Sumber foto: Facebook JKKK Fan Club
Posting berkaitan Mike juga telah saya buat sebelum ini, lihat: Alhamdulillah, dulu dia tinju orang, sekarang dah berubah.
Nota kaki:
1) Selain kita meraikan Haji Jib dan Hajjah Mah yang baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji tahun ini, insan lain seperti Mike Tyson (MT) juga tidak wajar kita lupakan.
2) Betapa beliau menjadi bukti yang jelas kepada kita "kalau Allah hendak membuka pintu hidayahNya kepada sesiapa-pun di kalangan hambaNya, tiada satu tangan atau penguasa pun di dunia ini yang dapat menghalangnya".
3) Begitulah juga, "bilamana Allah tidak memberi hidayah kepada seseorang dari kalangan hambaNya, maka tiada satu penguasa mahupun kerajaan di muka bumi ini mampu menjaminkan hidayah dan petunjuk, walau setinggi manapun pangkat dan darjat keduniaan seseorang hamba itu". Maha Suci Allah.
4) PengIslaman MT hanyalah salah satu bab dari koleksi kisah-kisah menarik insan-insan yang dikurniakan hidayah serta petunjuk Allah swt. Seperti tidak terjangkau pemikiran yang amat terbatas ini, untuk seorang yang bergelumang dengan bermacam "kemabukan dunia" (wang, glamour, arak, hiburan, seks bebas/perempuan, etc), akhirnya "dilahirkan putih bersih" setelah beliau kembali kepada fitrah (Islam).
5) Sebagai perbandingan, kita pula, Melayu, seharusnya memperbanyakkan syukur dan muhasabah diri kerana betapa "automatiknya" kita menerima Islam sebaik sahaja dilahirkan. Tinggal sahaja untuk kita memilih sama ada ingin menuruti perintah Allah dan Rasul, atau sebaliknya.
(the picture of the week; petikan minggu ini = hari ini dalam sejarah)
(the picture of the week; petikan minggu ini = hari ini dalam sejarah)
gambar ni dah lama dah, tapi tak ingat tahun berapa.
ReplyDeleteTerima kasih, rasanya dia peluk Islam dalam tahun lepas/2010. Moga MT dapat jadi 'jambatan' untuk dedahkan keindahan Islam kepada masyarakat barat.
ReplyDelete