Saya ingin menggunakan tempoh ketiadaan Dr MAZA di Oxford (kerana pulang sebentar ke tanah air bermula semalam hingga Disember ini) dengan meneliti sebanyak mungkin kandungan naskah ini, yang dipinjamkan olehnya.
Adalah tidak realistik untuk saya habiskan proses membaca keseluruhan naskah setebal 809 muka surat ini, memandangkan masa saya begitu terhad.
Justeru, pembacaan secara terpilih menurut bab-bab tertentu telah saya buat.
Iyelah, sekurang-kurangnya mampu menawarkan penjelasan menghadirkan jawapan (terima kasih saudara yang beri komen) terhadap soalan-soalan yang masih berlegar di benak kepala ini.
Secara keseluruhannya, naskah ini terbentuk oleh 62 bab. Namun, entah
mengapa bab yang paling awal dan paling "menangkap mata saya" untuk dibaca adalah
Bab 27 - How Government Works (bagaimana kerajaan berfungsi).
Mungkin sebabnya saya ni minat sangat nak tahu senang - susahnya untuk
menguruskan sesebuah kerajaan dan memuaskan hati pelbagai pihak.
Sedangkan kalau kerajaan buat kerja pun orang masih tak puas hati, inikan pula kalau kerajaan melaksanakan tugas secara tidak berkesan dan lemah.
Saya kemudiannya melangkah ke Bab 39 - Daim Becomes Finance
Minister (Daim menjadi Menteri Kewangan). Tun Daim adalah individu yang
menarik perhatian saya, khususnya selepas pasukan 'think-tank" beliau
telah awal-awal lagi meramalkan BN akan tumbang di 5 buah negeri pada
PRU12 yang lepas. Namun, Tun Pak Lah telah mendapat nasihat yang salah dan
lihatlah apa yang terjadi. OKlah, tak elok dikenang perkara yang dah
lepas.
Bercakap tentang Tun Mahathir adalah tidak lengkap jika tidak
dibicarakan topik mengenai Anwar Ibrahim, bekas anak emas yang beliau
bawa masuk ke dalam UMNO, ditatang bagai minyak yang penuh sehingga Anwar akhirnya berjaya memegang jawatan
kedua tertinggi dalam parti dan kerajaan. Kisah Anwar ini telah saya susuri di Bab 53 - Anwar's Challenge (Cabaran Anwar).
Setelah membaca beberapa bab di dalam naskah ini, saya jadi tertarik dengan susunan isi/fakta dan tertanya-tanya bagaimana Tun berupaya mengumpul dan mengingat segala fakta (nama-nama orang, tarikh, masa dan
tempat) secara amat terperinci, termasuklah kisah yang berlaku di zaman kecilnya dan penyiasatan/pertuduhan di dalam kes melibatkan Anwar.
Saya yakin yang Tun sendiri tidak pernah jangka akan menjadi Perdana Menteri. Berbeza sekali dengan isteri seorang pemimpin tu yang tahu suatu hari nanti dia akan membeli barang kemas mahal. Maka sedari kecil lagi telah mula dia menabung wang - ayat sarkastik!
Sungguhpun saya kagum dengan aspek ketelitian dan keperincian, tidaklah dapat saya pastikan kebenaran terhadap apa yang ditulis itu, melainkan Tun sendiri dan *pihak-pihak yang arif mengenainya.
(*c0ntoh penulisan mengenai Tun oleh penulis politik terkenal, Ahmad Lutfi Othman: Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin)
(*c0ntoh penulisan mengenai Tun oleh penulis politik terkenal, Ahmad Lutfi Othman: Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin)
Di dalam naskah ini juga, Tun dengan begitu berani dan terbuka "melondehkan" Anwar. Bukan sahaja mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, bahkan turut mendedahkan kisah yang berlaku di Kenny Hills di antara Anwar, Nalla dan 4
wanita (2 setuju, 2 tolak)...(baca muka surat 685).
