Kebelakangan ini, saya berpeluang menemani ayah ke majlis kenduri-kendara kawan-kawan lama beliau. Setelah berpencen, sekali-sekala dapat bertemu dengan kawan-kawan lamanya, saya dapati banyak menceriakan beliau di samping membantunya mendapatkan info serta perkembangan terkini yang berlaku di dalam industri. Kebanyakan rakan yang di dalam circle beliau adalah orang-orang lama lagi kaya pengalaman di bidang tenaga, minyak dan gas (O&G).
Antara kawan beliau yang pernah saya temui sewaktu mengikutinya, ada yang berkhidmat sebagai geologi dan petroleum engineers (PE) di Petronas, Shell, dan tidak kurang yang telah membuka pejabat konsultasi di London, mengurus operasi di Yaman, Sudan, Mesir, Saudi, Nigeria, Chad dan sebagainya. Pendek kata, majoriti mereka ini merupakan orang-orang yang memiliki pengalaman luas (lebih 20 tahun - 30 tahun) di bidang yang berkait dengan eksplorasi dan operasi pengeluaran minyak dan gas.
Pelantar minyak (google images)
Dan jika mereka tidak berkhidmat dengan syarikat minyak kebangsaan (seperti Petronas) dan kontraktor (seperti Shell, SapuraKenchana, etc.), mereka akan menyertai atau set-up syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat (sebagai konsultan) kepada syarikat induk minyak dan gas kebangsaan serta kontraktor.
Saya akui bahawa bidang kejuruteraan ini merupakan sesuatu yang sangat asing bagi saya. Juga, tidaklah saya memiliki ilmu yang mendalam mengenainya.
Namun, apa yang saya boleh katakan adalah, banyak wang berlegar-legar di sektor yang berkait dengan tenaga serta O&G ini. Malah, bagi mereka yang memiliki pengalaman kerja yang luas, adalah lebih tinggi peluang untuk mereka melipatgandakan pendapatan, baik sewaktu belum bersara mahupun setelah bersara (bekerja secara kontrak dan lebih fleksibel).
Pernah saya mendengar cerita mengenai seorang PE yang asalnya bertugas dengan Petronas selepas tamat belajar dengan gaji sekitar RM2,500. Namun, beberapa tahun selepas itu, dia telah ditawarkan jawatan oleh Shell Brunei dengan gaji sebanyak USD10,000. Dan dia ke sana (Brunei) untuk berkhidmat selama 4-5 tahun, sebelum terbang ke Nigeria di mana pihak Shell Nigeria pula menawarkan gaji yang lebih tinggi (x4 daripada gaji di Brunei).
Saya tidak pasti apakah tahap rizab simpanan minyak dan gas yang Petronas miliki hari ini dan apakah syarikat minyak negara ini menemui telaga-telaga minyak yang baharu.
Begitupun, sekiranya Petronas berupaya menemui telaga minyak yang baru, maka akan adalah sumber ekonomi buat negara serta mereka-mereka yang terlibat di dalam industri ini.
Melihat kepada prospek kerjaya yang menarik ini, maka suka saya galakkan kepada ibubapa di luar sana, yang mempunyai anak-anak lelaki supaya dipupuk minat mereka untuk berkecimpung di bidang kejuruteraan dan sains berkaitan tenaga, minyak dan gas - sama ada sebagai ahli geologi (terlibat di dalam eksplorasi mencari kawasan yang mungkin ada sumber minyak berpandukan ilmu tanah dan batuan), PE dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Galakkan ini bukan bermotifkan wang semata, malah ianya turut menjadi suatu keperluan supaya kita (orang Islam) dapat melahirkan pakar-pakar di bidang O&G dari kalangan orang-orang Islam itu sendiri.
Sekian.
kami menyediakan kacamata kw berkualitas ( kacamata-oakley ) super grade A++
ReplyDeletelensa polarized + include kelengkapan ( box + hardcase+soft case )
http://www.kacamatakw.com/ atau SMS/whatsapp 08157080003 pin bb ask me