Tuesday, 25 September 2012

Kapal Selam Kelas Astute - terbaik di dunia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Konfirm Boleh menyelam.....

Kapal selam nuklear dari kelas Astute milik Tentera Laut Diraja Britain kini adalah kapal selam paling canggih di dunia. Sebanyak 7 buah kapal selam ini akan dibina bagi menggantikan kapal selam kelas Trafalgar yang sudah beroperasi sejak tahun 1977 bagi menangani kapal selam Soviet ketika Perang Dingin. Buat masa ini dua buah kapal selam kelas Astute, HMS Astute dan HMS Ambush sudah dibina dan hanya menunggu masa untuk memasuki inventori Royal Navy. 

Kapal selam ini sepanjang 96 meter, selebar 11.3 meter dan setinggi bangunan 12 tingkat! Ia mampu beroperasi selama 25 tahun tanpa perlu mengisi semula bahan api nuklearnya. Selain itu ia mampu bergerak pada kelajuan 29 knot ketika menyelam. Harga sebuah kapal selam ini ialah GBP 1 Billion (RM 4.9 Billion) dan sebanyak 20 juta man hours dihabiskan untuk menjadikan projek kapal selam generasi terbaru ini suatu realiti.

Ianya juga, menurut BAE Systems, pembina kapal selam ini - kapal selam paling senyap pernah dicipta dan mampu menyelam sehingga kedalaman 300 meter. BAE Systems mendakwa 38 000 panel akustik getah yang dipasang pada badan kapal selam ini memastikan ia hanya sebising seekor anak ikan Dolphin ketika beroperasi. Tambah mengkagumkan kapal selam kelas Astute boleh mengesan bunyi sebuah kapal di Pelabuhan New York walaupun ia sedang berlabuh di Selat Inggeris! Sistem peluru berpandu Tomahawk yang dibawanya pula boleh menyerang mana-mana sasaran dari jarak 1,930 kilometer! Teknologi periskop Photonics juga dipasang. Periskop Photonic berbeza dari periskop biasa kerana ianya 100% digital. Gambar permukaan laut diambil dalam resolusi HD serta lebih mudah diproses untuk mengesan lokasi musuh berbanding periskop optikal yang digunakan sejak turun temurun.

Sangat mengkagumkan tapi kita sedia maklum a good ship is only as good as it's crew. (Ayat tambah sendiri: Dan mana tau kot ada kaki kapur duit rakyat yang berminat untuk kemukakan cadangan bagi memperkasakan pertahanan laut kita dengan model Astute pulak...)










Laporan asal Wikipedia
Gambar BAE System dan The Mirror

No comments:

Post a Comment