Saya cuma bertanya kepada diri sendiri: Apakah Tun sekadar ingin memburuk-burukkan
Anwar? Atau itu adalah "salah satu wajah" Anwar?
Logiknya, kalau apa yang Tun tulis itu tidak benar dan bersifat memfitnah, mengapa pula tidak disaman dan diheret Tun ke muka pengadilan? Emmm...
Sumber foto: Naskah "A Doctor in the House. The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. 2011. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.
"kalau apa yang Tun tulis itu tidak benar dan bersifat memfitnah, mengapa pula tidak disaman dan diheret Tun ke muka pengadilan? Emmm..." Persoalan yang anda tanya ini yang akan mewujud fitnah dan merupakan punca prasangka. saya hampir terusik hati. Namun bagi saya tindakan dan tingkah laku seseorang tak sama, ada yang suka begini dan ada yang suka begitu..sebagaimana orang kata macam-macam gaya ada. Hanya satu perkara jer perlu diingat sampai sekarang tak ada wanita yang tampil mengaku dia dipantat oleh Anwar, saya amat2 menantikan sejak tahun 1998 lagi, tak kan tak ada seorang pun kalau perkara ini benar kerajaan yang ada sekarang sanggup bayar berjuta-juta ringgit wanita yang dipantat oleh Anwar tampil, tak kan seramai-ramai wanita yang melakukan sex dengan Anwar tak ada seorang pun tak nak duit? , Jika Anwar ada skandal sex Anwar tak berani nak lawan sebegini ..apa tak ke terbuka pekung nanti, lambat laun pasti terbukti, hai ini dah 13 tahun cerita ada tapi cerita awang dendang yang penuh dengan dongengan . Usahlah kita usul hal ini kerana ianya menimbul persoalan bila org fitnah kita yang berdosa.. tugas saya melindungi orang yang di aib..
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen.
ReplyDeleteKalau dengan sebaris ayat yang saya rumuskan-pun saudara boleh memberikan respon, mengapakah pertuduhan yang dilemparkan oleh Tun di dalam buku beliau (yang diedar dan dibaca secara terbuka) tidak mendapat respon dan teguran? Sedangkan ianya bukanlah sesuatu yang remeh.
Sebagai salah seorang rakyat di peringkat 'akar umbi', saya tidak boleh meninggalkan persoalan tanpa jawapan. Saya juga mahukan tidur yang lena seperti saudara.
Makanya, bahan-bahan yang dapat saya cari dan menghadirkan penjelasan (bukan jawapan) terhadap persoalan yang bermain di benak pemikiran ini, akan saya baca.
Mungkin Anwar adalah seorang yang amat penyabar dan berupaya untuk turun-naik mahkamah bertahun-tahun lamanya. Tetapi apakah rakyat dapat bersabar selama itu?
Alangkah baiknya jika beliau dapat memperuntukkan hanya 2 saat dengan berkata "Wallahi, saya tak buat".
Penafian ini bukanlah untuk mempengaruhi perjalanan kes mahkamahnya, tetapi setidak-tidaknya meredakan prasangka orang kepadanya. Bukankah ini yang saudara mahukan - kurangkan aib orang?
Jangan mengambilkira konteks saya dan saudara yang berblog dan clik IT. Bayangkan bagaimana perasaan pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung (yang hanya tengok TV dan baca Utusan), penafian yang ringkas ini sekurang-kurangnya meredakan kerisauan mereka.
Barangkali, surutlah sedikit cakap-cakap di peringkat akar umbi. Bukankah ini hasrat semua orang?
Sekadar berkongsi pengalaman hidup di negara asing.
Di sini (UK), seseorang yang mengamalkan kehidupan sebagai gay "tidak salah" (kononnya human right), tetapi "berbohong" kepada masyarakat mengenai ketidaklibatan dengan aktiviti gay, itu yang dianggap "salah".
Mungkin di Malaysia jauh berbeza.