Thursday, 20 September 2012

Majlis Perkahwinan Cina Desa (foto super)

Super!

Di bawah ini merupakan suasana majlis perkahwinan yang diadakan oleh sebuah keluarga yang tinggal di kampung, di daerah Shunde, Foshan, Provinsi Guangdong, China. Majlis banquet perkahwinan tradisional masyarakat Cina desa (traditional rural wedding banquet) yang dianjurkan ini telah berlangsung selama 3 hari dan 3 malam. Dalam majlis ini juga tuan rumah akan mensajikan setiap tetamunya dengan 3 hidangan istimewa setiap hari, menjadikan setiap tetamu bakal menikmati 9 sajian istimewa sepanjang sambutan tersebut berlangsung!

Ini sungguh super! Apapun, 2 soalan Pakcik lontarkan buat para pembaca dan cubalah cari jawapannya:

1) Cuba kira berapakah jumlah meja yang disediakan oleh pihak tuan rumah? (dah dapat jumlah meja, darabkan dengan 8 kerusi/meja).

2) Lihat skala pembuatan makanan untuk disajikan kepada para tetamu. Boleh bayangkan tukang masak anda perlu memasak, mensaji dan menyediakannya bukan 1 kali, tetapi sebanyak 9 kali?

Laporan asal: ChinaSmack

No comments:

Post a Comment