Wednesday, 26 September 2012

"Sweet Dream" - ketiduran pelajar sekolah di China (foto)

Sleeping Time...!

Berikut merupakan foto-foto yang diambil dan dimuat turun di laman web Sekolah Rendah Nombor 1 Gaoxin di Bandar Xi'an. Foto-foto ini diberi judul "sweet dream" (mimpi indah) oleh pihak sekolah terbabit. Pada koleksi foto ini juga memaparkan para pelajar di sebuah kelas sedang tidur dengan berbaring mengiring di atas meja sekolah dan kerusi yang disusun mengadap ke papan hitam. 

Setelah dimuat naik ke laman web, rakaman foto ini menerima maklum balas yang pelbagai daripada para Netizens. Ada yang menganggap ianya perkara yang biasa, bahkan "diperakui" menjadi suatu tradisi bagi Sekolah Gaoxin sejak 10 tahun yang lepas lagi. Namun tidak kurang ada yang mempersoalkan aspek keselamatan terutama terhadap postur belakang selain risiko pelajar jatuh dari atas meja sewaktu sedang nyenyak tidur.

Bagi pihak guru dan sekolah pula, ternyata budaya tidur di kelas pada waktu tengahari merupakan keputusan yang dicapai hasil persetujuan bersama para ibubapa dengan pihak sekolah. Pelajar ini akan menikmati waktu makan tengah hari sekitar jam 12.10 pm sebelum kelas bermula pada jam 2.00 pm. Sela masa yang singkat ini tidak memungkinkan para ibubapa untuk datang mengambil anak-anak dari sekolah, dibawa berehat di rumah dan kemudian dihantar kembali pada jam 2.00 petang. Justeru, antara langkah segera untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan minda para pelajar adalah dengan memberikan mereka waktu tidur di bilik darjah. 

Mengulas mengenai kebimbangan segelintir pihak terhadap risiko pelajar tercedera akibat terjatuh dari meja, seorang guru, Gao berkata, sejak sekolah terbabit memperkenalkan polisi tidur di kelas, para pelajarnya sentiasa diawasi oleh guru-guru yang ditugaskan membuat pemantauan. Menurut Gao lagi, setiap kali bermulanya musim persekolahan, para ibubapa akan diingatkan supaya menyediakan sebuah bantal kecil dan selimut bagi kegunaan anak-anak mereka sewaktu tidur di kelas pada waktu tengahari. 

Agak-agak anda, relevenkah konsep tidur di kelas sebegini ditiru di sekolah-sekolah di Malaysia, terutama yang mengaplikasikan sistem dual pembelajaran (sekolah pagi untuk pengajian Kebangsaan dan sebelah petang untuk pengajian Agama)?


Laporan asal: ChinaSmack

No comments:

Post a Comment