Monday, 5 September 2011

PKR - Parti Kerabat Ramai? Emm....

Dipetik dari Facebook DrMAZA.com 

..ada pemimpin politik yang diwar-warkan anak-anaknya ramai akan berjawatan dalam partinya..kaum keluarga semuanya terlibat dalam kepimpinan..

saya tidak pasti; ia disebabkan oleh kualiti atau kroni..apapun politik sepatutnya bukan satu kerja dan hobi..ia amanah dari Ilahi..samada syurga atau neraka yang menanti..ramai ulama salaf takutkan jawatan ini..

sekalipun mereka baik budi dan ada taqwa diri...,namun belum tentu dalam kepimpinan mereka berkualiti..maka mereka menghindari..

jika kita renungi dan fahami hakikat ini, maka kita pun insaf akan ucapan Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab yang apabila ditanya tentang cadangan melantik anaknya, dia menjawab: "jika jawatan khalifah ini sesuatu yang baik, maka Umar telah mengambil bahagiannya..jika ia sesuatu yang buruk, biarlah hanya Umar yang masuk nereka"..

dia amat insaf hak rakyat dan bahaya kepada keluarganya.. sayang sekali jiwa kita semua tidak seperti jiwa Umar...moga Allah ampuni kita hendaknya..  

------------------
nota: barangkali nukilan ini ada kaitannya dengan laporan di berikut (sumber)

Anak Kedua Anwar Mungkin Tanding Di Nibong Tebal 

Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Nuha - mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.

"Namanya muncul sebulan lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Semuanya akan diumumkan sebelum pilihan raya umum," Mansor dipetik sebagai berkata oleh China Press.

Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.

Anwar bagaimanapun menulis di Twitter pagi ini bahawa Nuha tidak berminat menggalas tanggungjawab itu.

----------
Sampuk saya: tiada salah memilih yang muda, tapi pilihlah calon muda yang berkualiti dan terbukti telah menyumbang kepada masyarakat. Bukannya gunakan 'tiket besar' untuk mendaki tangga kuasa. Kerana di akhirnya dia juga akan seperti saya dan anda, yang akan berdiri di hadapan Allah Azzawajal, dihitung dan akan kemana....syurga atau neraka.... 

No comments:

Post a Comment