Nota:
1) Apa yang saya kongsikan di bawah adalah pendapat yang saya rumuskan, hasil pembacaan pelbagai bahan, ditambah dengan sesi sumbang-saran bersama orang rumah sewaktu memandu ke tempat kerja.
2) Anda mungkin bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan pendapat ini. Jika tidak setuju saya lebih suka kerana kita mendapat 2 pandangan, berbanding hanya satu yang saya kemukakan di bawah ini.
3) Terima kasih kepada yang sudi membaca dan moga beroleh manfaat!
Dilema (kesan dan akibat)
Saya mulakan entri ini dengan melampirkan rajah berikut. Saya sengaja bina rajah tersebut sedemikian rupa dengan harapan ianya dapat membantu memudahkan proses pemahaman para pembaca terhadap tajuk yang bakal dikupas. Lihat rajah.
Sumber animasi, pelbagai (google image)
Penerangan dan kronologi:
1) Sesetengah kita sering memasang angan-angan untuk memiliki kereta idaman kita suatu hari nanti, sekalipun kita sekarang sudah memiliki kereta. Dan peluang baru muncul apabila model kereta yang baru dilancarkan yang mana ianya menepati ciri-ciri "kereta idaman" kita itu.
2) Bagaimanapun, satu kajian telah dijalankan dan mendapati lebih 60% pembeli kereta baru lazimnya akan membuat pembelian setelah berjaya menjual kereta lama (yang telah mereka miliki) kepada peniaga kereta terpakai. Tujuannya tidak lain adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung "hutang baru" (setelah membeli kereta baru).
3) Kesan daripada tindakan no. 2 tadi, maka wujudlah senario lambakan kereta terpakai di pasaran. Maka wujudlah persaingan yang sengit di kalangan peniaga kereta terpakai bagi menjual semula kereta yang berlambak itu. Kesan daripada persaingan, harga jualan bagi kereta terpakai terpaksa diturunkan, dan para peniaga mengalami kerugian atau penurunan margin keuntungan (mereka menderita untuk kekalkan operasi bisnes).
4) Sebagai tindak balas terhadap lambakan tersebut, para peniaga telah tidak lagi berupaya menawarkan harga "second-hand" yang tinggi (maksimum) kepada mereka yang ingin menjual kereta lama demi mendapatkan kereta baru. Di sini telah berlaku susut nilai yang ketara. Bagi para peniaga, andainya mereka tidak berbuat demikian, tentunya mereka menanggung kerugian yang lebih besar kerana harga pasaran bagi kereta terpakai telah mengalami penurunan (kesan lambakan tadi).
5) Justeru, setelah mempertimbangkan baik-buruk, individu terbabit boleh memilih sama ada untuk meneruskan jualan kereta lamanya, dengan susut nilai kepada peniaga (akibatnya perlu tambah hutang lebih besar) atau, membatalkan niat dan juga keinginan untuk membeli kereta baru.
6) Sekiranya keadaan ini berterusan, pengeluar kereta baru pula mendapati sambutan dingin terhadap model kereta yang baru dikeluarkan syarikat. Justeru, pengeluar mungkin melihat kurangnya keperluan untuk mengeluarkan banyak model kerana pasaran yang lembab. Tidak mustahil akan turut membantutkan pelan inovasi sektor automotif negara bagi jangka masa panjang.
7) Mungkinkah pengeluar kereta baru akan menurunkan harga (bagi memancing minat bakal pembeli)? Sekiranya hal ini terjadi, kesannya akan lebih teruk lagi kerana harga bagi kereta "second-hand" juga akan susut lebih rendah. Dan akan lebih ramai pemilik kereta lama terpaksa membatalkan hasrat mereka "menukar kereta".
8) Namun bagi mereka yang berkemampuan, tentulah mampu memiliki kereta baru tanpa perlu menjual kereta lama. Begitupun, timbul perkara lain untuk difikirkan terutama kos bagi mengendalikan 2 kenderaan termasuk kos bahan api, penyelenggaraan, parking, cukai dan sebagainya. Mungkin juga kurang ekonomik untuk kegunaan jangka panjang.
8) Namun bagi mereka yang berkemampuan, tentulah mampu memiliki kereta baru tanpa perlu menjual kereta lama. Begitupun, timbul perkara lain untuk difikirkan terutama kos bagi mengendalikan 2 kenderaan termasuk kos bahan api, penyelenggaraan, parking, cukai dan sebagainya. Mungkin juga kurang ekonomik untuk kegunaan jangka panjang.
Apa pula pendapat anda?
itulah nasib pengguna kereta di negara pengeluar kereta. ditambah pula usia kereta model tempatan yg x mungkin mampu mencapai umur 50 tahun (x macm kreta dulu2..)maka x smpai 10 tahun, kreta pun da buat hal(rosak sana sini) daripada repair, better beli baru. keadaan betambah rumit bila model tempatan "dicover baik" oleh dasar Outomotif negara.. so kreta2 import yg nak masuk "usha" x puas hati kat kereta tempatan sbb diorang da backup.. hahaha
ReplyDeleteBerikut saya paparkan maklum-balas sahabat di FB saya. Saya ringkaskan namanya - (SA)
ReplyDeletebtw aku baru baca pasal ko punya artikel pasal harga kereta tu, kat sini aku pun nak bg pendapat yg x seberapa ni. Bagi hal harga kereta ni, masalah di Malaysia khususnya ada 3:
1. Cukai duti kereta tinggi. Cukai kereta tempatan tinggi, malah yg diimport juga lebih lebih tinggi.
2. Permintaan kereta baru sentiasa ada. Budaya bergaya dengan kereta adalah suatu budaya di Malaysia. Biar la harga nya mahal sekalipun, rakyat malaysia biar bergaji kecil masih mampu untuk membeli kereta semahal mana pun. Budaya berhutang untuk membeli kereta adalah suatu perkara yg biasa dlm urusan membeli kereta. Tambahan pula, tawaran menarik drp bank2 juga sentiasa ada untuk pembeli2 kereta. Buktinya, apabila menjelang hari raya, ada saja kalangan org kampung yg bertukar kereta.
3. Tiada kesedaran. Di Malaysia, kereta merupakan suatu artifak yg lazim dijadikan pembaris untuk mengukur taraf ekonomi seseorg. Maka, dengan cukai duti kereta yg tinggi dan permintaan yg sentiasa ada tidak byk membantu untuk merendahkan harga kereta yg senantiasa tinggi. Mungkin ada diluar sana yg sedar akan perkara ini, namun hal ini bukan lah topik yg boleh mendatangkan hasil, sebaliknya jika kita ini menjadi agen penjual kereta, mungkin dgn menjual kereta sedikit sebanyak akan mendatangkan keuntungan daripada komisyen. Media, surat khabar, majalah kereta dan sebagainya lebih memberi perhatian kepada mengiklankan kereta baru/terpakai daripada memberi kesedaran kepada pembaca.
Terima kasih di atas perkongsian idea. Amat2 dihargai!