah boleh dimasukkan di dalam pengiraan nisbah kekayaan.

Untuk lebih memahami, perhatikan contoh di bawah:

En. Fulan mempunyai tabungan seperti berikut:



BENTUK SIMPANAN
JUMLAH (RM)
1
Simpanan Tabung Haji
5,000
2
Akaun Wadiah di Maybank Islamic
7,000
3
Pelaburan di Public Mutual
20,000
4
Simpanan dalam koperasi
3,000
Jumlah Wang Simpanan (RM)
35,000


Pengiraan:

Perbelanjaan bulanan bagi menampung keperluan keluarga  = RM5,000. Jika kita bahagikan jumlah keseluruhan tabungan En Fulan dengan jumlah perbelanjaan bulanan beliau, kita akan dapat hasil:

RM35,000 / RM5,000 = 7.0

Maksud nilai 7.0 ini adalah, seandainya En Fulan tidak mempunyai sumber pendapatan (sebagai contoh diberhentikan kerja), dengan tabungan yang beliau ada, beliau mampu bertahan gaya hidup yang sama untuk tempoh selama 7 bulan sahaja!

Pandai urus hutang (google images)

Untuk mendapatkan nisbah sebenarnya, amat penting untuk kita ketahui corak perbelanjaan bulanan secara terperinci. Berikut adalah cara mencatat hampir keseluruhan corak perbelanjaan bulanan untuk latihan kita bersama:

ALIRAN WANG TUNAI (PENDAPATAN  VS  PERBELANJAAN)


A
WANG MASUK
Bulanan (RM)
1
Gaji kasar

2
Elaun

3
Kerja lebih masa

4
Bonus

5
Lain-lain  i) Perniagaan/sambilan
                ii) Sewaan

Jumlah Wang Masuk (RM)



B
WANG KELUAR - SIMPANAN
Bulanan (RM)
1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

2
Simpanan kecemasan

3
Tabung Haji

4
Pelaburan Amanah Saham

Jumlah Wang Keluar Simpanan (RM)



C
WANG KELUAR - PERBELANJAAN
Bulanan (RM)

1
Perbelanjaan rumah

Sewa rumah/Ansuran bulanan

Penyelenggaraan/cukai pintu/cukai tanah/bil telefon/elektrik/air/internet

2
Perbelanjaan dapur / makan-minum di luar

3
Perbelanjaan anak: Yuran/buku/alat tulis/duit poket/tusyen

4
Perbelanjaan kelengkapan diri: kosmetik/mandian/penjagaan rambut

5
Perbelanjaan pakaian/kasut/perhiasan


6
Perbelanjaan kenderaan

Ansuran bulanan/penyelenggaraan/cukai jalan

Petrol/tol/parking/basuh kereta

7
Perbelanjaan kesihatan: Ubatan/makanan kesihatan/klinik/pergigian



8
Perbelanjaan Takaful

Perlindungan diri/takaful pendidikan/perubahan dan hospital

Takaful kenderaan

Takaful kebakaran dan kediaman

9
Bacaan & hiburan: Buku/majalah/akhbar/astro

10
Perbelanjaan Ukhrawi: Zakat/infak/sedekah


11
Lain-lain

Ehsan ibubapa

Pembantu rumah

Percutian/hari jadi/hadiah ulang tahun perkahwinan

12
Hutang


Kad kredit


Pinjaman peribadi


Pinjaman pelaburan


Pinjaman pelajaran


Pinjaman perniagaan (persendirian)

Jumlah Wang Keluar Perbelanjaan (RM)



Baki = Wang Masuk (A) – Wang Keluar Simpanan (B) – Wang Keluar Perbelanjaan (C)


Sumber: Rohani Mohd Shahir (2012: 44-46)

Berikut adalah cara bagaimana mentafsirkan nisbah kekayaan yang terhasil:

JULAT
KATEGORI
BILANGAN
< 1
ICU

1 – 5
HDU

6 – 10
Normal

11 – 20
Sihat

21 – 50
Sihat Wal’afiat

51 – 96
Tenang

> 96
(8 x nafkah 1 tahun; 2 : 240 & 4 : 12)

> 168
14 tahun (Surah Yusuf: 47-48)

(Rasanya, di manakah kedudukan kewangan anda?)

