Monday, 6 August 2012

Science is fun: Apakah Mars Curiosity Rover? (15 Gambar)

Pelengkap kepada entri blog Dr Sepet yang ke-1,500. Dipetik dari: blogserius

Misi Jelajah Angkasa


Baru beberapa jam yang lalu NASA mengumunkan bahawa probe terbaru mereka iaitu Mars Sicence Laboratory (MSL) berjaya mendarat dengan jayanya di permukaan planet Marikh. MSL atau nama timangannya Mars Curiosity ialah rover robotik ketiga yang berjaya mendarat di permukaan planet Marikh. Tujuan utama penghantaran Mars Curiosity ialah:

- mengkaji sama ada Marikh mampu menampung hidupan.
- mengkaji cuaca Marikh.
- mengkaji geologi (batuan dan tanah) Marikh.
- mengumpul data sebagai persediaan sebelum misi penghantaran manusia ke Marikh.

Mars Curiosity ialah rover terbesar yang pernah dihantar oleh NASA. Ianya dua kali ganda lebih besar dan lima kali ganda lebih berat dari rover Spirit dan Opportunity yang dihantar pada tahun 2004. Berat keseluruhan rover ini ialah 900 kilogram! Kerana itulah NASA mencipta sistem pendaratan yang baru khas untuk Curiosity. Kerana atmosfera Marikh yang tidak mempunyai udara, pendaratan menggunakan payung terjunan sahaja tidak memadai. Sebelum ini, untuk misi pendaratan berkembar rover Spirit dan Opportunity, sistem pendaratan menggunakan beg udara digunakan. Impak pendaratan diserap oleh beg udara. Untuk Curiosity, sistem ini juga tidak memadai dan tidak boleh memastikan pendaratan yang selamat.

Sebuah sistem "Kren Angkasa" dicipta oleh NASA untuk misi terbaru ini. Pada ketinggian 7.5 meter dari tapak pendaratan di Gale Crater, sistem pendaratan menggunakan roket akan diaktifkan bagi memperlahankan kelajuan. Ianya kemudian akan terapung sebelum menurunkan Curiosity dengan menggunakan sistem kabel Kren Angkasa. Selepas itu kabel akan diputuskan dari sistem pendaratan sebelum ianya terbang ke kawasan lain dan terhempas. Sistem ini tidak pernah digunakan dalam mana-mana misi angkasa sebelum ini. In all honesty sistem Kren Angkasa ini lebih mengingatkan kami kepada sistem pendaratan dari permainan video Sci Fi LANDER yang popular akhir 90-an dahulu. Awesome!

Curiosity akan melakukan misi saintifiknya selama 2 tahun dan dijangka akan bergerak sekurang-kurangnya 17 kilometer dari tapak pendaratan. Ianya diperkasakan dengan Generator Thermoeletrik Radioisotope yang menggunakan Plutonium 238. Haba yang dihasilkan dari tindak balas isotop ini akan diubah menjadi tenaga eletrik sepanjang misi Curiosity. Secara keseluruhan 4.8 kilogram Plutonium 238 akan digunakan. Nasib baik tak meletup semasa pelancaran.

Oh just so you know misi ini bermula 26 November 2011. Lama juga untuk menghantar robot ini ke Planet Marikh. Diharap misi ini akan berjaya kerana NASA hanya membelanjakan USD 2.6 Billion untuk misi ini. Mungkin ianya nampak macam mahal tetapi akibat masalah ekonomi yang teruk di USA, USD 2.6 billion ini bolehlah dikatakan murah untuk standard NASA.

Godspeed!





laporan asal Wikpedia
Gambar NASA

No comments:

Post a Comment