Sunday, 29 April 2012

Berhujung minggu @ Kuala Selangor

Petang tadi, sekitar jam 3.15 pm kami konvoi 2 kereta ke Kuala Selangor untuk merasai pengalaman membeli ikan segar serta sumber laut lainnya, di Pasar Basah Pasir Penambang.

Perjalanan dari Meru ke Kuala Selangor mengambil masa sekitar 1 jam dengan menempuh perjalanan yang agak lancar. Setibanya kami di sana, ramailah orang berniaga. Ada ikan yang segar dan ada juga yang cuba "dibuat-buat" segar. Hampir 100% peniaga ikan adalah rakan berbangsa Tionghua, manakala terdapat beberapa muka Melayu (a.k.a Indon, mungkin) yang menjual sayur dan buah-buahan.

Pertama kali berkunjung ke Pasir Penambang tidaklah menghampakan kerana pilihannya banyak dan untuk sesetengah jenis ikan/kerang-kerangan, harganya juga agak murah berbanding yang dijual di Pasar Minggu Shah Alam. 

Selepas selesai urusan di pasar, kami bertolak pulang dan di dalam perjalanan, sempat singgah sebenar di Jeram untuk minum petang sambil menjamu sotong goreng celup tepung di Pantai Jeram.

Beberapa foto sempat saya rakam untuk tatapan para pembaca blog Dr Sepet. Silakan enjoice...!




Latihan semasa di kampung Tok nampaknya telah membuahkan hasil bilamana Mawaddah telah tidak takut untuk mengusap seekor kucing yang boring memerhati pengunjung yang lalu-lalang. "Hello Cat!" said Mawaddah.


Saturday, 28 April 2012

Pasca Bersih 3.0: Anda boleh bernostalgia, tetapi Najib akan terus meninggalkan anda (PR)

Alhamdulillah, selesai sudah perhimpunan raksasa Bersih 3.0 semalam. Tahniah dan setinggi ucapan perhargaan saya tujukan buat para peserta "Duduk dan Bantah" yang hadir dengan komited, selain menjaga adap sopan, berdisiplin serta bertatasusila untuk mempraktikkan ruang demokrasi yang dibenarkan oleh negara kita.

Saya kira ramai di kalangan peserta Bersih yang benar-benar ingin "Duduk dan Bantah", sekalipun masih ada segelintirnya yang belum matang untuk memahami apakah tuntutan dan maksud sebenar sebuah "perhimpunan aman".

Sumber foto, dan banyak lagi: pinkturtle

Saya tidaklah layak untuk mengupas dan bercerita panjang kerana tidak hadir dan tidak ada rasa untuk hadir. Cukuplah bagi saya memastikan diri sebagai seorang pengundi, mendapatkan berita dari pelbagai sumber, kemudian menilai dan membuat keputusan melalui kertas undi pada PRU-13 yang akan datang tidak lama lagi.

Melainkan wujudnya "perubahan" iaitu (1) isu-isu pokok di saat akhir, (2) persoalan calon yang saya rasa "layak" dan (3) selesai/tidak isu-isu setempat yang menjadi rungutan ramai penduduk sejak selepas PRU12 hingga kini, di DUN yang saya akan membuang undi, rasanya keputusan saya telahpun ada.

Berbalik kepada tajuk posting. Semalam, ketika ibu negara dikerumuni puluhan ribu rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, Perdana Menteri dan Timbalannya tiada di semenanjung. Najib kini dalam rangka lawatan beliau ke Sarawak, manakala Muhyiddin ke pedalaman Sabah.

Namun, kedua mereka tidak terlupa untuk turut mengulas perkembangan Bersih 3.0 yang berlaku di semenanjung. Ulasan kedua mereka itu, saya serahkan kepada anda dan rakyat yang matang dan bijak untuk menilaikannya.

Yang pasti, di sebalik gegak-gempita dan teriakkan satu kelompok dalam masyarakat, saya secara jujur masih tidak nampak yang ianya (perhimpunan) boleh menggugat mahupun membantutkan pengumuman demi pengumuman oleh PM dan TPM berkaitan penyaluran bantuan (BR1M, durian runtuh FELDA, etc), serta pelancaran projek-projek pembangunan di kedua-dua negeri tersebut.


