Baca artikel penuh di sini: Pakatan bersedia hadapi keputusan liwat Anwar minggu depan
“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan)
Azizah (Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang
telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat
dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, perbincangkan pelbagai
kemungkinan, satu, dua atau tiga senario,” katanya kepada pemberita.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata senario itu merujuk kepada
kemungkinan Mahkamah Tinggi akan mensabit kesalahan, membebaskan Anwar,
sabitkan dengan jaminan atau sabitan tanpa jaminan.
Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat enggan mengulas sama ada ia bermaksud
Anwar akan digantikan dengan pemimpin lain sekiranya dipenjarakan.
“Jangan risau pasal perkara ini...kami tahu apa yang perlu dilakukan. Mengapa anda bimbang,” kata Anwar kepada pemberita sambil tersenyum.
----------------------
Bagaimana untuk tidak bimbang?
Berdasarkan pengamatan saya sebagai rakyat biasa, ada satu perkara yang saya nampak (mungkin orang lain berbeza pendapat) yang secara amnya disifatkan sebagai "silap Anwar juga", iaitulah Anwar tidak groom his protege iaitu tidak nampak pemimpin lain di dalam PKR yang apabila kita lihat beliau, terus kita katakan "dia ini adalah protege Anwar Ibrahim" (yang memiliki ciri-ciri dan keupayaan, kecergasan dan kecerdasan seperti Anwar).
Mengapakah Anwar did not groom his protege?
Sedangkan sewaktu Anwar masih di dalam kerajaan, umum mengetahui hubungan akrab beliau dengan Dr Mahathir sehingga dilihat bahawa Mahathir baik secara langsung mahupun tidak langsung telah "groom" Anwar untuk menjadi pengganti beliau suatu hari nanti.
Mengapakah Anwar did not groom his protege?
Sedangkan sewaktu Anwar masih di dalam kerajaan, umum mengetahui hubungan akrab beliau dengan Dr Mahathir sehingga dilihat bahawa Mahathir baik secara langsung mahupun tidak langsung telah "groom" Anwar untuk menjadi pengganti beliau suatu hari nanti.
Hubungan sebeginilah juga digelarkan ramai sebagai "mentor - protege".
Namun setelah berakhirnya hubungan Anwar dengan Mahathir dengan episod yang begitu memilukan dan dengan pendakwaan yang amat memalukan, Anwar masih berupaya menempatkan dirinya sebagai pemimpin yang unggul dan berkarisma sehingga diangkat menjadi simbol (pemimpin) yang mampu menyatu-padukan pemimpin dari parti yang berlainan ideologi di bawah payung Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS).
Siapa yang memerhatikan politik tanah air tentunya arif bagaimana sekalipun PAS dan DAP pernah bekerjasama menghadapi PRU, tetapi kerjasama itu tidaklah sehingga ke peringkat seperti hari ini di mana tidak dapat tidak, Anwar turut menyumbangkan peranan dan jasa yang besar ke arah merealisasikan proses perpaduan ini.
Justeru, andainya selepas 9 Januari 2012, Anwar ditakdirkan kembali
ke sel besi, tentulah wujud "vakum kepimpinan" yang besar di dalam
Pakatan Rakyat, tatkala PRU ke-13 juga dikatakan semakin hampir.
Makanya, apabila Anwar menjawab "mengapa anda bimbang"..... Eh! Tentulah
mereka bimbang kerana:
1) Menghadirkan "pengganti Anwar" bukannya tugas yang mudah. Seperti yang telah saya nyatakan "kerana Anwar tidak 'groom' protege". Tugas yang perlu dipikul oleh "pengganti Anwar" bukan sahaja untuk memastikan kerjasama di antara DAP, PKR dan PAS
terus kukuh, tetapi juga memastikan PR boleh meneruskan agenda menang PRU13.
2) Menghadirkan "pengganti Anwar" yang mampu diterima dan dilihat majoriti para pendokong PR sebagai "bakal Perdana Menteri" Malaysia. Pemimpin (pengganti) ini hendaklah setidak-tidaknya setanding dengan Anwar, ataupun lebih baik daripada Anwar, terutama melibatkan persoalan peribadi.
Dengan tarikh 9 Januari yang semakin hampir, saya melihat tidak salah untuk kita berkongsi idea; iaitu siapakah "bakal pemimpin lain" di dalam PR (DAP mungkin sukar sikit untuk ke jawatan PM, kalau adapun kena tengok dari PAS ataupun PKR) yang memiliki kualiti untuk memimpin, bersih akhlak dan peribadi, diterima akar umbi (penyokong PR) dan yang paling utama, dianggap "layak" menjadi calon Perdana Menteri yang akan memimpin rakyat Malaysia (yang juga terdiri daripada para penyokong BN), selain mampu menguruskan kehendak rakyat yang berbilang kaum dan agama ini.
Sekian.
nota: terima kasih kepada 'sahabat sembang' di Bodrum kelmarin di atas idea artikel ini.
sama2....pantas sungguh
ReplyDeletehaha...kena pantas kerana salalunya apabila dok bertangguh (sebab malas dan sibuk), banyak idea dan bahan yang baik yang patutnya dikongsikan, sudah dilupa, atau ingat-ingat lupa. Makanya, lagilah malas nak menulis.
ReplyDeleteItu yang tulis, sebelum terlupa...