Monday 12 December 2011

Artikel Plagiat di Tranungkite (TKO) - memalukan!

Beramanahlah dengan ILMU. Barulah berkat perjuangan anda!

1) Sila baca artikel yang telah dilulus terbit di Tranungkite Online (TKO) hari ini, Isnin bertajuk: Sebuah Republik Demokratik Sosialis dengan Asas Islam.

2) Baca dan bandingkan artikel ASAL yang dihasilkan oleh Dr MAZA, bertajuk: Antara 'Islam' dan Negara Islam. 

3) Perbandingan itu saya tonjolkan dengan warna merah.

-----------------------

Sebuah Republik Demokratik Sosialis dengan Asas Islam
Posted on Monday, December 12 @ 04:11:56 PST
Dilulus untuk paparan oleh savvy

Artikel
 
Oleh: LeeSlimShady

"Bila saya terbaca dengan laporan malaysiakini akan manifesto terbaru PAS yang mengumumkan tawaran negara berkebajikan tanpa hukum hudud, sudah pastinya saya dapat menjangka apakah wujud kekecewaan di kalangan penganut islam yang berfikiran ortodoks.

Apakah tanpa Hudud PAS sudah tersasar dari perjuangan Islam? soalan ini yang sudah pasti akan menjadi begitu kontroversi kerana sudah pasti geng - geng gerombolan akan terus mencari jalan supaya PAS menemui jalan buntu.

Biar saya bukakan pandangan yang lebih lebar apakah tanpa hudud perjuangan islam PAS sudah tersasar atau tidak.

Jawapannya sudah pasti tidak kerana tak semestinya semestinya perjuangan islam itu mesti terus memperjuangan hukum hudud tanpa kebajikan,keadilan dan kesaksamaan di selesaikan dahulu. Bila saya melihat dan membaca laporan Hadi Awang yang mengajukan Negara Kebajikan sebagai garis perjuangan PAS.

Bila saya terbaca ini, maka jelas telah berlaku satu anjakan dasar yang maha besar. Anjakan ini akan membawa makna politik yang dalam bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Sebelum ‘ledakan’ ini berlalu, kita selalu terbaca dan terdengar tentang PAS ke hulu ke hilir menjajakan apa yang mereka panggil Negara Islam sebagai agenda politik. Pelik tetapi benar – agenda politik Negara Islam ini amat-amat dicintai dan disayangi juga oleh United Malays National Organisation.
Tetapi cinta dan kasih sayang United Malays National Organsiation terhadap Negara Islam bukan bermakna parti ini akan mengimplementasikan apa-apa dasar yang bersangkutan dengan Islam.

Parti ini hanya mendorongkan PAS agar mengambil agenda Negara Islam ini sebagai garis perjuangan. United Malays National Organsiation akan berjoget dan ber"shuffle dan berkenduri dan berkendara jika PAS terus menerus mencanang dan bergendang tentang Negara Islam. Ini kerana agenda Negara Islam ini adalah agenda jalan mati.

Apabila PAS mengambil jalan tegas dengan mengugurkan agenda Negara Islam saya yakin pada ketika ini jeneral - jeneral dalam kem besar "nazi melayu" memang tidak senang duduk.Maka dengan itu saya tak dapat bayangkan tangisan United Malays National Organisation yang terus merayu-rayu agar PAS tidak meninggalkan agenda Negara Islam. United Malays National Organisation bermati-matian berusaha untuk mendorongkan PAS untuk terus mengambil jalan mati ini.

United Malays National Organisation ini telah lupa bahawa telah berlaku satu kesedaran di kalangan ahli-ahli PAS.

Mereka telah sedar bahawa agenda Negara Islam yang diuar-uarkan selama ini tidak akan membawa mereka ke gedung kuasa.

Mereka juga sedar selama ini mereka sengaja di perangkap dalam kejumudan fikrah yang mengajukan agenda Negara Islam.

Maka di sini saya mula melihat satu pandangan apakah sesuatu yang wajib untuk menubuhkan negara islam tanpa implementasi yang drastik.