Malah, sebelum inipun, Najib saya perhatikan seperti tiada tanda-tanda akan memperlahankan hayunan langkahnya, serta progress dan program lawatan beliau ke negeri-negeri, di sebalik beberapa isu yang dimainkan pepimpin Pakatan Rakyat bagi menyerangnya.

Najib kelihatannya (seolah-olah) tidak langsung terganggu (atau membenarkan dirinya dibebani) isu-isu yang sedang berlegar dan dijadikan modal kempen PR terhadap pemerintahan kerajaan BN di peringkat pusat dan beberapa negeri yang dikuasainya.

Bahkan, untuk Bersih 3.0 juga, tidak kita lihat adanya kelibat Perkasa, Jati dan lain-lain NGO yang pro-BN, amat berbeza dan tidak seperti sebelumnya.

Justeru, jika BN, dan Najib, tidak mahu memperlahankan gerak kerja dan "kelajuan" mereka berkempen, mengapa para pendokong PR pula seperti membenarkan diri mereka terus dibuai keasyikan dan nostalgia, kesan daripada kejayaan penganjuran Bersih hari semalam?

Tidak salah untuk mengenang apa yang baru (pengalaman baru) dan semangat yang baru, tetapi realitinya, Najib dan Muhyiddin pula seperti tiada masa untuk (bernostalgia) itu, bahkan mereka akan terus menggunakan apa jua cara untuk memikat hati rakyat dan para pengundi.


nota: lihat koleksi cerita dan nostalgia mengenai Bersih 3.0 yang mewarnai segenap blog-blog pro-Pakatan (bloglistpolitik).

Percayalah, pelbagai cerita mengenai Bersih tidak akan berupaya dijadikan modal jangka panjang untuk kempen PR, melainkan mereka segera kembali kepada realiti politik, menyusun gerak kerja serta menginsafi betapa hampirnya mereka dengan tarikh pilihanraya.

Tanpa kerja keras, tentu sekali mereka akan semakin jauh ditinggalkan Najib dan Muhyiddin, yang semakin melajukan langkah kaki mereka menuju ke garisan PRU-13, dengan membawa bersama janji-janji projek pembangunan, liputan media siang dan malam serta disokong kekuatan jentera dari segenap lapisan, tempat dan masa.

Sedarlah dan keluarlah dari lamunan nostalgia kerana masa tidak pernah menunggu mereka-mereka yang hanya "menang sorak, tetapi akhirnya negeri tergadai" (menang cerita berhimpun, tapi kalah dalam pilihanraya).

A-10 Thunderbolt II : Senapang Terbang Pemusnah Kereta Kebal (15 Gambar)


A-10 Thunderbolt

A-10 Thunderbolt II ialah sebuah pesawat yang unik. Ianya direka khas bagi tugas memusnahkan kereta kebal milik Russia. Di dalam doktrin peperangan Russia, serangan kereta berperisai secara besar-besaran adalah taktik utama mereka. Ketika perang dingin, pihak Soviet telah memiliki kekuatan puluhan ribu kereta kebal dan kereta perisai yang mampu memusnahkan pertahanan pihak NATO. Pihak NATO tahu jika peperangan berlaku mereka tidak mampu menghalang serangan besar-besaran Soviet kerana mereka tidak mempunyai jumlah kereta perisai yang mencukupi. Jadi apakah cara terbaik untuk memusnahkan kereta kebal milik Soviet? Pengeluar kapal terbang Fairchild membina A-10 Thunderbolt II atau nama manjanya Warthog (Babi Hutan). Nama manja ini diberikan kerana pesawat ini huduh macam babi hutan, tidak seperti pesawat perang yang lain.



Pesawat ini dilengkapi dengan selaras senapang Gattling GAU 8 Avenger. Ianya senjata utama terbesar pernah diletakkan di dalam mana-mana pesawat penyerang pada ketika itu. Senapang dengan 7 laras sepanjang 6 meter ini menggunakan peluru yang direka khas untuk merobek perisai kereta kebal milik Soviet. Kadar menembaknya pula ialah 4800 peluru seminit. Walaupun sudah beroperasi lebih 40 tahun, A-10 masih lagi digunakan oleh Tentera Udara Amerika di dalam peperangan di Iraq dan Afghanistan. Ini adalah kerana sehingga sekarang tiada pesawat yang mempunyai kemampuan menghancurkan kereta perisai secara pukal sepertimana keupayaan pesawat A-10 Thunderbolt II ini!

