Friends with benefit?
Bagi anda yang gemar membaca akhbar, terutama segmen berita luar negara pastinya boleh mengingat kembali insiden yang berlaku pada petengahan bulan Oktober lalu di UK.
Andainya anda terlupa, atau ingat-ingat lupa, rujuk sumber artikel di bawah.
Ianya berkaitan skandal yang melibatkan Setiausaha Pertahanan Britain (Defence Secretary), Dr. Liam Fox, yang berlarutan sehingga membawa kepada perletakan jawatan dan seterusnya mengundurkan diri dari kabinet PM David Cameron.
Isunya? Kerana dikesan wujudnya konflik kepentingan (conflict of interest) setelah garis sempadan yang memisahkan hubungan antara rakan karib; dengan fungsi beliau sebagai penjawat awam dilanggari.
Baca lanjut berita berkaitan Dr. Fox ini di sini: SUMBER
Skandal
ini, pada peringkat awalnya telah dinafikan 'secara bersahaja' oleh Dr
Fox, bilamana media mendedahkan penglibatan sahabat baik beliau, Adam
Werritty, (yang juga 'best man and flatmate') yang turut menyertai
rombongan agensi pertahanan UK berunding dengan beberapa pemimpin negara
luar berkaitan perjanjian persenjataan dan pertahanan.
Penafian demi penafian dibuat, namun Dr Fox dilihat terus gagal memberikan penjelasan yang 'masuk akal' mengapa beliau telah secara sedar, mencampur-adukkan kepentingan kerajaan dengan hubungan peribadi (selain Adam turut memperkenalkan dirinya sebagai pegawai khas Dr Fox).
Kegagalan beliau ini telah membuka ruang untuk pelbagai pihak meneruskan desakan dan tekanan kerana mereka juga khuatir seandainya maklumat penting pertahanan UK telah dikompromi kepada pihak luar, atau disalurkan kepada pihak ke-3 (melalui rakan baik).
Dr Fox akhirnya tertewas dengan tekanan. Namun yang bagusnya, beliau sendiri secara terbuka mengakui yang beliau "mistakenly allowed the distinction between my personal interest and my Government activities to become blurred".
Bagi saya, pengajaran terbesar yang ditunjukkan adalah kesedaran masyarakat (civil society) yang tinggi adalah 'senjata' yang ampuh bagi menegur kerajaan atau mengajar penjawat-penjawat awam yang gagal atau bersikap sambil lewa di dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat.
Justeru, apabila pengaruh dan suara civil society sesebuah negara itu kuat, maka menggeliat kepanasanlah menteri-menteri, senator-senator mahupun penjawat awam yang tidak cekap, korup serta "suka ambil lewa".
Apakah civil society di Malaysia juga sudah cukup matang dan kuat?

Perihal Najib dan menteri-menterinya
Hasil
survei yang dijalankan oleh UIAM dan diterbitkan hari ini ternyata
telah membawa khabar gembira lagi ceria buat PM Najib Tun Razak (berkat
balik dari Haji-kah?).
Mana tidaknya, kajian selama empat tahun oleh Prof Syed Arabi Adid itu telah sedikit-sebanyak memberi "tonik" buat PM menggilap imej dan untuk meneruskan pelbagai usaha dan pelan transformasi beliau.
Tidak cukup dengan itu, sebagai bonus pula, keyakinan rakyat berbilang kaum kepada pemimpin pembangkang termasuklah Anwar Ibrahim telah menunjukkan kemerosotan.
Itu khabar gembira buat diri Najib.
Namun, persepsi civil society terhadap pentadbiran beliau pula sedikit tercalar terutama apabila berbicara isu yang membabitkan dua menterinya (berkemungkinan wujud konflik kepentingan).
Menariknya, isu yang timbul ini juga agak mirip dengan skandal yang membabitkan Dr Fox di UK.

Menteri beri komen "salah ke?". Baca berita penuh sini: SUMBER
Isu pertama, mengenai jawapan
bersahaja menteri "salah ke?" mencerminkan pendirian beliau bahawa
perbuatan (menumpang jet kawan ke Tanah Suci) bukanlah sesuatu yang salah, mahupun
bertentangan dengan etika (sekalipun beliau adalah Menteri Pertahanan).
Tidak mengapa, kita tunggulah penjelasan penuh beliau setibanya dari Russia kelak.
