Sunday, 3 June 2012

Mustahak: Petua Keselamatan & Penjagaan Tayar

1) PASTIKAN tayar yang dibeli mempunyai tanda MS, DOT atau E.

2) JANGAN membeli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak (TWI) dan tayar toreh/korek.

Sumber foto: SINI (tayar toreh, kanan, yang bunganya lebih nipis berbanding tayar terpakai)

3) PERIKSA tayar setiap kali sebelum memulakan perjalanan dan periksa tekanan angin tayar setiap seminggu sekali.

4) LAKUKAN pengimbangan tayar setiap 10,000 km perjalanan atau lakukan dengan segera jika bermasalah contohnya stereng gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah.

5) JANGAN membawa lebih muatan daripada kemampuan tayar.

6) Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut.

Sumber: SinarHarian (Ahad 3 Jun 2012), p. 55.

No comments:

Post a Comment