Friday, 14 September 2012

Terperangkap dalam kenderaan? Wanita Jepun ini ada caranya (foto)

Menurut laporan ChinaSmack, salah sebuah video yang popular di muatnaik untuk tontonan umum di laman web Youku adalah mengenai "tips" yang diberikan oleh seorang wanita Jepun - memecahkan cermin tingkap kereta menggunakan headrest (pelapik rehat kepala) untuk menyelamatkan diri sekiranya terperangkap dalam kenderaan.

Walaupun baru 16 jam dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih daripada 1.6 juta orang, disertai lebih 18,000 komen, memanjang sehingga 600 muka (helaian komen). Tips yang dikongsi oleh wanita Jepun ini dilihat amat praktikal terutama bagi pemandu dan penumpang wanita yang terperangkap memandangkan kudrat mereka yang mungkin tidak setanding dengan lelaki (lelaki pun belum tentu kuat). Keduanya, ia berguna bagi dipelajari di China memandangkan dalam kejadian banjir dan ribut tropika baru-baru ini telah mengorbankan 37 nyawa. Cara wanita Jepun ini mungkin dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam kecemasan seperti kemalangan dan juga banjir pada masa hadapan.

Mungkinkah bermanfaat buat kita juga? Why not!




No comments:

Post a Comment