Oleh itu ketika saya membuat kajian dalam bidang pembangunan peradaban manusia dalam subjek ideologi di Universiti of North Carolina, saya telah menghadiri sebuah forum "Islamic Socialist"

Dalam forum tersebut maka seorang ahli panel yang baru berusia 15 tahun dari damsyik mengeluarkan pandangan perbezaan antara islam dan negara islam dan menghentam regim - regim arab.Dalam pada itu Saya cukup tertarik apabila salah seorang Khatolik Amerika bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan ‘extremist’ yang memperjuangkan ‘Agenda Negara Islam’ akan mengambil alih. 

Maka dalam pada masa yang sama belum pun sempat ahli panel itu menjawab soalan bangun seorang remaja muslim yang berketurunan Yahudi dari Nevada dengan bersemangatnya bertanya balas “kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’?!

Seterusnya Yahudi Muslim ini berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak.

Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mewujudkan ‘Negara Islam’ seperti yang di idamkan oleh sesetengah gerakan. 

Kenyataan Remaja Yahudi Muslim mungkin akan di salah sangka lalu setelah tamat forum ini saya melihat Remaja Arab dari damsyik ini berjabat tangan dengan Yahudi Muslim ini dan mengucapkan tahniah serta menghadiahkan kata - kata "you point are so brilliant" "Allah will blessed you" 

Mungkin pandangan Yahudi muslim ini akan di lihat janggal,tak tahulah mungkin kerana sekadar dia seorang yang berketurunan Yahudi atau pendapatnya yang agak kritis.Tetapi melalui kajian intelektual saya, ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. 

Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mewujudkan ‘Konsep Negara Islam’ menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan Negara Islam yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat.


Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan Konsep Negara Islam menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka.

Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada saat - saat revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima penubuhan Negara Islam adalah andaian yang salah. 

Saya teringatkan sahabat saya Hossein mazarei dari Iran yang berfahaman Syiah - Sunni pernah bercerita Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan Negara Islam. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan. 

Itulah pendapat beliau. Ada kebenarannya, walaupun sebenarnya ada yang benar-benar mahukan Negara Islam. Ada pula yang hanya mengadu kepada Tuhan tanpa mempunyai sebarang hasrat tentang Negara Islam. Mereka hanya mahukan hak dan keadilan. Hanya Tuhan yang sudi mendengar setelah pemerintah begitu degil.
Umat Islam secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya.

Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam. 

Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak.

Namun, apabila hasrat mewujudkan Negara Islam itu dilaungkan, maka rakyat akan mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ini bukan semestinya menunjukkan mereka menentang Islam, tetapi mereka keliru apakah sebenarnya Negara Islam itu? Sebabnya, wajah Negara Islam itu telah diconteng oleh banyak pihak. Media Barat dan juga sikap para pejuang Negara Islam itu sendiri.




Taliban umpamanya telah mewujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negatif tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia.

Ribuan cerdik pandai Iran seperti Hossein Mazarei terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. ‘Brain drain’ menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal Iran mempunyai ramai bijak pandai.

Dua Rakan yang menjadi sahabat saya di United States seperti Hossein ini merupakan cendiakawan Iran. Hossein adalah Pakar Psikologi dan pemikir yang idealis Manakala bapanya pula adalah seorang Doktor Pakar di Massachuset.


Bapanya kini tinggal di Amerika dan masih tidak dizinkan balik ke Iran.
Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu ‘Ibn Farabi’. Beliau baru sahaja menghasilkan karya ‘between Islamic of progresive thinking’ yang dihadiahkan senaskah untuk saya.

Sementara bapanya Dr. Mazarei yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi Islam menumbangkan Shah Iran,iaitu Shah Mohamad Reza Pahlevi.


Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh,Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Amerika. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang.

Begitu juga dengan anaknya Hossein yang pernah di penjara selama setahun atas kesalahan yang tidak jelas,yang nyata adakalanya dia ada menyatakan rasa ketidakpuashati terhadap regim.Demikian dua tokoh cendikiawan islam yang diharamkan pulang semula ke Iran.

Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak,kebebasan dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat.

Hanya menukar kuasa dari yang memakai kot kepada yang berserban atau ber'ustaz, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun.


Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatah lagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan ‘mazhab’ kerajaan dan seterusnya.

Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu.Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Negara Islam adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh Islam adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA:


Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU” (Riwayat al-Bukhari).

Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak.


Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang Islam yang membunuh bukan, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi.

Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa bukan islam yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim.

Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya.

Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah orang islam ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan orang islam.

Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak.

Disebabkan kecenderungan memilih ‘jalur keras’ dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini.

Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam.

Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam.

Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya.

Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas faktor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam.

Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian.

Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini,biarpun ianya di bina sebagai Sebuah Republik Komunis.


Biarpun ianya adalah sebagai sebuah Republik Sosialis atau Republik Demokratik Rakyat yang terpenting ia tidak menyanggah dan mengepikan al- quran dan sunnah.

Yang paling penting sesebuah Republik yang di bina dengan Fahaman Demokratik Komunis atau Sosialis selain meletakkan Islam sebagai asas dan panduan sesebuah negara adalah memastikan hak dan keadilan untuk semua terjamin.
Kerana tiada gunanya Islam terus di paksa biarpun dalam perundangan sekiranya ia membibitkan ketidakadilan dan penindasan.Ia harus ada kesaksamaan dari segi ekonomi dan asas pembinaan sosialime bangsa yang adil dan terbela haknya. 
Oleh itu biarlah ia sekadar menjadi asas selagi hak dan keadilan semua insan di jamin di bawah asas - asas islam biarpun ada warganya yang bukan beragama islam.Jaminan itu perlu andai kita membina sebuah sistem perundangan yang di lihat menindas adakah ia akan jadi undang - undang yang akan di Redhai Tuhan?
Jadi biarlah ianya menjadi asas yang terus di hormati dan menjadi payung buat rakyat di sesebuah republik. 


OK. Kemudian anda baca artikel asal yang dikarang oleh Dr MAZA berjudul: Antara Islam dan Negara Islam. Bandingkan!

ANTARA ISLAM DAN ‘NEGARA ISLAM’
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Awal bulan November ini saya hadiri seminar di The Middle East Centre, Oxford bertajuk ‘The Sacking of Syria: Asad as Hulego’. Pembentangnya Rana Kabbani, seorang penulis dan penyiar Syria. Saya kagum dengan keberanian wanita ini. Mungkin jika di Malaysia ada pihak yang tidak mahu hadiri ucapannya sebab beliau ‘free hair’ dan agak bergaya. Letak itu di sebelah dahulu, saya kagum dengan semangatnya mengkritik regim-regim Arab. ‘A very inspiring speech’.

Saya tertarik apabila salah seorang ‘british’ bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan ‘extremist’ yang memperjuangkan ‘Islam State’ akan mengambil alih. Beliau dengan bersemangatnya bertanya balas “kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’?!

Seterusnya beliau berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak. Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mengujudkan ‘Islam State’ seperti yang diidamkan oleh sesetengah gerakan. 

Salah Sangka 

Kenyataan Rana Kabbani ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mengujudkan ‘Islamic State’ menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan ‘Islamic State’ yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat. 

Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan ‘Islam State’ menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka. Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada hari revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima ‘Islamic State’ adalah andaian yang salah.

Seminar Homophobia. Gambar kabur, lebih kabur hasrat mereka.
 

Saya baru sahaja menghadiri satu seminar tentang ‘Homophobia’. Seminar yang cuba memperjuangkan hak golongan GLBT ini. Saya ingin mendengar apakah idea mereka ini. Hakikatnya di Barat pun mereka tidak begitu diterima dan terpaksa merintih nasib. Inikan pula di negara muslim seperti Malaysia. 

Menariknya, pembentang dalam seminar tersebut juga mendakwa mereka (golongan GLBT) mempunyai sumbangan semasa perjuangan revolusi Mesir di Medan Tahrir baru-baru ini. Saya tidak pasti sejauh manakah benar dakwaannya. Cumanya yang pasti semua pihak bergabung untuk menjatuhkan regim Mubarak. 