Isu kedua yang juga panas adalah berkaitan projek ternakan lembu bernilai puluhan (jika tidak ratusan) juta ringgit (dibiayai oleh wang anda yang membayar cukai)
yang dianugerahkan kepada suami dan anak-anak seorang Senator, yang
juga merangkap Menteri (sekalipun telah tewas dalam PRU dan ditolak pengundi), yang
dilaporkan sebagai projek bermasalah di dalam Laporan Audit Negara baru-baru
ini.
Bukan
sahaja sektor "perlembuan" yang diceburinya bermasalah, malah dilaporkan
(dipersetujui oleh Encik KJ) bahawa syarikat tersebut turut membeli unit
apartmen mewah pula sebagai *pelaburan.
(nota:
*Ingatkan guna sebahagian wang untuk pelaburan dengan membeli saham (liquidate assets)
dalam syarikat ternakan dan tenusu di Australia, etc. yang lebih berkaitan dengan penganugerahan kontrak bagi menguruskan industri penternakan lembu....)
Malas saya nak ulas kerana isu ini telah "well-known" dan anda boleh baca di Mkini dan theMalaysian Insider dan sebagainya.
Sehingga sekarang-pun, pihak-pihak yang terlibat masih belum tampil dengan penjelasan yang meyakinkan mengapa wang pembayar cukai diurustadbir sebegitu rupa.
Calon "boleh menang" PRU-13
Lanjutan dari perihal dua menteri di atas, semua
orang tahu bahawa tidak lama lagi UMNO akan bersidang dan pastinya
persiapan menghadapi PRU ke-13 akan menjadi agenda utama persidangan
kali ini.
Sudah agak lama rasanya saya didendangkan dengan istilah "calon boleh menang" oleh Dato' Najib.
Mungkin Najib benar-benar ikhlas dengan pelan transformasinya.
Begitupun,
pelan dan perancangan sahaja tidak mencukupi kerana hanya perlaksanaan yang berkesan
sahaja dapat menyelamatkan karier politik Najib dan rakan-rakannya dalam
Perikatan menjelang PRU-13 nanti (ini yang disentuh oleh pengarang buku "Kesilapan-Kesilapan Najib", Shahabudin Hussin).
Justeru, adalah besar harapan civil society tanah air untuk melihat Dato' Najib mengotakan kata-katanya supaya
UMNO mengetengahkan calon-calon yang boleh menang pada PRU-13.
Namun,
yang pasti menarik: apakah Presiden Umno ini masih menganggap
menteri-menteri yang "memalitkan lumpur' ke muka pentadbirannya seperti
sekarang ini juga kekal memenuhi kriteria calon boleh menang, seterusnya disenaraikan bertanding pada PRU-13 nanti?
Apa pula jangkaan anda?
Saya akhiri posting ini dengan renungan berikut:
Apa pula jangkaan anda?
Saya akhiri posting ini dengan renungan berikut:
Nabi
s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak
berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan
disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
“Aku
bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda
menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini
lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti
adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan
kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat
Muslim).
Maka,
undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi
Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala,
ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan
kesan yang baik kepada negara dan rakyat.
Dipetik dari posting saya bertajuk: Mengundi & pilih pemimpin.
Dipetik dari posting saya bertajuk: Mengundi & pilih pemimpin.
Renungkanlah.
tahap kesedaran masyarakat (civil society) Malaysia masih di tahap yang rendah.
ReplyDeletedoktrin yang ditanam oleh pemerintah sangat tebal.
khurafat pertama yang perlu dipecahkan adalah punca rezeki bukan dari Kerajaan Pusat yang mmerintah. punca rezeki adalah dari Tuhan Yang Maha Esa.
komentar-komentar Dr. Sepet sangat rapat dengan isu semasa.mohon untuk diambil sebagai bahan pencerahan kepada masyarakat.
Dipersilakan En Alang.
ReplyDeleteBegitupun, suka saya ingatkan bahawa tidaklah saya mengkhususkan penulisan di blog ini untuk pro mana-mana pihak.
Ada ketikanya (menurut isu) yang saya tulis secara agak kritikal terhadap pakatan, malah ada kalanya sedikit memuji kerajaan.
Namun, saya mengalu-alukan perbezaan pandangan selagi ia mendatangkan kebaikan. Terima kasih sekali lagi.