Monday, 5 March 2012

Kalau BR1M itu 'haram', tolaklah semua barangan bersubsidi. Bukan begitu?

Apa kes? Baca artikel oleh seorang yang keliru, dan telah pula ia cuba mengelirukan orang lain, di bawah:

Baca versi lebih jelas di sini: tranungkite

Tindakan seorang yang bukan ahli agama, dan yang tidak ber-autoriti untuk menghukum HARAM secara pasti sesuatu perkara bukan sahaja dianggap sebagai satu tindakan yang boleh mengelirukan, bahkan telah menimbulkan suasana tidak selesa kepada ummat Islam amnya, dan penerima BR1M dari kalangan penyokong PAS, khasnya.

Kepada penulis artikel ini, yang begitu yakin betapa HARAMnya sumber BR1M tersebut (kerana bercampur sumber), suka saya syorkan kepadanya supaya mulai sekarang, agar menolak pembelian semua barangan yang telah disubsidikan pihak kerajaan kerana "wang yang digunakan kerajaan untuk tampung subsidi" mungkin sahaja telah bercampur di antara yang halal dengan yang HARAM juga.

Mulai hari ini, wajarlah penulis tersebut membayar gas memasak, petrol dan diesel pada harga penuh, beli gula, tepung gandum dan minyak masak juga pada harga TANPA SUBSIDI kerajaan. Boleh?

Ini kerana penulis tentunya tidak ingin mengisi petrol bersubsidi (yang bercampur sumber HARAM) untuk keretanya ke pasaraya untuk membeli minyak masak dan tepung gandum bersubsidi (yang tentunya HARAM) untuk santapan seisi keluarga. Bukan begitu?

Cerdik, cerdik...

2 comments:

  1. kadang2 and selalunya orang2 yang kat 'bawah' ni yang melebih-lebih taasub and exaggerate drpd pemimpin yg kat atas..

    but still,pemimpin di atas sewajarnya menegur org2 bawah mcm ni sebab org2 macam ni la yg merosakkan parti. cth: artikel macam ni, boleh msuk berita online? apa kes?

    ReplyDelete
  2. itulah realitinya Zul. Kadang-kala juga kita marah dekat budak2 muda hari ni yg suka bercakap lepas atau kasar dengan orang-orang tua. Kita pun tanya diri kita "mengapa bebudak sekarang ni makin kurang ajar dan cakap ikut sedap rasa". Tapi kalau kita baca forum dan blog2 politik, kita tengoklah ruangan komen nya. Majoritinya yang mengomen adalah orang dewasa, yang patutnya matang.

    Tapi cuba kita baca komen mereka, bukan main caci-maki lagi. Ada juga yang puji parti dia, siap dengan nas qur'an lagi, pastu maki parti lawan. Ada yang maki-hamun musuh, pastu untuk dia boleh pulak dia bertakbir.

    Pastu marah dengan bebudak muda yang cakap biadap dengan orang lebih tua.

    Kalau dah guru pun kencing berdiri, manalah pula anak murid tak kencing berlari!

    ReplyDelete