Thursday, 1 December 2011

UMNO & Politik Harapan - Dr MAZA

Satu pemerhatian dan kupasan yang menarik. Sumber dan artikel penuh dinyatakan di akhir entri.

"Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru. 

Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!"

No comments:

Post a Comment