Monday, 11 June 2012

Rawatan awal jika disengat obor-obor

Q1: Anda suka mandi pantai?
Q2: Anda pernah disengat obor-obor ketika bermandi-manda di pantai bersama tunang anda?

Jangan panik sekiranya disengat oleh obor-obor. Syaratnya anda perlulah bersedia dengan rawatan awal.

Tunang anda juga turut disengat? Tidak mengapa, ubati diri sendiri dahulu sebelum mengubati orang lain. Wakaka...!

Di bawah adalah beberapa "tips" yang dikongsikan bersama sekiranya anda atau tunang anda atau sesiapa yang nasibnya kurang baik disengat obor-obor ketika bermandi-mandian di pantai, terutama di Port Dickson yang sekarang ini memang musim mengawan bagi kaum obor-obor.

Sumber foto: google image

Bahaya

SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian kepada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun.

Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor

Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut :

1) Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.

2) Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.

3) Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.

4) Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah. 

Tips rawatan

Antara bahan yang lazimnya digunakan untuk rawatan awal sengatan obor-obor adalah seperti sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa sakit.

Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

1) Basuh kawasan sengatan dengan air laut.

2) Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan alatan yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan bagi membuang sesungut tersebut.

3) Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.

4) Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.

5) Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.

6) Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

Sumber: Tranungkite

No comments:

Post a Comment