Artikel 'copy n paste' dari sini: blogserius







Laporan asal Wikipedia

Wednesday, 25 April 2012

ETF MT-240 :Trak Canggih 20 Tayar (12 Gambar)


Damn cool!

Bila bercakap pasal lori kita sering kaitkan kenderaan berat ini dengan rekaan yang terkebelakang, asyik makan jalan bila ambil selekoh dan huduh. ETF MT-240 ialah lori 240 tan yang mahu mengubah stereotaip anda tentang "apa itu lori". Lori rekaan Jerman ini mempunyai beberapa rekaan inovatif yang futuristik. Pertama sekali ia mempunyai 20 buah tayar, 16 daripadanya boleh digerakkan dan dikawal secara independant. Kenapa 20 tayar dan bukan 6 seperti kebanyakkan lori kelas 240 tan yang lain? Menurut ETF dengan adanya 20 tayar, penyebaran berat (weight distribution) lebih bagus dan ini membolehkan lori mereka berfungsi lebih pada dalam kawasan kurang turapan. Jalan raya juga tidak mudah dirosakkan seperti lori 6 tayar yang lain. NICE!

ETF MT-240 juga dilengkapi bukan dengan satu, bukan dua.. tetapi empat buah enjin yang dipasang secara modular. Ketika berjalan tanpa bebanan hanya satu enjin dihidupkan. Bila ada bebanan, 4 buah enjin dihidupkan bagi memudahkan kerja mengangkut. Satu lagi keunikan lori ini ialah ketinggian sistem suspensinya boleh diubah mengikut keperluan beban. Ia juga boleh beropersi secara automatik bagi memastikan lori ini sentiasa dalam posisi mendatar walaupun jalan berbukit-bukau macam iblis. Jika ada tayar pancit anda tidak perlu menggunakan jack. Hanya naikkan posisi AXLE dan tayar boleh ditukar dalam masa 15 minit. Enjin yang rosak juga boleh ditukar dengan mudah kerana menggunakan sistem modular.

Awesome! (Artikel copy n paste: blogserius).





Laporan asal ETF Mining Trucks

Monday, 23 April 2012

Misool Eco Resort, Indonesia (foto menarik)


Artikel 'copy n paste' dengan sedikit ubahan bahasa: blogserius.


Misool Eco Resort ialah sebuah pusat peranginan yang terletak di Raja Ampat Indonesia, berhampiran Papua New Guinea. Ianya jauh dari tamadun manusia. Di sini tiada Wifi, TV maupun telefon. Di dalam bilik hanya ada tempat berehat untuk anda chill dan melupakan dunia. Misool Eco Resort juga sebuah pusat peranginan mesra alam. Setiap chalet dibina dari kayu yang hanyut (drift wood) dan tidak ditebang. Sistem kumbahannya juga ditapis bagi memastikan persekitaran resort tidak tercemar.


Anda boleh menyelam bersama jerung, ikan pari gergasi dan penyu straight dari verandah chalet anda. Pada satu-satu masa jumlah tetamu dihadkan kepada 40 orang sahaja untuk memastikan ketenteraman dijaga. Harga penginapan bermula dari EURO 2000 seorang untuk 7 hari 6 malam. Sounds like a good place.








Laporan asal TripAdvisor

Saturday, 21 April 2012

Kelantan Delights: Indah Khabar Dari Rupa

Tiada apa yang lebih mendukacitakan apabila malam minggu anda diakhiri dengan peristiwa yang membuatkan anda sekeluarga terkilan.

Malam ini (tadi) kami 11 orang berkunjung ke restoran Kelantan Delights yang terletak di Subang Jaya. Maklumlah, inilah pertemuan lengkap semua ahli di dalam keluarga Haji Wahid sementelah kepulangan kami sekeluarga ke tanah air.

Sebelum kaki melangkah masuk, kelihatan begitu gah sekali the presentation of the restaurant (lihat foto, sumber dinyatakan).


Masuk ke dalam, terus terdetik di hati saya, "maju perniagaan, penuh dengan pelanggan". Ini kerana hampir semua meja ada pelanggan, tinggal barangkali 2-3 meja di luar yang masih kosong.

Pesanan diambil dengan segera dan sementara menunggu makanan dan minuman, semua mengisi masa dengan bersembang.

Kemudiannya, keadaan mula berubah apabila:

(1) Acara karaoke. Dimulakan dengan alunan suara-suara sang keldai sama ada keldai bernyanyi solo, berduet sesama jantina atau berpasangan dengan yang lain jantina. Mereka mungkin berbangga dengan "kemerduan" suara mereka, sedangkan rata-rata pengunjung yang datang untuk menikmati makan malam bersama keluarga saling tercengang dan jelas riak wajah semua orang yang begitu terganggu dengan kebisingan mereka melalak seperti suara sang keldai itu.

Saya tidak faham, mengapa pihak Kelantan Delights boleh membenarkan sebilangan kecil pelanggannya berkaraoke sedangkan tiada bilik karaoke disediakan (lazimnya kedap udara untuk elak bising). Ini menjadikan pelanggan berbayar yang lain termasuklah kami menjadi "mangsa" kepada kecuaian pihak Kelantan Delights menguruskan pelanggan mereka yang bersuara keldai itu.

Terus jatuh rating saya terhadap restoran ini kerana kebisingan oleh aktiviti karaoke yang telah menukar Kelantan Delights menjadi Kelantan berong (hingar-bingar), tidak berpadanan dengan bayaran hampir setengah ribu kami makan di sana.

(2) Pesanan lewat dan tercicir. Bagaimana bagi sebuah restoran yang gah seperti Kelantan Delights boleh menghantar pesanan yang tidak sekali dan lewat. Kalau 6 orang makan dulu dan 5 makan kemudiannya, tidaklah pelik. Tetapi kalau sudah 10 orang siap makan dan seorang masih menunggu makanan yang dipesan untuk sampai, itu sudah dikira terlalu cuai. 

Memandangkan pesanan terlalu lewat (air dah hampir habis diminum untuk sejukkan hati), bukan sahaja saya, malah isteri dan adik ipar turut "mengejar" beberapa pelayan bertanyakan "status" pesanan yang satu itu. Mula-mula saya pergi tanya. Selepas 10 minit keadaan masih sama, giliran isteri, dan 15 minit berikutnya giliran adik ipar pula. Malah, bukan sahaja makanan lewat, pencuci mulut (bagi yang memesan secara menu set) turut gagal disediakan, hingga ke akhirnya. 

Sikap tidak profesional petugas di kaunter diserlahkan lagi dengan wajahnya yang sombong, tiada senyuman, jauh sekali untuk menjelaskan keadaan. Minta maaf usah cakaplah. Itu mungkin tiada di dalam kamus perniagaan pihak restoran ini. Sebagai orang Pantai Timur, saya "boleh nampak" lagak biadap pekerja tersebut dan terasa ingin juga menumbuk mukanya yang sombong itu!

Saya telah mengembara ke banyak tempat dan telah tinggal di negara asing untuk tempoh masa yang lama. Pelbagai ragam manusia telah saya perhatikan, tetapi yang buruknya tetap tidak dapat mengatasi apa yang ada di tanah air sendiri. Sedih.

Saya pernah merasa peritnya dilayan sewaktu membeli makanan di kedai-kedai arab sewaktu ke Makkah dan Madinah tidak lama dahulu (kami urus/buat ibadah umrah sendiri dari UK ke Saudi). Saya pernah tidak dilayan dan menerima layanan tidak baik ketika di dalam restoran dan ketika hendak makan. Namun malam ini, Kelantan Delights telah mengatasi kesemua senarai "tempat makan yang hanya indah khabar dari rupa".

What a shame!

Thursday, 19 April 2012

Syukur di atas perjalanan hidup ini....


Ingatan yang dilontarkan MAZA hadir di kala saya asyik membelek album foto di laptop, menatap wajah kedua orang tua. 

Betapa besar nikmat yang telah Allah kurniakan ke atas diriku di atas nikmat memiliki ibu bapa.

Betapa aku masih mengenang masa lalu, hidup di rumah kayu di kampung. Ayah dan mak bekerja keras demi menghidup dan mencukupkan keperluan kami 9 beradik.

Betapa Allah telah memanjangkan usia kedua mereka, agar kami adik-beradik melihat perubahan hidup kami, oleh jasa dan jerih-perih mereka, agar kami kembali berbakti kepada mereka.

Betapa kami wajib menumpahkan sepenuh kasih-sayang kepada kedua mereka, sekalipun tidak mungkin dapat menyamai walau sekelumitpun limpahan kasih-sayang mereka yang melahirkan kami dan membesarkan kami.