Bagi membiasakan anda dengan istilah yang digunapakai:

1) ICU (Intensive care unit) = kewangan anda tenat!

2) HDU (High dependency unit) = memerlukan sistem sokongan, hampir kritikal seperti ICU!

3) Bagi julat > 96 bulan itu merujuk kepada Surah Al-Baqarah, Ayat 2:240:

"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya)."

Manakala Ayat 12 daripada Surah an-Nisa' pula menyentuh aspek pembahagian harta kepada isteri di mana sekiranya meninggalkan anak, si isteri mendapat 1/8 dari harta si suami. 

Jadi sekiranya suami harus memperuntukkan 1 tahun nafkah kepada isteri, dan peruntukan isteri dalam faraid hanya 1/8, ini bermaksud si suami harus peruntukkan 8 x 12 = 96 bulan kos saraan hidup untuk si isteri yang layak menerima 12 bulan nafkah yang merupakan 1/8 daripada 96 bulan. Bagi para suami yang mempunyai tabungan sebanyak ini jumlahnya, memang berada di tahap atas dari "Tenang".

4) 168 bulan pula melambangkan 14 tahun kos saraan hidup sudah ditabungkan. Sekadar mengambil iktibar daripada Surah Yusuf, Ayat 47 hingga 49 yang menggambarkan 7 tahun  kesenangan dan 7 tahun kesukaran. (7 + 7 = 14 tahun x 12 bulan = 168).

Penutup

Jika didalami maksud yang tersirat di sebalik pengiraan nisbah kemewahan ini, ia boleh disamakan dengan tahap survival kita sekiranya sesuatu terjadi / musibah terhadap ketua keluarga. Jika nisbah kemewahan memang berada di takuk ICU, berdasarkan pengiraan sekarang, berfikirlah bagaimana untuk menempuhnya. Begitu juga jika berada di julat-julat yang berikutnya, apakah tindakan yang perlu difikirkan?

Apa yang boleh disarankan adalah untuk kita menyemak kembali perincian perbelanjaan bulanan, bertujuan mengenalpasti ruang-ruang yang boleh kita jimatkan. Yang utama, adalah memulakan dengan perbelanjaan  (Wang Keluar - Simpanan) sekalipun dalam jumlah yang kecil. Pastikan ianya berterusan.

Kemudian, semak perbelanjaan (C) dan lihat ruang-ruang yang boleh dikurangkan perbelanjaan. Lazimnya, ruang penjimatan boleh diwujudkan melalui perkara berikut:

a) Jimatkan perbelanjaan dapur, makan dan minum DI LUAR.

b) Perbelanjaan kelengkapan diri

c) Perbelanjaan pakaian/kasut/perhiasan diri

d) Perbelanjaan kenderaan

e) Perbelanjaan kesihatan

f) Perbelanjaan bacaan dan hiburan

g) Bayaran hutang.

Setiap penjimatan adalah diharap dapat disalurkan bagi meningkatkan (wang keluar - simpanan). 

Sebagai penutup, adalah tidak penting di fasa mana kehidupan kita berada sekarang, yang mustahak adalah berusaha memastikan nisbah kekayaan anda berada di tahap yang tinggi

Tempoh awal karier masa terbaik memupuk amalan berjimat (google images)

Saya menyeru kepada anda yang berusia lingkungan 20-30 an supaya menjadikan masa ini sebagai waktu di mana anda betul-betul serius memulakan langkah mengurus kewangan secara yang baik. Sekalipun di awal karier anda mungkin menerima pendapatan yang rendah (manakala keinginan untuk memiliki gajet mahal yang membuak-buak), dinasihatkan agar nisbah kekayaan anda sekurang-kurangnya di julat 6 (memiliki tabungan yang cukup untuk menampung kos saraan hidup selama 6 bulan, sekiranya hilang punca pendapatan/pekerjaan).

Moga beroleh manfaat!

No comments:

Post a Comment