Monday, 24 September 2012

Dashrath Manjhi: Hero Rakyat Sebenar di India (kisah & foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Respect!

Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai lambang cinta abadi beliau kepada Mumtaz Mahal. Beribu artisan bertungkus lumus selama 21 tahun bagi menyiapkan monumen yang dibina dari marmar ini. Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950-an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera setelah terbabit dengan kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terpencil, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh, Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina, perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.


Kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi ataupun orang berada, permintaan penduduk tempatan untuk pembinaan jalan pintas ini tidak diendahkan. Dashrath sudah bosan menunggu dan kerana beliau seorang Hero Rakyat sebenar, beliau mengambil langkah membina sendiri jalan pintas merentasi gunung dan ganang ini secara sukarela. 

Ketika beliau memulakan projek ini pada tahun 1959 ramai penduduk yang menganggap Dashrath sudah gila kerana kesedihan kehilangan isterinya. Tetapi 22 tahun kemudian apabila jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar  16 kaki ini siap dibina Dashrath sekelip mata menjadi hero tempatan. 

Pada tahun 2007 beliau meninggal dunia akibat kanser. Jenazahnya diberikan pengkebumian khas penuh penghormatan setaraf pemimpin negara, sebagai menghargai jasa dan usahanya yang tidak kenal erti putus asa.

Cerita ini sebenarnya agak sadis. Walaupun jalan raya ini sudah siap dipotong merentasi bukit oleh Dashrath semenjak 1982, ianya masih belum terturap sehingga sekarang. All the hard work was done by this man but the government still can't get off their lazy ass to finish it for the man.

Oleh itu marilah kita berterima kasih kepada kerajaan kita kerana tak macam kerajaan India........ kerana membina jalan. Dekat pilihanraya sahaja secara magic jalan raya akan berturap seakan David Blaine. Kain batik yang tak diminta muncul dalam tangan. Tanah diberikan dan bantuan kewangan turun dari Putrajaya. Tambah menarik di Malaysia kalau tiada jambatan kita bina sungai. #LULZ


Laporan asal Tehelka

No comments:

Post a Comment