Thursday, 8 September 2011

10 Negara yang jual minyak semurah 20p/liter



Nota: 

- Saya tak berapa pasti kadar tukaran matawang asing (GBP -> MYR) sekarang, tetapi kalau nak mudah kita anggaplah GBP1 = RM5. 

- Maka, 20p = RM1/liter. 

- Namun, sama ada 20p, dianggap sebagai 20 sen, atau RM1, ianya masih jauh lebih murah berbanding harga petrol yang perlu ditanggung para pengguna kenderaan di UK atau di Malaysia sendiri.

 Foto hiasan

---------------------------

No. 10: Algeria - Algiers (20p per liter)

Algeria merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar di benua Afrika dengan purata pengeluaran 1.2 juta gelen/hari. Pengeluaran "yang berlebihan" ini telah mendorong kepada penurunan harga minyak negara tersebut kepada hanya 20p per liter, bersamaan 6 kali lebih murah berbanding purata harga di mana-mana pam minyak seluruh UK.

No. 9: Oman - Muscat (20p per liter)

Harga petrol di Oman masih kekal 20p per liter. Sepertimana Algeria, negara Arab ini turut mengalami lebihan pengeluaran dengan purata pengeluaran 878,000 gelen per hari sejak 6 bulan terakhir.

No. 8: Mesir - Cairo (19p per liter)

Mesir, turut terkenal sebagai negara hub pengeksportan minyak. Terusan Suez, yang dianggap nadi kepada penyaluran bekalan minyak merentasi bahagian timur negara tersebut, "memunggah" kira-kira 1 juta gelen minyak dari Teluk Parsi setiap hari.

Bukti betapa pentingnya Mesir, semasa revolusi yang menumbangkan rejim Hosni Mubarak baru-baru ini, harga minyak mulai naik disebabkan kebimbangan akan gangguan aktiviti penyaluran minyak di Suez.

Namun, bilamana harga minyak di UK mulai meningkat (dan kekal mahal), harga petrol yang dijual di seluruh Mesir pula masih murah iaitu hanya 19p per liter.

No. 7: Qatar - Doha (15p per liter)

Sebelum minyak ditemui dan dieksplorasi secara besar-besaran di Qatar, ekonomi negara kecil di dalam gugusan Arab Bersatu (United Arab) ini banyak bergantung kepada hasil perikanan dan industri mutiara. 

Namun hari ini, hasil minyak telah menjadi penyumbang kira-kira 70 peratus daripada pendapatan negara ini. Peningkatan harga minyak global baru-baru ini telah meningkatkan pendapatan tahunan penduduk Qatar menjadikannya antara yang tertinggi di dunia, manakala harga petrol masih kekal di tangga ke-7 termurah di dunia iaitu 15p per liter. 

Untung sungguh, sudahlah pendapatan tertinggi, minyak pula murah....

No. 6: Kuwait - Kuwait City (14p per liter)

Kuwait merupakan negara pengeluar minyak ke-10 terbesar dunia iaitu membekalkan kira-kira 10 peratus bekalan minyak dunia! 

Di sebalik "pencapaian yang diutamakan", kerajaan tetap "mendahulukan rakyatnya" melalui pengekalan subsidi bagi menyokong pengangkutan awam dan petrol, mengekalkan harga minyak kepada hanya 14p per liter.

No. 5: Bahrain - Manama (13p per liter)

Dibandingkan dengan jiran-jiran timur tengah yang lain, Bahrain secara amnya memiliki sumber minyak yang terhad. 

Begitupun, 60 peratus daripada ekonomi negara ini dijana dari pengeluaran petroleum, penyumbang terbesar ekonomi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Negara ini kini diletakkan pada kedudukan ke-5 menjual petrol murah iaitu pada kadar 13p per liter.

No. 4: Turkmenistan - Ashgabat (12p per liter)

Kalau tidak silap PM kita bakal bermenantukan anak pembesar Turkmenistan ini, kan? Ooo...ok, berbalik kepada topik asal. 

Andai di negara kita pengguna mengeluh dengan kos petrol, di Turkmenistan petrol boleh diibarat "diberi percuma". Ibarat kata!

Mana tidaknya. Setiap pemandu kenderaan di Turkic secara automatiknya layak menerima 120 liter petrol percuma setiap bulan. Jadi betullah ianya ibarat "minyak free", kan?

Dan seandainya penggunaan mereka melebihi kadar percuma 120 liter itu, mereka masih hanya membayar 12p per liter!

No. 3: Libya - Tripoli (9p per liter)

Ketika ini kebanyakkan bekalan minyak di Libya telah kekeringan kerana penutupan beberapa buah loji pemprosesan minyak akibat kekacauan yang berlaku. Namun, sebelum krisis, rakyat Libya begitu beruntung kerana mereka menikmati harga petrol pada kadar hanya 9p per liter.

Namun, tidaklah dapat dijangka harga petrol selepas kerajaan baru yang "demokratik" ini mengambil alih Libya kelak....

No. 2: Arab Saudi - Riyadh (8p per liter)

Arab Saudi adalah negara pengeksport minyak terbesar di dunia! Bagi pasaran domestik, minyak hanya dipasarkan pada harga 8p per liter. 

Begitupun, hanya kira-kira separuh daripada rakyatnya mampu menikmati harga petrol murah ini memandangkan wanita diharamkan memandu di Saudi.

No. 1: Venezuela - Caracas (2p atau 3p per liter)

Anda terkejut? Saya terkejut. Ya, untuk mendapatkan minyak termurah di dunia, anda perlu mengembara sehingga ke negara Amerika Selatan, iaitu ke Venezuela. 

Di negara republik sosialis ini, petrol hanya berharga 2p atau 3p per liter, bersamaan 54 kali ganda lebih murah berbanding di UK!

Cuba bayangkan, jika anda memiliki kereta dengan saiz tangki 70 liter, anda hanya perlu membayar sekitar GBP1.50 di Venezuela. Manakala untuk kapasiti tangki yang sama di UK anda hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak GBP95.00.

Sumber asal (tanpa merapu): SINI

No comments:

Post a Comment