Friday, 28 October 2011

Renungan: Korban jangan jadi upah - MAZA

Dipetik dari FB Dr MAZA:
Daripada`Ali bin Abi Talib r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).
Ketika mengulas hadis Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam an-Nawawi r.h. menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya (untuk membeli khidmatnya). Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Beirut: Dar al-Khair).
Artikel penuh (klik pada tajuk): Korban jangan jadi upah

No comments:

Post a Comment