Saturday, 15 September 2012

Seruan

Pagi ini saya terbaca sebuah berita yang disiarkan di the Malaysian Insider bertajuk "Your survival is at risk in GE, Najib warns Malays" (boleh dibaca di sini: KLIK).

(sumber foto: google image)


Menurut Presiden parti UMNO itu, Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang ini adalah penentu kepada survival bangsa Melayu dan hanya dengan memberikan sokongan padu kepada UMNO-BN sahajalah nasib Melayu dan Islam akan terbela.

Dalam ucapan yang sama juga Najib menyelar Pakatan Pembangkang yang beliau sifatkan sebagai "memperjuangkan ideologi yang bercelaru" kerana di antara PAS, DAP dan PKR, tiada sebuah parti yang jelas dominan sebagai tulang belakang gabungan tersebut.

Najib turut menyeru supaya umat Melayu (baca UMNO) bersatu seraya mengelak perpecahan sesama sendiri kerana menurutnya, jika kerajaan yang ada hari ini diganti (tewas), masa depan Melayu (baca UMNO) akan lebih mencabar dan sukar. Justeru, setiap ahli UMNO digesa supaya kembali kepada asas perjuangan iaitu bersatu demi perjuangan parti dan bukannya demi kepentingan individu dan kelompok tertentu.

Ironi sungguh berita tersebut kepada saya kerana dua sebab:

1) Berdasarkan pengalaman sendiri mendekati saudara-mara yang juga orang kuat UMNO di Selangor. Kisah mengenai "agenda peribadi" ini merupakan sesuatu yang real (benar-benar berlaku). Saya minta maaflah jika ada saudara-mara yang terbaca, tetapi saya tidak sebutkan nama.

2) Setelah saya membaca beberapa bab awal buku yang berjudul "Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu". Karya Lily Zubaidah Rahim yang diadaptasi dari tesis PhD beliau. Yang asal, buku terbabit diterbitkan oleh Oxford University Press, di bawah tajuk asal "The Singapore Dilemma: The Political and Educational Marginality of the Malay Community".


Boleh dibeli dari kedai buku MPH dengan harga RM53.00


Pendidikan - merupakan faktor utama yang paling lazim dikaitkan dengan kemajuan mahupun kemunduran sesebuah kaum atau bangsa. Kepentingan pendidikan ini sangat menarik untuk difahami, memandangkan bangsa yang maju dan progresif seperti bangsa Cina telah terlebih dahulu memahami hakikat pentingnya mempunyai pendidikan, dan jaminan peluang pendidikan yang terbaik perlu dipastikan demi kemajuan bangsa dan kelangsungan bangsa mereka. 

Hal ini juga dilihat semakin disedari juga oleh segelintir umat Melayu, tetapi progress (kesedaran) yang dicapai menunjukkan orang-orang Melayu masih ketinggalan berbanding rakan kaum Cina dan India.

Benar, kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu Malaysia dari aspek pendidikan jika melihat kepada statistik dalaman (perbandingan hanya di dalam kaum Melayu sendiri) telah bertambah baik sedari awal negara Merdeka hinggalah ke millenia yang baharu. Begitupun, jika sekiranya statistik perbandingan menurut kategori kaum (angka-angka tersebut diletak bersebelahan untuk perbandingan dengan pencapaian kaum Cina dan India), dibuat, apakah progress sebenar yang telah kita capai,?Apakah ianya boleh dibanggakan? - terutama setelah mengambilkira peruntukan besar dan perlaksanaan pelbagai dasar semenjak negara merdeka lebih 50 tahun yang lampau.

Kemajuan mutlak yang dicapai kaum Melayu sahaja (progress dalaman)


KATEGORI: BANGSA MELAYU SAHAJA
1991
(Wawasan 2020 dilancar)
2012
(progress yang dicapai)
2020 (semakan pencapaian)
Pelajaran
·  Kanak-kanak yang bersekolah (7 – 17 tahun)
·  Kadar kelulusan SPM
·  Kelulusan Sijil
·  Kelulusan Diploma
·  Kelulusan Ijazah Pertama
 ?%
 ?%
  ?%
Perumahan
·  Pemilik rumah
·  Tinggal di rumah memiliki 4 bilik atau lebih
  ?%
 ?% 
 ?%
Pekerjaan
·  Di bidang profesional, teknikal dan pengurusan (syarikat tempatan)
·  Di bidang profesional, teknikal dan pengurusan (syarikat antarabangsa)
  ?%
  ?%
 ?% 

Kemajuan yang dicapai mengikut 3 kaum utama (perbandingan pencapaian)

M = MELAYU
C = CINA
I = INDIA
1991
(pelancaran Wawasan 2020
2012
(progress yang dicapai)
2020 (semakan pencapaian)
M
C
I
M
C
I
M
C
I
Pelajaran
·  Kanak-kanak yang bersekolah (7 – 17 tahun)
·  Kadar kelulusan SPM
·  Kelulusan Sijil
·  Kelulusan Diploma
·  Kelulusan Ijazah Pertama









Perumahan
·  Pemilik rumah
·  Tinggal di rumah memiliki 4 bilik atau lebih









Pekerjaan
·  Di bidang profesional, teknikal dan pengurusan (syarikat tempatan)
·  Di bidang profesional, teknikal dan pengurusan (syarikat antarabangsa)










Isu pendidikan ini, insyaAllah akan saya kupas secara lebih mendalam di lain kesempatan, dengan data dan maklumat yang lebih objektif dan jelas.