Saya teringatkan sahabat saya Muhammad Benaissa, bekas Menteri Luar Morocco –saya pernah cerita dalam artikel yang lepas- yang pernah turut menjadi fellow di OCIS, Oxford ini. Beliau telah kembali ke negaranya. Memang liberal pemikirannya. 

Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan ‘Islamic State’. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan. 

Itulah pendapat beliau. Ada kebenarannya, walaupun sebenarnya ada yang benar-benar mahukan ‘Islamic State’. Ada pula yang hanya mengadu kepada Tuhan tanpa mempunyai sebarang hasrat tentang Negara Islam. Mereka hanya mahukan hak dan keadilan. Hanya Tuhan yang sudi mendengar setelah pemerintah begitu ‘ketegar’. 

Apa Bezanya? 

Rakyat muslim secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya. 

Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam. 

Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak. 

Namun, apabila hasrat mengujudkan ‘Islamic State’ atau Negara Islam itu dilaungkan, maka rakyat akan mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ini bukan semestinya menunjukkan mereka menentang Islam, tetapi mereka keliru apakah sebenarnya ‘Islamic State’ itu? Sebabnya, wajah ‘Islamic State’ itu telah diconteng oleh banyak pihak. Media Barat dan juga sikap para pejuang Negara Islam itu sendiri. 

Taliban umpamanya telah mengujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negative tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia. Ribuan cerdik pandai Iran terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. ‘Brain drain’ menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal negara itu mempunyai ramai bijak pandai.

Dua orang rakan saya yang berbangsa Iran. Seorang menetap di US dan masih boleh pulang ke Iran. Sementara seorang lagi diharamkan pulang ke Iran.

Dua orang jiran yang menjadi sahabat saya di Oxford ini merupakan dua cendiakawan Iran. Seorang pakar mysticism dan seorang pula musician. Pakar mysticism ini tinggal di Amerika dan masih dizinkan balik ke Iran. Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu ‘Ibn Arabi’. Beliau baru sahaja menghasilkan karya ‘Method and Mysticism’ yang dihadiahkan senaskah untuk saya. 

Sementara seorang lagi, Dr Mirdad yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi menumbangkan Shah Iran. Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh. Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Sweden. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang. 

Demikian tokoh cendiakawan agamawa Iran seperti Mohsen Kadivar diharamkan pulang. Mohsen Kadivar mempunyai website dan artikel-artikel menarik seperti Wilayat al-Faqih and Democracy. 

Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat. Hanya menukar kuasa dari yang ber‘coat’ kepada yang berserban atau berlebai, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun. 

Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatahlagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan ‘mazhab’ kerajaan dan seterusnya. Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu. 

Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Islamic State adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh muslim adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA:

“Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU” (Riwayat al-Bukhari).
Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan. 

Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak. Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang muslim yang membunuh non-muslim, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi. 

Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa non-muslim yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim. Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya. 

Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah muslim ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan muslim. Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak. 

Disebabkan kecenderungan memilih ‘jalur keras’ dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini. Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam. 

Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam. 

Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya. 

Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas factor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam. 

Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian. 

Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini. Peduli apa pun namanya! 

Nota kaki:

- Malu. Amat memalukan! Sukar sangatkah untuk mengiktiraf sumber/penulis asal artikel yang beliau 'copy n paste' itu? Jika tidak pandai membuat rumusan menggunakan ayat sendiri, elok dinyatakan sahaja sumber/link asal yang berkenaan untuk memudahkan para pembaca merujuk. Bercakap dengan semangat Islam tetapi sayang sekali tidak amanah dengan ilmu. Shame!

- Cuba letakkan diri anda di tempat penulis ASAL. Bukan sedikit masa, tenaga dan idea telah dicurahkan bagi menghasil/menyiapkan artikel itu. Tetapi dengan senang-lenang pula orang lain ambil dan jenamakan sebagai hasil kerjanya sendiri. Shame on you!

No comments:

Post a Comment