Saturday, 3 March 2012

Beriadah di hujung minggu bersama Mawaddah @southpark, Oxford

Hari ini cuaca sejuk, tetapi kadang-kala cerah. Mawaddah amat bosan terkurung di dalam rumah. Maklumlah, kedua orang makciknya juga baru sahaja kembali ke  tanah air Khamis lepas.

Untuk mengubat hati yang lara, Ayah telah berjanji nak bawa Mawaddah keluar berjalan-jalan ke South Park dan taman permainan dekat situ. Ramailah orang bermain, Mawaddah juga happy bukan main sampai mengah-mengah. Harap tak bangun mengigau tengah malam sudah....







No comments:

Post a Comment