Sama tak serupa?

Berbalik kepada topik asal. Jika di Singapura (menurut buku yang saya baca), kerajaan yang dipimpin oleh People Action Party (PAP) yang menjadi pemerintah tunggal Singapura sejak disingkirkan daripada Malaysia, hari ini, juga turut menghadapi dilema yang sama untuk kekal berkuasa.

Cabaran demokrasi, keadilan sosial dan kedaulatan undang-undang dilihat tidak begitu memihak kepada mereka sejak kebelakangan ini, sedangkan PAP berterusan mencanangkan dirinya sebagai pembentuk atau tulang belakang Singapura moden yang diketahui umum pada tahun 1982.

Satu petikan menarik dikeluarkan melalui jurnal milik PAP, Petir berbunyi:

Memang tidak dapat dinafikan PAP sebuah persatuan politik berdaftar, namun ia bukan sahaja sebuah persatuan politik, tetapi lebih daripada itu. Ia tidak sekadar mementingkan kemenangan pilihanraya, tidak juga ia mementingkan bentuk politik atau memenangi hati penyokongnya. Sebaliknya negara, rakyat dan kelangsungan hidup kita pada masa depan-lah yang dipentingkan....Sesungguhnya PAP ialah nadi kepada negara kita....Tanpa PAP, tidak ada Singapura seperti yang ada sekarang ini, seperti yang ditegaskan oleh Setiausaha Agung Komrad Lee Kuan Yew, "Walau apa pun PAP ialah kerajaan dan kerajaan ialah PAP".

(di dalam Lily Zubaidah Rahim: halaman 37). 

Bagi memperjelaskan lagi betapa "PAP ialah Singapura dan Singapura adalah PAP", Menteri Penerangan dan Kesenian waktu itu, George Yeo (1993), sewaktu berucap kepada anggota PAP telah menggunakan ungkapan-ungkapan seperti "Tanpa PAP, kita tidak mungkin dapat menyempurnakan langkah akhir", dan juga "Tanpa PAP, kita tidak mungkin dapat mengorak langkah seterusnya".

Hubungan rapat yang diibaratkan "seperti aur dengan tebing" antara PAP dan pembentukan Singapura moden yang dicanangkan dilihat mahu mengingatkan rakyat Singapura bahawa PAP merupakan lambang yang membentuk Singapura dan kehidupan rakyatnya. 

Tindakan PAP yang sengaja mengaburkan sempadan antara negara dengan kaum/masyarakat madani telah berjaya menjadi modal untuk membolehkan mereka mendominasi politik dan negara tersebut secara berkesan seterusnya menanam kefahaman di minda rakyatnya bahawa tanpa PAP, Singapura akan lumpuh dan kesejahteraan antara kaum tidak akan lagi boleh dicapai.

Jika dasar pemerintahan PAP di Singapura yang menekankan prinsip kesamarataan peluang dan meritokrasi dilihat telah meminggirkan kaum Melayu dari segala segi, maka apakah pengajaran berguna yang dapat kita pelajari?

Jika diamati ucapan presiden UMNO di atas, dapatkah kita simpulkan bahawa sekalipun dasar yang ditegakkan oleh kedua kerajaan di dalam mendominasi ruang politik dan ekonomi di negara masing-masing adalah tidak sama, namun kini nasib keduanya dilihat hampir sama - bagi mendepani cabaran besar demi survival parti masing-masing? 

Politik kita juga gunakan "label" agama

Mengamati sebuah artikel di Sinar Harian hari ini yang bertajuk "Bahaya tafsir nas ikut politik kepartian", memberitahu kita bahawa selain seruan perjuangan bangsa, penggunaan agama sebagai label politik segelintir pihak telah turut menghadirkan bahana besar ke atas umat Melayu.

Ini kerana Islam dan Melayu itu bagaikan "isi dengan kuku", perlu ditafsir bersekali, tidak boleh dipisahkan.

Label agama ini buat sekian lamanya ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian sehingga membawa kepada kecelaruan pemikiran di kalangan masyarakat (terutama yang cetek pemahaman agama). 

Pemikiran sebegini adalah merbahaya kerana menjadikan parti politik mereka bagaikan agama. Malah tidak kurang juga yang mengaitkan perjuangan Islam yang suci yang dibawa Nabi SAW serta para sahabat itu adalah selari dengan perjuangan politik mereka hari ini. 

Sedangkan Nabi SAW menyeru kepada perpaduan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah, umat Islam dan Melayu bukan sahaja terus berpecah-belah, malah turut menjerumuskan masyarakat kepada gejala kafir-mengkafir sesama bangsa dan agama.

Melalui seruan tertentu, masing-masing pihak cuba mencanangkan bahawa merekalah yang paling betul dan paling layak disokong serta diberi mandat demi memastikan kemajuan serta kelangsungan bangsa Melayu mahupun agama Islam.

Bagaimanakah ini?

No comments:

Post a Comment