Friday, 9 September 2011

Persoalan dan penjelasan: Sapu muka selepas solat

Meluangkan sedikit masa setiap petang dan hujung minggu mendengar ceramah dan soal-jawab agama oleh mereka-mereka yang berpengetahuan di bidang agama mampu mendatangkan manfaat.

Menyapu mula selepas salam (di akhir solat) telah menjadi amalan saya kerana itu yang diajarkan semasa di sekolah dahulu. 

Posting ini bukanlah untuk menghukum salah atau betul perbuatan sapu muka tersebut, tetapi alangkah baiknya jika kita tahu apa yang kita buat. Dan yang penting lagi, apakah amalan terutama di dalam aspek ibadah (solat) yang kita buat itu, bersumberkan Al-Qur'an dan Hadith atau sekadar mengikut sahaja.

Kedua-dua orang penceramah ini juga turut nyatakan ianya (perbuatan sapu@tidak muka) bukan pendapat yang muktamad (wajib dituruti), begitupun mereka menerangkan apakah dalil-dalil untuk menerangkan sama ada perbuatan ini dibuat oleh Rasulullah SAW, ataupun sebaliknya.

Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment