Thursday, 1 March 2012

Kedah - kalau pemimpin lama sangat nak selesaikan kemelut, biarlah rakyat 'tolong' dalam PRU13 nanti

Apa kes? 


Jengok laporan berikut (atau baca dari sumber yang dinyatakan).

Baca laporan penuh di sini: bloglistpolitik

1) Saya difahamkan wakil pimpinan PAS Pusat akan bertemu dan bermesyuarat dengan PAS Kedah untuk memperhalusi perkara ini, seterusnya menawarkan jalan keluar kepada kemelut yang sedang berlaku.

2) Eloklah kalau begitu. Bukannya apa, menurut amalan media (penerbitan berita), ingatan masyarakat Malaysia terhadap sesuatu isu lazimnya akan bertahan selama 2 minggu (14 hari). Maksudnya, kalau sesuatu isu itu tidak signifikan, selepas 2 minggu, masyarakat tidak akan begitu berminat bercakap mengenainya

3) Tetapi kalau selepas tempoh itupun ia (isu) masih hangat diperkatakan, maka isu tersebut adalah signifikan, penting, mendapat perhatian masyarakat. Natijahnya, pemimpin yang terlibat MESTI mencari ikhtiar serta jalan keluar secara meyakinkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, maka bahananya nanti kepada Parti dan Peribadi mereka adalah amat buruk.

4) Inilah yang terjadi kepada 2 isu besar yang telah dibiar berlarutan, sehingga telah mendatangkan bahana buat BN-UMNO, iaitu isu NFC dan Lynas. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat pihak pembangkang mengenai isu ini bukan sahaja telah mengganggu lena tidur suami Shahrizat, bahkan Dato Najib, dan kini terpalit kepada UMNO dan persoalan mengenai integriti kerajaan juga.


5) Kerana tidak nampak lagi apakah bentuk penyelesaian yang jelas terhadap kemelut ini, ianya telah dijaja dan menjadi modal kempen para pimpinan pembangkang ke segenap venue dan ceruk mereka berceramah. Jika sebelum ini, pihak-pihak tertentu hanya mengambil mudah kerana menganggap hanya seorang-dua yang berkokok mengenai dana RM250juta bagi projek lembu ini, sekarang, ia bukan lagi isu "terpencil". Justeru, apakah countermeasure yang boleh dibuat oleh BN-UMNO untuk "mencuci imej" mereka dalam kedua isu ini, seterusnya memulihkan sokongan rakyat kepada mereka?

6) OK, berbalik kepada topik di tangan. Isu "pergeseran dalaman" geng PAS Kedah ini rasanya telah juga berlanjutan lebih 2 minggu. Jikalau berpandukan pengalaman yang ditempuh BN dan kerajaan, maka saya lihat wajarlah  pemimpin kerajaan Kedah dan PAS Pusat sekarang ini bersiap-sedia bagi berdepan dengan "bahana" yang akan muncul.

7) Pertama, kemelut ini tentunya akan dijadikan modal politik buat UMNO Kedah untuk meneruskan agenda mereka merampas Kedah. Namun, ini tentunya telah dijangka.

8) Kedua, bahananya lebih besar (jika berlarutan) ialah apabila rakyat dan pengundi Kedah sendiri rasa meluat dengan sikap para pemimpin sedia ada, yang mula menjadi  2 x 5 dengan kerajaan yang mereka (pengundi) tumbangkan pada PRU-12 yang lepas

9) Jikalau kedua pihak yang berbeza kepentingan ini mendahulukan kepentingan rakyat, barangkali tidak perlulah saya timbulkan "teori 2 minggu" ini. Saya cuma khuatir sekiranya lambat dicari penyelesaian bagi kemelut ini, tidak mustahil bahana besar bakal menunggu PAS Kedah, terutama sekiranya rakyat dan pengundi sendiri nanti memilih untuk "menyelesaikannya" pada PRU yang akan datang ini.

10) Nampak ekstrim, namun dalam politik segalanya boleh terjadi. Malah, di dalam sistem demokrasi, rakyat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka ingin memenangkan UMNO (menukar kerajaan) pada PRU kelak, sekiranya rakyat berpendapat itulah pilihan yang ada buat mereka.


Waktu itu, kalau hangpa-hangpa masih dok berkelahi sampai subuh-pun, sudah tidak berguna lagi...

No comments:

Post a Comment