Saturday, 17 September 2011

Khabar dari Oxford: Selamat jalan sahabat!

Kira-kira pukul 11.30 semalam (Jumaat), saya menerima panggilan telefon dari Khairi memaklumkan kontena telah tiba di depan rumahnya. Ia tiba lebih awal dari waktu yang dijanjikan iaitu sekitar 3.30 petang. 

Bergegas saya dari office ke rumahnya. Beberapa rakan lain (Rosli, Nik, Yen) turut meluangkan masa membantu memunggah kotak-kotak dan barangan beliau ke dalam kontena.

Kontena 20kaki pada awalnya kelihatan "sempit" tetapi dengan kepandaian Abg Rosli dan Yen menyusun, kesemua kotak dan yang lainnya berjaya dimuatkan.

Kira-kira jam 6.30 petang, kami melambaikan tangan kepada pemandu lori yang bergerak meninggalkan perkarangan rumah Khairi.

Berkuranglah satu keluarga lagi di kampung Oxford ini.

Malamnya pula kami diraikan di Rajastan Restaurant, Cowley dan hari ini (Sabtu), Khairi sekeluarga akan bergerak ke London sebelum menaiki pesawat pulang ke tanah air tengah hari esok.

Kami sekeluarga amat berterima kasih di atas segala jasa baik dan bantuan sepanjang perkenalan. Hanya Allah Taala sajalah membalas segala jasa saudara.

Saya doakan perjalanan pulang yang selamat buat saudara sekeluarga dan berjaya di dalam hidup dan perniagaan yang bakal dimulakan.

InsyaAllah panjang umur, murah rezeki, kita berjumpa di tanah air tahun hadapan. 

Selamat jalan wahai sahabat!

Duduk berehat setelah semuanya selesai

 Wajah-wajah ceria sedang menunggu makan tiba

 Sembang.....

 Rakan yang baru tiba straight dari Edinburgh pun dijemput sekali

 Bebudak riang-gembira mengutip duit....

 "this is mine...its mine...."

 Tak termakan buah epal di belakang rumah Khairi

 Lebat betul...


No comments:

Post a Comment