Saturday, 7 July 2012

Khazret Sultan : Masjid Terbesar Asia Tengah Di Kazakhstan (18 Gambar)

Dipetik dari: blogserius

Antara keperluan dan kemegahan...


Jumaat lalu sempena hari jadi beliau yang ke 72, Presiden Nursultan Nazarbayev membuka Masjid Khazet Sultan yang di Astana, Kazakhstan. Masjid ini ialah masjid terbesar di Asia Tengah dengan kapasiti seramai 10 000 jemaah, menurut laporan media Kazakhstan. Khazet Sultan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan Januari lalu pembinaan terhenti seketika akibat kebakaran. Pembinaan masjid ini telah melengkap satu lagi fasa projek mega yang dilakukan oleh Presiden Nazarbayev.

Dikatakan Presiden Kazakhstan ini mendapat inspirasi memindahkan pusat kerajaan dari Almaty ke Astana setelah melawat Putrajaya bertahun yang lalu. Kini Astana bolehlah dikatakan Putrajaya Kazakhstan. Baguslah. Seperti yang kita sedia maklum puteri 1Malaysia, Nooryana Najwa bakal berkahwin dengan anak saudara Presiden Nazarbayev. Ini bagaikan pinang dibelah dua kerana Malaysia dan Kazakhstan banyak persamaannya. Kedua-dua negara ini mempunyai pemimpin yang disayangi rakyat dan membina monumen-monumen indah yang "sememangnya perlu".





Laporan asal Barrisol

No comments:

Post a Comment