Sunday, 18 September 2011

Jangan "bad mouth" Orang

Amaran: Ni saya mintak maaf awal-awal lagi andai ada yang terasa hati.

Sabar

Kepada sahabatku Mr K. yang kukenal sedari sekolah, banyakkanlah bersabar di atas ujian yang sedang menimpa diri mung itu.

Aku simpati sangat-sangat dan benda ini boleh menimpa sesiapa-pun. Aku pun sama, pernah terkena dan rasanya, "nak terkena lagi nih"...haha.

Aku tidak dapat menawarkan penyelesaian, melainkan pesanan untuk mung banyakkan bersabar dan memohon supaya Allah 'menyelesaikan' segala permasalahan mung.

Aku dah lalui dan rasai sendiri bagaimana sakitnya hati terkena 'bad-mouth' (dikutuk di belakang / ditikam dari belakang / dikeji tanpa aku tahu, tapi ramai orang di sekitar aku tahu kisah buruk tentang aku, etc) oleh orang yang aku anggap sebagai 'kawan'. Memang celaka aku cakap kat mung.

Aku pun pernah tersilap mempercayai orang, dan kepada Allah jualah aku berserah.

Samalah seperti cerita mung tu, lazimnya bila 'kawan jenis ini' cuba berbual dan menceritakan sesuatu dengan kita, Allah akan bagi hati dan mata kita suatu "rasa" seperti "kita boleh nampak" menerusi pandangan matanya yang ada sesuatu yang cuba disembunyikan. 

Mungkin:

1) Dia anggap kita cuba korek rahsia dia. Bak kata Nyambek hari tu, "macamlah dia tu simpan rahsia negara, sampai nampak benor buat fake story. Last-last, member baik dia juga yang bocorkan kat aku". (dia kutuk kita, kawan baik dia pulak kutuk dia...itulah perancangan Tuhan)

2) Atau dia ada lakukan sesuatu yang salah atau dia pernah terasa hati dengan kita. Bak kata Besi "salah kita yang kita tak sedar, tapi orang tu tetap ingat dan simpan sampai bila-bila. Nak cakap kat kita dia tak berani, itu yang kutuk kita kat belakang tak ingat dunia tuh".

3) Atau dia memang di awal perkenalan lagi sudah 'disgust' (meluat, meyampah, benci, tak suka, "apa celop", etc) dengan kita, tapi biasalah orang Melayu - "bermuka manis" (tapi mulut bau longkang... kata Besi). Yang ini aku harap mung jaga-jaga K.

Aku pun setuju dengan statement mung, kalau kita tak kenal orang, orang mengata kita (sombongnya dia ni tak bercampur orang). Tapi kalau kita kenal orang pun, orang still mengata kita, bahkan lebih banyak pula kita dikeji di belakang. 

Soal nak maaf atau tidak terpulanglah kepada mung. Kalau orang tu sedar silap dia dan datang minta maaf, pertimbangkanlah. Tapi kalau aku, memang aku tak halalkan, sekalipun setelah aku bagi "fake sorry" kat mereka yang terlibat....haha. Kira kita "jumpa di sana"-lah ye. Aku pun jahat juga dalam hal ni, haha....

OKlah, sebelum posting ni menjadi medan aku mengutuk orang, baik kita stop sini dulu. Terima kasih kerana baca blog aku dan email, FB, YM aku, sembang-sembang mengenai bermacam benda. Hal politik mung pendokong Tok Jib tu, mung punye pasal, aku dah bagi buah pandangan aku, menurut ilmuku yang terhad ini. "Lu pikirlah sendiri".

Aku tahu mung sedih, tension dan tertekan. Aku cadangkan mung cari tali dan gantung diri kat pokok taugeh

Foto hiasan: pokok taugeh...apa celop?

Sabarlah, Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar!

No comments:

Post a Comment