Thursday, 22 September 2011

Susulan isu "jual pulau" - lanjut di MKini

Beberapa hari yang lepas saya ada buat satu posting berkenaan isu ini. 


Hari ini, perkara yang sama telah membuka mata dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sekalipun ianya urusan/perniagaan persendirian, namun sekiranya wujud kesan buruk kepada alam sekitar dan kepentingan warga Sabah, ianya perlu disuarakan dan dicari suatu jalan penyelesaian.

Hari ini kita boleh jual pulau-pulau, mungkin nanti gunung-ganang pula....mungkin.

-----------------------

Laporan penuh dari MKini (sumber)

Penjualan pulau-pulau di Sabah tak adil, kata PAS

Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

NONEMenurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

"Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

azlanAkhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!” katanya.

Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

icj sipadan ligitan“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment