Wednesday, 8 February 2012

K-9 Thunder, kereta kebal oleh Samsung (Foto)

Sumber: blogserius & wikipedia

Ingat Samsung, ingat kereta kebal ini...

Bila bercakap pasal Samsung kita akan nampak peranti yang awesome seperti Samsung Galaxy S2 dan juga TV LED paling nipis di dunia. Tapi tahukah anda Samsung juga mengeluarkan kenderaan perang khas untuk tentera Republik Korea Selatan?  


Samsung melalui anak syarikat mereka Samsung Techwin, menghasilkan K-9 Thunder. Ianya sebuah Howitzer berkuasa sendiri yang berunut. Ianya dibina dari M-109 Paladin yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Kalau korang pernah main Command and Conquer Generals, Paladin ialah kereta artileri milik Allied. 

Jadi kenapa Korea tak beli sahaja Paladin dari USA? You see in Korea they like to make their own shit pasal they know kalau dalam peperangan dengan Korea Utara, mereka tak boleh berharap kepada tentera luar untuk selamatkan mereka dengan segera. Maka Samsung pun acquire lesen untuk membina M-109 Paladin.

K-9 Thunder dikatakan mempunyai jarak efektif lontaran artileri lebih jauh dari Paladin iaitu 40 Km. Paladin hanya mampu menembak sejauh 18 Km. K-9 Thunder juga diperkasakan dengan enjin 1000 hp berbanding hanya 450 hp pada Paladin. So there you go...lepas ini, ingat Samsung, jangan sekadar ingat Smartphone dan LED TV sahaja!






2 comments:

  1. Dulu msia nak beli k-9 ni, but at the end beli dr Turkey. But same concept beli lesen produce sendiri. Kena bg proposal kat Mindef.... agar ade planning sikit.

    ReplyDelete
  2. Rasanya sudah sampai waktunya kita kena produce sendiri teknologi ketenteraan kerana negara tidak ketandusan kepakaran. Jika dilihat Indon pun sudah mula gunakan teknologi sendiri. Beberapa bidang asas terutama automotif telah kita ada (seperti Proton, yang boleh memindahkan teknologi dan tenaga pakar). Kita juga sudah lama 'pakar memasang' jentera (ada DRB-Hicom, Sime Darby juga sudah beli kepentingan dalam Traktor Malaysia, etc). Cuma sanggupkah mereka-mereka di MinDef kehilangan prospek jika budaya kontrak/tender tertutup dan komisyen di atas urusniaga kelengkapan ketenteraan hendak dikurangkan?

    ReplyDelete