Saturday, 4 February 2012

Idea-idea kreatif untuk kerusi & meja (Foto)

Idea 1: Kerusi yang sentiasa ikut meja

Apalah erti meja tanpa kerusi. Diberikan nama 'cling', idea asal perekanya (O-D-A) adalah untuk memastikan ke mana-mana sahaja meja dialihkan, kerusi sentiasa mengikut sama. Sumber: SINI





Idea 2: Kerusi-meja boleh laras

Tahap pembesaran kanak-kanak adalah berbeza-beza. Ada yang membesar cepat dan ada yang agak lambat. Begitupun, umur yang sama menjadikan setiap pelajar berkongsi kelas dan perabot yang bersaiz sama di bilik darjah. Maka timbullah kesulitan bilamana ada yang terpaksa belajar (guna meja dan kerusi) yang tidak kena dengan saiz badan. 

Pereka Yang Shih menyedari kesulitan ini dan mencadangkan perabot (kerusi dan meja) boleh laras bagi keperluan pelajar yang berbeza saiz badan di bilik darjah. Sumber: SINI




No comments:

Post a Comment