Wednesday, 11 July 2012

Artikel pendek bersiri (Bahagian 1): Berbuat baik kepada ibubapa

"Ah...! Mereka bukannya tahu apa yang mereka katakan!"
"Ah...! Mereka suka sangat menghalang aku dari berbuat segala benda!"
"Lebih baiklah aku 'unfriend' sahaja mereka daripada FB dan Twitter, takut nanti bocor semua rahsia aku!"

Pernahkah anda mendengar komen-komen dan rungutan sebegini? Inilah antara sebahagian kecil rungutan yang diluahkan para anak remaja di seluruh dunia hari ini terhadap......(and you would be absolutely spot-on!)...ibubapa mereka.

Anda tentu akan terkedu dan termenung sekiranya mendapati punca kepada bermacam masalah yang dihadapi remaja dari pelbagai negara, pelbagai latar hidup, etc...yang akhirnya tetap menuding punca masalah tersebut adalah berbalik kepada...ibubapa lah jua.

Sumber: pada foto

Jika kita imbas, bermula dengan "events in your life" banyak perkara yang tentunya tidak dapat anda elakkan daripada melibatkan kedua ibubapa (at one stage): waktu anda mula belajar merangkak dan berjalan, mula bercakap, "pottee training", mengambil imunisasi - kesemuanya melibatkan kehadiran dan pengorbanan ibubapa anda.

Pemberontakan jiwa (rebellion) seorang remaja? Iaitu apabila anda merasakan yang anda mahu menjadi lebih bebas, keluar daripada kongkongan dan peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa, yang seringkali dianggap "menghalang" anda. 

Google image

Anda bosan disuruh agar berbuat sesuatu mengikut peraturan serta bermacam lagi kongkongan, sedangkan anda rasa mahu membebaskan jiwa dan batang tubuh ini!

Tentunya "pemberontakan jiwa remaja" ini tidak berlaku kepada semua orang, tetapi kecenderungan untuk terjadi, dengan peraturan yang ditetapkan kedua orang tua itu, tetap wujud.

Pun begitu, disebalik semua isu tersebut, ibubapa adalah merupakan insan yang amat istimewa. Mereka tiada dua-nya. 

Justeru kepada merekalah wajib kita menumpahkan segala kasih-sayang dan setinggi penghormatan. Kita perlu menjaga hati kedua mereka, berlaku ihsan kepada mereka...bla...bla...bla... DAN semua jawapan yang anda tokok tambah itu adalah amat bertepatan sekali!

Akan tetapi, apakah anda benar-benar sudah faham akan hormat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa? 

Saya mohon anda luangkan sedikit masa untuk membaca nukilan ini, tambahan pula jika anda juga sudah bergelar ibu atau bapa. Kemudian buatlah penilaian menggunakan kepintaran akal yang dianugerahkan Allah.

Komitednya mereka...

Baiklah. Mari kita mulakan perjalanan kita dari awal. Gambarkan di minda anda, kedua ibubapa anda sedang duduk di bilik mereka, dengan perasaan tidak sabar tergambar pada wajah mereka, dan ketika mata mereka memerhatikan kit ujian kehamilan. Mereka memerhatikan satu demi satu tanda positif muncul dan mereka kemudiannya saling berpandangan dan sambil tersenyum.

Google image

"the this is it smile" - inilah titik mula apabila kedua mereka telah komited untuk menghadirkan "satu nyawa baru" ke dunia ini, dengan disertai kesanggupan untuk menanggung segala macam masalah dan cabaran yang datang "bersamanya".

Pada mereka, perasannya adalah seperti ditawarkan satu pekerjaan yang begitu diimpikan. Jika sekiranya mereka bekerja kuat dan tekun menghadapi jatuh-bangun pekerjaan tersebut, di akhirnya nanti, segala penat-lelah mereka akan berbaloi serta diberikan ganjaran yang tak pernah dibayangkan.

9 bulan...

Kemudian, bermulalah tempoh masa 9 bulan yang menjanjikan kepayahan buat ibu anda. Ianya bermula dengan "sickness" sepanjang masa, dengan dia tidak mampu makan di waktu dia lazimnya makan. Malah dia perlu makan sesuatu yang lazimnya dia tidak suka makan, hanya untuk menjaga kesihatan anak di dalam kandungannya.

Dia juga mengalami serangan dan ketidakseimbangan hormon. Kasihan sungguh pada bapa anda yang perlu bertahan dengan perubahan sikap dan mood tersebut - and believe me, it ain't pretty!

Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengharungi tempoh 9 bulan yang amat mencabar itu.

Di dalam kandungan, anda pula semakin membesar. Kesannya kelihatan pada ibu anda. Jika anda bayi yang besar, ibu anda mungkin mendapat "abnormality" pada tulang belakangnya, malah dia akan menjadi lebih cepat penat, lebih kerap ke tandas dan berdepan pelbagai komplikasi lain.

Sungguhpun begitu, Islam tidak pernah mengabaikan pengorbanan dan keperitan yang ditanggung kedua ibubapa sebagaimana sabda Nabi SAW: 

"Shall I not inform you of the greatest of the major sins? (three times). They said, "of course O Messenger of Allah". He said, "associating partners with Allah, Disobedience to the parents - then he sat, reclining - and the false statement".

Dosa-dosa besar:

1- Menyekutukan Allah.
2- Ingkar terhadap ibubapa.
3- Memberi pengakuan palsu.

Justeru, di sini kita telah mendapat idea betapa pentingnya ibubapa itu ditaati, kerana Baginda Nabi SAW meletakkan dosa menderhaka kepada ibubapa itu sebagai sin (dosa) besar yang kedua selepas menyekutukan Allah Azzawajal.

Google image

Jika kita merenung kembali, jauh ke dalam diri dan nurani kita, tentunya kita dapat mengimbas peristiwa-peristiwa di mana "telah kita buat tidak tahu atau tidak melayan arahan dan kata-kata kedua ibu dan bapa". Bahkan, sudah berapa kalikah di dalam hidup, kita telah bertindak "melawan" mereka?

Maka ingatlah bahawasanya Allah itu Maha Adil! Betapa perbuatan menderhaka kepada ibubapa - merupakan dosa kedua besarnya selepas dosa menyekutukan Allah!

- bersambung di bahagian-2

"Alam persekolahan"

Nota:

- Inspirasi penulisan: Islam & Parents (www.londonisoc.co.uk)

No comments:

Post a Comment