Saturday, 10 September 2011

10 Negara dengan simpanan emas terbesar dunia

Dimulakan dengan nasihat berikut:

Saya cuba cari "dinar emas" sewaktu pulang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu, tetapi tidak ada stok. Nak pergi ke Kelantan pula jauh, dan takut-takut hampa kalau stok habis di sana... Simpanlah emas kerana ianya pelaburan yang amat berbaloi daripada anda dok "meleburkan" wang membeli gajet-gajet yang tidak begitu signifikan terhadap keperluan hidup. Juga tak payahlah nak menukar rim sport, stereng racing dan ekzos besar pada kereta anda kerana terbukti ianya tidak menambah kuasa dan kelajuan kenderaan. Yang "laju" hanyalah pengggunaan petrol di dalam tangki kereta anda, yang kemudiannya dengan "laju" juga akan mengeringkan wang di dalam dompet anda!

Emas

Emas, merupakan unsur kimia 'Au' dengan nombor atomic 79, yang juga dikenali sebagai material yang "tidak pernah bernilai kosong". Raja Tutankhamen dan masyarakat Inca telah lama memahami akan nilai dan keterbatasan sumber emas justeru menggunakannya sebagai simbol kekayaan dan kekuasaan. 

Bertitik-tolak dari sinilah, emas kekal sebagai bahan yang paling bernilai dan paling berharga.

Di antara tahun 1816 dan 1931, matawang Great Britain Pound (GBP) telah dihubungkan dengan nilai emas, iaitu GBP1 sentiasa disamakan nilai 7.3g emas 22-karat. Emas dengan berat yang sama jika dinilaikan menggunakan nilai emas hari ini maka akan menjadi GBP 230.

Negara-negara lain termasuklah US, Peranchis dan German turut menilaikan matawang mereka dengan harga pasaran emas (maksudnya; sebagai contoh, GBP1 akan sentiasa membolehkan anda membeli sesuatu yang berharga $4.85 apabila matawang keduanya dinilaikan mengikut harga emas). Namun kali terakhir matawang diniagakan mengikut harga emas (di Switzerland) telah ditinggalkan (abandoned) pada tahun 2000.

(nota: bagaimana pula dengan matawang Malaysia Ringgit (MYR)? Apakah kita menilaikan ia mengikut harga pasaran emas, ataupun kita mengikat ia kepada Dollar Amerika?....Mungkin itulah yang membuatkan Tun M "bising" bilamana tiada pihak (selain negeri Kelantan) yang serius untuk menggunapakai "Dinar Emas")

Sekalipun piawaian emas telah tidak lagi digunakan, "metal" yang berharga ini masih menimbun di serata dunia.

Berikut disenaraikan 10 negara yang memiliki simpanan (rizab) emas terbesar di dunia (Sumber: SINI). Malaysia tidak termasuk di dalam senarai ini, harap maklum.

1: Amerika Syarikat (8,133.5 tan)

Sekalipun US telah menamatkan penggunaan piawaian emas sejak tahun 1971, negara ini masih memiliki simpanan emas terbesar di dunia, jauh meninggalkan mana-mana negara lain. Kebanyakan emas ini disimpan di Fort Knox di Kentucky, selain di US Mints di Philadelphia dan Denver dan beberapa lokasi lain.


2: Jerman (3,401.0 tan)

Bank pusat Jerman, the Deutsche Bundesbank di Frunkfurt adalah pengurus kepada rizab emas negara. Namun, terdapat dakwaan bahawa sejumlah besar emas Jerman secara fizikalnya diletakkan di bawah jagaan Simpanan Persekutuan Amerika di New York. Dua tahun lalu, jurnalis Maz Keiser menerima makluman berkaitan pengurusan simpanan emas Jerman di US melalui sumber langsung di Bundesbank.

3: International Monetary Fund (IMF) (2,846.7 tan)

IMF menyelia aktiviti ekonomi di 187 negara "ahlinya" di serata dunia. Sekalipun polisi emas IMF sering berubah, simpanan yang dimiliki seringkali digunakan bagi "membantu" memulih dan menstabilkan ekonomi negara ahli dan pasaran. IMF juga turut membeli dan menjual simpanan emasnya bagi mengumpul modal untuk menggerakkan inisiatif ekonominya dari semasa ke semasa.

4: Itali (2,451.8 tan)

Simpanan emas Itali dijaga dan diurus oleh the Banca D'Italia. Sekalipun Itali tergolong di dalam PIIGS nations (bersama-sama Portugal, Ireland, Greece dan Spain), yang kesemuanya sedang dihantui krisis ekonomi yang meruncing saat ini, yang mengancam survival keseluruhan Eurozone, negara ini masih memiliki emas dengan nilai GBP90 billion.