Maha Suci Allah. Tidak dapat kami bayangkan betapa besar dan luasnya kurniaan Allah di dalam hidup ini dan perjalanan yang telah kami tempuh.

Kepada Allah kami bersyukur, memohon kerahmatan dan kejayaan.

Sunday, 15 April 2012

Ganti internet = 2 bahan bacaan bulan ini

Memandangkan saya masih menunggu kemudahan internet dipasang (unifi tiada di kawasan kami), banyak perkara tertangguh dan terganggu, terutama tugas mengemaskini blog dan FB.

Apapun, tidak guna mengeluh kerana memang begitulah keadaannya, hendak marah pun bukan boleh selesaikan masalah.

Apapun, saya mula merajinkan diri mengisi masa yang ada kini dengan membaca beberapa buah buku (baru dan lama) yang rasanya bermanfaat untuk menambah ilmu pengetahuan. Di bawah ini saya kongsikan ringkasannya.


Buku 1: Subky Abdul Latif - ANAK APAK


Petikan menarik:

"Tidak wajar dalam dunia ini ada insan yang berkecuali. Manusia itu mesti memihak kepada kebenaran. Manusia hanya dibenarkan berkecuali ketika tidak mengetahui asal-usul sesuatu isu. Orang berotak tidak wajar kekal dalam keadaan tidak tahu. Dia mesti keluar dari alam tidak tahu. Sesudah mengetahui, dia tidak lagi boleh berkecuali. Dia mesti di pihak yang benar" (Subky Abdul Latif, Anak Apak)


Buku 2: Hamka - falsafah HIDUP


Petikan menarik:

"Sebetulnya banyaklah orang berpendapat bahwa orang yang masih hidup, jangan dahulu ditulis riwayatnya, tetapi saya telah melanggar pendapat itu. Sebab saya tidak akan memandang guru saya itu sebagai dewa. Saya jelaskan di sini segi kebesarannya, dan tentu orang akan mengetahui pula bahwa ada pula segi kelemahannya sebagai manusia. Saya karangkan kehidupan orang besar itu, sebagai penunjuk jalan bagi penyelidik di belakang orang besar itu, dan tentu orang akan mengetahui pula bahwa ada pula segi kelemahannya sebagai manusia. Saya karangkan kehidupan orang besar itu, sebagai penunjuk jalan bagi penyelidik di belakang untuk menulisnya lebih lengkap. Mana tahu entah saya lebih dahulu dari beliau mati nanti" (Hamka, Falsafah Hidup)

Tuesday, 10 April 2012

Berpengalaman kehidupan di kampung (Mawaddah balik kampung)

Pagi Ahad (8 April) kami pulang sebentar ke kampung ayah Mawaddah di Ajil, Terengganu. Perjalanan dari Meru adalah lancar dan selepas 6 jam, kami bertiga selamat tiba di kampung.




Sepanjang 2 hari di kampung, berbagai aktiviti dilakukan dan kami cuba mendedahkan Mawaddah dengan sebanyak mungkin "apa yang ada di kampung".

Saya mahu Mawaddah bukan sahaja melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan, bahkan turut "menyentuh" dan mengusap/merasai rupa bentuk haiwan seperti kucing, kambing dan lain-lainnya dengan tangannya.


Sewaktu berkunjung ke kolam ternakan ikan tilapia dan udang yang diusahakan oleh adik dan ayoh. Benih ikan dihasilkan sendiri, diternak dan dijual sendiri. Lebih memuaskan hati sekalipun hasil jualan tidaklah seperti pemborong pukal.


Ayoh juga mengajar budak mengaji. Selama 2 malam di kampung, inilah rutin Mawaddah. Dia juga sudah boleh melafazkan beberapa doa mudah/pendek.





Berbagai haiwan ternakan hidup bebas dan dikandangkan di sekitar rumah Tok dan Tokki. Ada ayam kampung, itik, kambing dan lembu. Ada ketikanya Mawaddah ditunjukkan haiwan-haiwan ini, maklumlah selama ini hanya mengenali kesemuanya melalui buku bergambar.




Kepulangan singkat tidak cukup untuk Tok, Tokki dan Tok-Tok Saudara melepaskan rindu kepada cucu mereka. InsyaAllah jika ada cuti, kami akan pulang lagi.

Thursday, 5 April 2012