Friday, 23 September 2011

Tukar masjid

Sekitar jam 1.00 pm saya berjalan keluar office dan destinasi? Bath Street Mosque (hanya 10 minit berjalan kaki menuruni Headington Hill ke St Clement. Buat pertama kalinya saya bersolat Jumaat di Masjid yang baru dibuka semula itu sekalipun telah 'agak lama' menetap di kampung Oxford ini.

Terima kasih kepada Syeikh Arfian di atas makluman waktu solat. Hajat untuk bertemu ramai rakan dan sahabat "kita" tidak menjadi kenyataan, kecuali Khair, sahabat yang menetap di Allan Bullock.

Kepada sahabat sekampung yang tidak pernah bersolat di Bath Mosque, di sini suka saya promosikan masjid ini. Pengalaman pertama bersolat di sini tadi boleh saya simpulkan melalui sepatah perkataan iaitu "selesa" - ruang solatnya luas malah ada saf yang berbaki. Selain itu, untuk masuk dan keluar masjid juga 'aman', tiada orang yang berebut.

Cuma satu perkara yang mungkin buat anda sedikit "turn-off" iaitu ketiadaan parking. Ini kerana Bath Street itu sendiri jalannya sempit dan parking yang ada hanyalah untuk residents. Begitupun masih ada ruang parking 1 hour atau 2 hours no return di sekitar St Celement dan  Morrell Avenue.

Manakala, bagi yang ingin menaiki bas, amat selesa kerana St Clement adalah laluan masuk utama ke bandar Oxford. Jadi, dari arah manapun anda datang, perkhidmatan bas ke St Clement boleh didapati dengan mudah.

Sebelum azan, 2 sesi bayan akan diberi - 1 Urdu, 1 english. Sekitar jam 1.15pm Brother Saad akan menyampaikan bayan di dalam bahasa Inggeris (full english). Patutlah lama tidak saya temui Saad, yang selama ini dialah imam solat di surau Gipsy Lane and Wheatley campus, sekarang membantu komuniti dan kariah di Bath Mosque rupanya.

Bagi sahabat dan jiran sekampung yang ingin tukar angin dan sekali-sekala nak mengelak daripada berebut-rebut nak bersolat dan keluar masjid, datanglah ke Bath Street Mosque.

Bersamalah kita imarahkan masjid-masjid kita dan mendermalah sekadar yang termampu sebagai tanda kita ini hamba yang bersyukur di atas nikmat Allah yang memberi kita peluang bertemu Jumaat kali ini. Jumaat minggu depan belum tentu....

Wassalam.

No comments:

Post a Comment