5: Peranchis (2,435.4 tan)

Negara ini memainkan peranan penting sehingga US menamatkan pergantungan matawang Dollar kepada emas. Selepas Perang Dunia ke-2, perjanjian the Bretton Wood telah dibuat untuk mengikat wang Dollar kepada emas pada kadar tukaran $35 per ounce. Presiden Peranchis waktu itu, Charles de Gaulle telah mengurangkan simpanan French Dollar dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas dari Fort Knox. Tidak senang dengan tindakan "licik" selain pertimbangan ekonomi jangka panjang, Presiden Richard Nixon menamatkan tukaran matawang Dollar kepada emas pada tahun 1971.

6: China (1,054.1 tan)

Disebalik status China sebagai negara paling ramai penduduk, emas hanya mewakili 1.6% simpanan luar negaranya.

China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia dan logiknya secara mudah ia boleh membeli emas dari lombong yang dia keluarkan tanpa perlu memaklumkan transaksi berkenaan kepada umum. Begitupun China mempunyai alasan untuk tidak membeli emas di pasaran terbuka kerana sebarang transaksi terbuka hanya akan meningkatkan nilai emas yang akan menurunkan pegangannya di dalam Perbendaharaan Amerika. (Maknanya, jika negara kuasa besar seperti China mendominasi pasaran terbuka, harga emas akan naik gila-gila sehingga akhirnya China sendiri sukar menambah pegangannya di US Treasury sebab harga membeli pegangan akan menjadi lebih tinggi juga...).

China juga muncul sebagai salah satu pembeli utama apabila UK menjual 395 tan simpanan emasnya pada tahun 1999. The Wall Street Journal melaporkan yang China telah meningkatkan usaha pembelian emasnya secara drastik sebagai persediaan menghadapi serangan inflasi.

7: Switzerland (1,040.1 tan)

Swiss diletakkan pada kedudukan ke-7 senarai ini memandangkan ekonominya adalah yang ke-38 terbesar dan populasinya pula di tempat ke-95 terbesar di dunia. The swiss National Bank bertanggungjawab mengurus simpanan emas dan polisi-polisi berkaitan kewangan negara itu.

8: Russia (775.2 tan)

Simpanan emas Russia diletakkan dibawah jagaan the Central Bank of the Russian Federation. Negara ini juga turut "galak" berbelanja membeli emas dan meningkatkan pegangannya kepada 21% pada 2009 termasuklah langkah persekutuan ini membuka beberapa lombong emas baru dan menambah lagi 24% pada 2010. The Wall Street Journal melaporkan yang Russia merancang untuk membeli tambahan 90 tan emas setiap tahun untuk mengukuhkan simpanan semasanya.

9: Jepun (765.2 tan)

Emas hanya mencakupi 3.3% daripada jumlah keseluruhan rizab luar dan diurus oleh the Bank of Japan.

10: Netherlands (Belanda) (615.5 tan)

Simpanan emas dan kewangan negara ini diurus oleh the Netherland Bank.

----------------------
Tambahan: Simpanan emas UK (310.3 tan).

Ketika ini UK berada di tangga ke-17 negara penyimpan emas dengan jumlah simpanan yang berkurangan berbanding sebelum 1999.

Melihatkan harga emas mengalami penurunan yang konsisten ketika itu, Gordon Brown telah membuat keputusan menjual 395 tan simpanan emas UK pada harga hanya $276.6 per ounce dan kemudian melaburkan wang hasil jualan tersebut ke tempat lain.

Langkah "seperti bijak ini terbukti bangang sekali" kerana sejak itu harga emas naik dengan mendadak, sehingga diejek langkah yang diambil kerajaan sebelum itu oleh kumpulan perniagaan sebagai "Brown bottom".

Pada ketika artikel ini ditulis, nilai emas telah melebihi $1,800 per ounce, bersamaan 6.5 kali lebih tinggi daripada waktu kerajaan UK membuat keputusan untuk "melupuskan" 395 tan emasnya (bermakna telah wujud jurang kerugian bernilai $20 billion).

Penutup

Pihak terbesar yang memiliki dan menguruskan simpanan emas adalah kerajaan, bank-bank pusat dan entiti antarabangsa yang mewakili 30,500 tan daripada anggaran keseluruhan 160,000 tan emas global. 

Kadar pengeluaran emas dari aktiviti perlombongan pula meyumbang kira-kira 2,497 tan setahun. Dengan nilai emas yang terus meningkat ini, adalah tidak mustahil lebih banyak lombong baru akan dibuka atau yang sedia tutup, akan dibuka semula.

Emas telah menarik perhatian pelbagai pihak kebelakangan ini dan dengan harganya yang begitu tinggi sekarang (sekalipun masih dikira rendah berbanding waktu semakan inflasi 1980 - emas bernilai $2400 per ounce ketika itu).

Tidak seperti wang kertas, anda tidak boleh mencetak lebih banyak emas. Justeru, metal ini akan terus menjamin pelaburan yang selamat buat anda terutama di dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

Moga beroleh manfaat!

No comments:

Post a Comment